Tuesday, June 16, 2009

Akai ada ka?

Anda semua pernah tak menonton iklan untuk konsep 1Malaysia di Astro? (Tak tahulah di rangkaian lain pun ditayangkan juga). Iklan yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak yang riang berlari membawa bendera dan mengangkat tangan seolah-olah sedang membaca ikrar tu?

Kalau belum, buka channel Ria, Prima atau Oasis, adalah karang tu.



I just love those kids expression .. so genuinely pure and innocent!


Yang aku nak bebel di sini adalah mengenai voice over yang melatari iklan tersebut.

Antara lain VO itu berbunyi begini ...
... Sewaktu kecil, kita sering menurut perintah tanpa sebarang pertanyaan, tapi mengapa setelah dewasa, kita suka membantah walaupun ia membawa kepada kebaikan ...

Lebih kurang macam tu lah.


Hadoiii, tidak terlintas di fikiranku betapa tak semenggahnya fikiran orang yang buat skrip tu.

Walaupun kamu mahu mengindoktrinasi fahaman 1Malaysia, tolonglah, tak payah menulis begitu.

Memanglah masa kecil kita menurut tanpa banyak soal kerana kita belum matang berfikir, belum bijak merasional dan sebagainya.

Tapi, untuk menyekat orang dewasa daripada mempertikai atau mempersoal kewajaran sesuatu perkara adalah perkara yang paling lawak di abad ini, tahu?

1Malaysia ini bolehlah diibaratkan sebagai satu planned social change (Vago, 2004), dan dalam konteks ini, change agent telah menggunakan strategi persuasion - melalui value laden commercial (kalaulah boleh dikata begitu). Paling tidak ia akan meninggalkan kesan di hati dan fikir mereka yang menonton. Dan kesan itu biasa saja menjadi positif dan negatif - bergantung kepada kapasiti pemikiran target group.

Sesungguhnya, message yang mendidik masyarakat untuk tidak mempersoalkan tindakan kerajaan bukanlah sesuatu yang bagus di dalam negara yang berpegang kepada demokrasi (tak kiralah bagaimana demokrasi itu ditafsirkan). Dan, iklan ini memang tidak patut diadakan langsung.

Tapi, aku tiada masalah untuk menerima iklan-iklan dari siri kempen tersebut - iklan 1, seorang ibu memasak kuih dan menyuruh anaknya berkongsi makan dengan kawan-kawannya (India dan Cina), serta iklan 2, seorang guru yang menyuruh murid-muridnya menyertai pertandingan pakaian beragam (yang jelas tidak menunjukkan kebijaksanaan seorang guru - anda tonton, mungkin anda akan faham apa yang aku maksudkan nanti).

Diakhir kredit iklan itu terpampang jata negara - yang menunjukkan ia adalah produk Filem Negara Malaysia dan Finas -- yang membuatkan aku terfikir - kreativiti begini sahajakah orang-orang di dalam kerajaan ni ada? Kita sudah memasuki setengah tahun 2009, tapi keadaan iklannya sama seperti zaman aku bersekolah 20 tahun lepas.


Macam ni nak tak bagi kita mempersoalkan?


Akai ada ka?

Monday, June 15, 2009

Keazaman yang terlerai ...

Minggu lepas, dengan penuh keazaman, aku membulatkan tekad untuk mengqada puasa sebanyak 10 hari pada keseluruhan minggu ini. Sementelah Kak SitiM tiada (dia balik kampung bercuti), maka godaan dan cabaran berpuasa adalah di peringkat yang sangat minima.

Maka, semalam pun berpuasalah. Sampai pukul 3 petang, rasa macam nak berendam dalam bath tube yang diisi dengan ice cubes! Penangan el-Nino. Panas.

Balik kerja awal, aku melepek di depan TV. Panasnya.

Kipas siling full blast, kipas meja full blast masih tak dapat menghilangkan rasa panas. Arghhh! Sampaikan ambil wudhuk pun rasa cam setengah masak .. dek suam panas air itu. Isyy -- banyak sungguh dosa ni!

Sebenarnya bukan nak cerita mengenai panas tu, tapi nak cerita mengenai kesungguhan yang tidak seberapa.

Setelah buka puasa semalam, ada sms dari student nak buat consultation untuk esok (hari ini) sebab kena repeat paper. Aku balas, sure, no problem.

Maka, di saat inilah keazaman terlerai. Ditambah dengan kesan psikologi dari cuaca yang membahang itu, aku terus berasa tidak terdaya untuk meneruskan puasa pada hari ini.

Dan ...




Untuk meraikan 'kejayaan' yang tidak bermakna itu, aku celebrate dengan ...

<----- breakfast yang heaven - sambal dia mencongkam! karipap dia sangat heaven juga walau rupanya macam 'erk'.


Err, esoklah aku sambung ganti puasa tu. Or, should I puasa selang-selang?

Hahahaha ...

What a looser!


Astaghfirullah!

Thursday, June 4, 2009

Aku nak marah ni ...

Aku tengah marah berapi. Serasa mahu kutelan sahaja dia. Lantas, aku mengangkat gagang telefon, kudail nombornya.

Telefon diangkat ... dan aku bersedia menghambur segalanya apabila ...

Dia:
Saya minta maaf. Saya kat luar ni. Dia belum hantar ke you lagi ke?

Aku:
Err ... aa ...


Heh, apsal ni? Ke mana pergi perasaan berapi-api tadi?

Sungguh tidak tegar aku ini!

Sesungguhnya, aku bukan tersiram dengan kata maaf dari dia ... tetapi kerana cara dia bercakap. Sangat lembut.

Dan, walaupun kerjanya macam ha***, tapi aku tidak jadi marah sebab dia berselindung di balik kelembutan nada suaranya.

Kenapa aku ni? Aku sebal dengan diri sendiri!!


Monday, June 1, 2009

1 haribulan adalah tarikh yang baik untuk membuat azam yang baru, dan aku juga turut sama melakukan yang demikian!

Aku kira cukuplah sebulan dua aku melayan ketidaktentuan perasaan diri.

Maka, sempena, hari baru, bulan baru, aku mulakan sekali lagi niatku - write till you drop.

Friday, May 15, 2009

Andai berkawan itu bermaksud ....


Award yang comel dari Yati. Akhirnya, ada juga modal nak buat entri baru setelah tidak cemuih lagi! :)

Pesan dia lagi ... dah dapat award ni, tulis sesuatu mengenai kawan baik kita.

Hmmm .. OK.






I begin with these quotes ...

"Be slow to fall into friendship, but when you are in, continue firm and constant." — Socrates

"I don’t care so much about being famous. I just want to be smart like other people so I can have lots of friends who like me." — Daniel Keyes (Flowers for Algernon)

Best friend? Konsep yang sangat luas maknanya. Aku mahu ada best friend, namun tak mahu menjadi best friend. Kenapa?

Ada best friend akan membuatkan aku akan sentiasa berasa senang berada dengan sahabat itu tak kira pada keadaan apa pun. Tetapi, menjadi best friend, aku tak pasti sama ada sahabat itu akan mempunyai rasa yang sama seperti apa yang aku rasa terhadapnya.

Maka, daripada menjadi best friend, aku memilih untuk menjadi most reliable friend. Tak kisah sekiranya aku yang terakhir dipilih sebagai kawan, namun aku tetap dipilih kerana aku reliable. Erti hidup dengan memberi. Dan, untuk sentiasa memberi, kita perlu menjadi seseorang yang reliable. Falsafah lah konon ... but, seriously, I mean it.

Kawan yang best itu tidak sentiasa ada, namun, kawan yang reliable itu sentiasa ada di sekeliling ku ... Alhamdulillah.

Dan, aku tidaklah mahu menamakan siapa mereka di sini ... kerana aku sentiasa mahu kualiti persahabatan itu kekal anonymous (sebab, kalau mereka tahu, mungkin mereka akan berubah ... if you know what I mean).

Kawan yang reliable itu adalah ...

Yang sentiasa bertanya khabar di saat aku tak pernah nak bertanya khabar dirinya.

Yang sentiasa berguna sewaktu diperlukan walaupun aku kadang-kadang tak berguna untuknya.

Yang sentiasa menyatakan kesyukurannya mempunyai seorang sahabat seperti aku walaupun selalunya aku tidak berasa mahu mempunyai sahabat sepertinya.

Yang sentiasa tahu dan prihatin apa yang aku mahu walau aku selalu buat-buat lupa apa hendaknya.

Yang sudi menerima diriku seadanya walaupun aku penuh dengan nilaian yang bermacam kepadanya.

Buat rakan-rakanku yang reliable ... aku bukan kawan yang baik. Namun, aku masih mahu cuba untuk menjadi kawan yang reliable kerana aku terkesan dengan caramu berkawan denganku. Semoga aku akan terus sentiasa ikhlas menjadi temanmu sepanjang masa. InsyaAllah.

Thanks for the friendship.

P/s: Ramai kawan-kawanku yang reliable di alam nyata tidak punyai blog kecuali beberapa orang ... -- pstt ... anda yang sudah lama mengenaliku in-person, dan kini anda mempunyai blog, andalah yang ku maksudkan ...

Bagaimana menilai reliability kawan-kawan di alam maya? Mungkin boleh diukur kesudian mereka link kepada kita? Kalau itu taruhannya, pastinya mereka ini jawapannya ... cikgu yusof, areleez dan en. art.

"When a friend is in trouble, don't annoy him by asking if there is anything you can do. Think up something appropriate and do it." — Edward Watson Howe

Friday, May 1, 2009

Aku rasa aku dah jumpa sebab aku cemuih kepada blog ini.

Setelah kubuang bunga-bunga hiasannnya, mata aku rasa tenang, perasaan aku rasa nyaman dan fikiran ku kembali waras.

Memang aku tak serasi dengan bunga-bungaan agaknya ... hmmmm ...

Oleh itu, aku tidak cemuih lagi ... yay!

Wednesday, April 22, 2009

Aku cemuih!

Aku sudah rasacemuih dengan blog ini. Kalau isuk-isuk hampa mai ... hanya ini sahaja yang terpampang ... tandanya aku dah putuih angin dengan dia.

Aku nak pi buat rumah baru. Aku masih mau berblog. Hampa tak yah bimbang ...

Cuma aku sudah cemuih ini blog. Itu saja.


Yang cemuih teghuih ...