Showing posts with label Eat. Show all posts
Showing posts with label Eat. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

Makanan yang tak boleh tinggal

Biarlah apa pun pendapat orang, makanan yang paling aku tak boleh tinggal adalah NASI LEMAK. I think I can survive with it. Tak pernah pun terfikir sebelum ni, cumanya, yang aku perasan, every time aku bersarapan, aku akan cenderung mencari makanan ini - tak kiralah di hotel ataupun warung. Dan, kalau tak ada makanan ni, rasa macam tak lengkap kehidupan ini .. hehehe.


Nais lemak telur mata, ikan lebih, sambal lebih
RM3 @ Kopitiam Dungun

Nasi lemak bilis + kacang
RM1.30 @ Food Corner, UiTM Dungun

Nasi lemak Ikan Tongkol
RM2 @ Air Buah Bukit Tok Beng - Jan. 23, 2012

Nasi Lemak Pak Nasir
@ Air Asia Flight KUL-LDN - Oct. 26, 2011

Tapi, kalau ditanya -- how would you like your nasi lemak? (wrap in banana leaf ... ngeh ngeh ngeh) - pilihanku adalah yang paling simple sekali - nasi lemak, sambal bilis, ikan bilis goreng garing, telur rebus / telur mata dan hirisan timun. 

I don't fancy nasi lemak with rendang whatsoever. Exception pada sambal dia je - sama ada sambal kosong, sambal bilis, sotong atau kerang. Sambal udang pun tak berapa masyukk (banyak kerenah betul!).

Satu lagi fakta, semenjak menjadi warga Terengganu, aku lebih menyukai nasi lemak sambal ikan tongkol - mungkin sebab jarang yang buat nasi lemak sambal bilis kat sini, atau kalau ada pun sambal bilisnya, tidak berapa sedap.

Kalau ada satu resepi yang aku mahu belajar buat betul-betul, ia haruslah resepi nasi lemak. Tapi itu hanyalah kalau berkalau!

Buat sementara ini, pencarian for the best nasi lemak is still on!

Nasi lemak -- you rock!

Monday, March 5, 2012

Lain di iklan, lain yang dapat!

Hari tu masa menempah hotel, aku tak kisahkan pun yang booking tu tidak bersama breakfast. Maka, pagi-pagi bangun, melilaulah nak mencari makan (dah la perut ni jenis yang nak kena sarapan awal)! Mujur di hujung kawasan lobi hotel ada satu cafe. Kami pun decided to have our breakfast there.

Hainan Express Restaurant - Theme Park Hotel
March 2nd, 2012
Hers - Coffee, half-boiled eggs and toast
Mine - Nasi lemak with chicken rendang and warm water

Ambiance ok, service ok .. cuma makanan dia sikit tak ok! Kak SitiM seemed satisfied with hers ... but, I got problem with mine. Masa order, dekat dia punya menu, jelas terpampang CHICKEN RENDANG ... tapi, bila dah dibayar dan buka bungkusan -- tu diaaa .. rendang hapa ... ni macam kari ayam mak aku saja. 

Marah juga sebab harga sebungkus nasi lemak ini adalah RM9.90. Memang tak kisah kena bayar banyak tu, tapi biarlah kena dengan apa yang kita bayar! Kalau dah janjinya rendang, yang pi tukaq gulai tu awattt? Tapi, tak dak la aku pi mengamuk kat waiters tu .. Makan sajalah.

Kesimpulan:
Nampaknya, untuk tempat-tempat begini (theme parks), makanan tidaklah diambil berat sangat. Buat cincai-cincai pun orang beli juga. (I beg to differ because I found food in USS quite OK -- but Kak SitiM just didn't concur to my palate).

Anda rasa, bagaimana?

Saturday, March 3, 2012

Fine Dining experience: La Cigogne, Colmar Bukit Tinggi

Malam itu, kami plan untuk diner "the authentic French cuisine" -- sementelah tertarik dengan keadaan restoran yang nampak cantik dari luar. Lepas Kak SitiM habis massage di le Lavendar Spa (dan dia sangat berpuas hati dengan masseuse Filipino itu), kami berdating di sini. Hujan renyai-renyai dan lampu yang malap - perfect! (Huh!)

La Cigogne, Colmar Bukit Tinggi - The Interior
March 2nd, 2012 - 8.22pm
La Cigogne, Colmar Bukit Tinggi
March 2nd, 2012 - 8.22pm
 

Layanan dari waiter dan waitress nya sangat bagus. Waiter, a bald, tall and good looking Indian man and the waitress aku suspected Filipino (BTW, ramai betul 'foreigners' yang kerja kat Colmar ni ... hairan juga). Mula-mula ada rasa was-was yang bertandang kerana di menu terdapat menu alcoholic drinks. Namun, waiter tu beriya-iya kata halal (bukan JA-kim kot la) sebab tak ada non-halal items di dapur masak (minuman je). Kalau dia tipu, nasib lah. Maka, dengan bismillah wa tawakkal tu a'lallah, khalassss ... 


Apa yang kami order?

Bisque de Crustaces (RM20.00)
Lobster soup yang tak ada langsung rasa lobster 

Fillet de Saumon (RM45.00)
I don't think this salmon is well seasoning .. tak sedap seperti yang dibayangkan! 

Tarte aux Citrons (RM18.00)Dessert yang sangat tak sedap

 I don't really enjoying the food. I think it was over-priced too. Kenapa? Sebab, macam jauh panggang dari api saja konsep "fine dining of authentic French cuisine". Dalam kepala ni lain fikiran, tapi yang datang, lain pulak jadinya.

Habis ke tak?

Sebab hujan dari renyai dah jadi lebat, sejuk pula, belasah saja. Dan, makan pun cepat-cepat aje sebab nak kejar final episod of Dingin Lavenda yang ternyata hampeh belaka.

Tapi, tetaplah mak bersyukur sebab masih mampu makan begini ... ALhamdulillah.

Thursday, February 9, 2012

When Halal and Haram collide

Ada orang kata, bila ke luar negara, kita dalam keadaan 'darurat'. Banyak yang dibolehkan. Namun, kefardhuan mencari yang halal itu lebih utama. Dan, aku tidak menyangka bahawa aku akan mengalami pengalaman ini sendiri. berharga, pasti!

Masa berjalan-jalan di Sagrada Familia, hari dah petang dan makanan terakhir yang aku makan adalah Fillet-o-Fish dan salad di Chales de Gaulle Airport, sekitar pukul 10 pagi. Ditambah dengan cuaca yang agak sejuk, makin lapar jadinya. Ada McDonald's berdekatan situ, tapi tekak tak selera menelan another fillet-o-fish. 

Berjalan menyusuri deretan kedai, kami terjumpa ini:



Hati gembira - marilah kita masuk dan bertanya.

Tapi kenapa rasa boleh makan? -- Sebab macam ada lambang vegetarian pada kedainya.

Bila masuk, tengok waiters and waitresses Asian looking. Dia pun tanya kita:

"Indonesian?"

"Naah. Malaysian." 

"I see."

"We are strict vegetarian. Do you think we can eat this?"

"Hmmm.. I think, all at this side you can eat - sambil menunjukkan ke arah bahagian salad dan pasta makanan laut - , but that side (bahagian meat / chicken / pizza), I don't think so."

"OK, thanks!"

Maka, tanpa berlengah, kami mengambil semua yang boleh dimakan. Sedang asyik mengisi pinggan, tiba-tiba Noya berkata:

"I don't think we can eat this" -- merujuk kepada potato salad.

"Hah? Why?" - pinggan aku dah penuh dengan salad itu dan makanan lain.

"Dia campur sausage ni..." -- Arghhhh!

Alamak, macam mana ni?

Luckily for us, since it was buffet style, boleh la konon-konon ambil pinggan yang berisi tu ke meja, dan datang untuk re-fill balik dengan yang lain. Sedih bila tengok selonggok makanan yang kena buang sebab mata tak berapa cekap meneliti.



Akhirnya, ini sahaja yang aku ambil - boiled potato laced with olive oil, hard-boiled egg salad, couscous, blanched long bean dengan salad dressing. OK la, kenyang la juga. Kemudian disudahi dengan cheese cake, coffee and peaches.

Alhamdulillah - dan Maha Suci Allah yang menjagaku daripada memakan benda yang haram itu.