Wednesday, March 31, 2010

Kejutan yang mengejutkan!

Ini cerita lama, tapi baru terasa nak menulis -- dan keinginan menulis ini datang di saat aku mahu marking paper dan sediakan report audit -- selalu begitu. Benci!

Lepas balik dari berjimba-jimba di PBAKL 2010 dan menghabiskan duit persaraan yang tidak berapa banyak untuk survival tujuh keturunan aku tu, aku dan Kak SitiM merancang meraikan hari jadi kawan nan seorang.

Inilah yang diraikan tu. Aku pernah menulis tentang dia di sini.


Kami memberitahunya ada surprise dinner. Tak tahulah sama ada dia dapat mengagak atau tidak. Tapi, sebelum tu dia and family kena drive kami ke sana. Tanpa memberitahu ke mana, mereka kena memandu atas arahan kami. Hehehe.


Akhirnya, sampailah ke tempat surprisenya.

<----

Kenapa memilih tempat ni? Kerana hari tu makan steamboat dia sedap. Dan hopefully, kali ni pun sedap macam hari tu juga la.




Memilih package grilled steamboat, benda-benda inilah yang dihidangkan. Gambar tak berapa menyelerakan kerana faktor keamaturan pemblog dalam menggunakan kamera barunya! T_T

Birthday girl tengah sibuk.



BTW, Chinese fried rice tu sedap ditekakku walaupun rasanya ada sedikit hangus. Given a choice, I'd go for regular steamboat kerana aku rasa grilled steamboat ni sedikit tak sedap especially bila marinated saucenya (itukah yang dipanggil?) tak sedap. Yang lain-lain tu okay lah. Tapi tidaklah sesedap yang kami makan dulu tu (or, adakah sebab dulu tu kami dibelanja oleh orang lain? -- I suspected that!). Sedang sedap-sedap makan, tiba-tiba mata Kak SitiM tertancap pada ruang persembahan di dalam restoran itu (kami makan di bahagian terrace hotel).

Kak SitiM:
Rina ... mama ... hah? Mama Rina?


Kami:
Hah? Hah? Mana? Mana?


Waitress:
Betullah tu kak .. Mama Rina


Kami:
Mama Rina AF tu?


Waitress:
Ya. Akak nak dedicate lagu boleh la. Nanti saya dapatkan kertas dan pensil.


Kami:
Wah ... wah ... hahahahaha!



Kemudian, aku dan Kak SitiM pun menulis permintaan lagu - Happy Birthday dan Sway. Kemudian waitress tadi pun memberikan kertas itu kepada Mama Rina dan teruslah dia baca dan berjalan keluar kepada kami.


Kami:
Hey ... pst, pst ... dia mai sini. Ah ... nervous .. nervous ... hahahaha.

Seketika kemudian.


Mama Rina:
Hi, apa khabar? Mana birthday girlnya? Tak de kek pun.

Aku (dalam hati):
Banyak betul tanya nya ... haih!


Kemudian, kami berbual-bual mesra dengan Mama Rina. Macam-macam ditanya - album terbarulah, itu lah, ini lah ... artis tu weh ... hua hua hua!

Dan, kemudian dia balik ke stage .. dan lepas nyanyi, dia datang balik ke meja kami.

Mungkin sebab tak ada ramai pelanggan, kami dilayan dengan sebegitu mesra. Rezeki birthday girl la ... sebab dapat sambutan dari artis lagi. Hehehehe.


Birthday girl in awed! OMG! Mama Rina y'all! hahaha.


Bukan main lagi!


Asyik tanya lagu apa lagi yang kami nak dengar. Nak je aku cakap, Mama nyanyi le lagu Ular tu ... alah lagu yang buatkan Mama terkeluar dari AF tu .. huhu! Tapi tak terkata plak ... nak jaga hati orang .. but, overall, she was OK. Ramah - kena la kan, performer.

Dan, selepas itu semua orang senang hati dan senyum sahaja sepanjang perjalanan balik.


Ahhhhhh ... unforgettable nite! =)


Birthday girl and the birthday present. Kesukaang le tu!


Us.












Tuesday, March 30, 2010

Patah tumbuh, hilang berganti.


Pengganti sudah ada. Namun tidak akan pernah sama dengan yang sudah pergi.

Aku tak tahu kenapa aku masih tiada rasa pada yang baru ini. Walau banyak yang boleh dimanfaatkan, hati teringat-ingat pada yang lama.

Yang lama itu jugalah yang paling mesra.
Yang lama itu jugalah yang bisa memahami.
Yang lama itu jugalah yang boleh berkompromi.


Tapi, yang lama telah pergi, dan mungkin tidak boleh berganti.

Mungkin, setelah yang baru ini juga pergi, baru aku akan terasa tidak berganti?



Saturday, March 20, 2010

Kenapa tiada entry baru? Alasan #4053

Ini model kameraku. Aku punya warna hitam. Olympus 840.
Gambar dari sini


Dukacita dimaklumkan, aktiviti memblog terpaksa dihentikan sementara waktu kerana kameraku rosak.


Apa rosaknya?

Bateri itu tidak boleh dicas semula. Lampu charger berkelip-kelip, tanda tiada aktiviti pengecasan berlaku. Lense kamera tidak boleh back into original position walau dicuba dengan bateri lain. Nak hantar baiki belum ada masa dan kamera ini sudah dalam keadaan begitu sejak 3 minggu yang lalu.



Aku depress. Big event is coming! Arghhhh!



Tak boleh blog lagi.



T_T





Thursday, February 18, 2010

Perlis ku yang maju ...





Amin, amin, ya Rabbal Jalil
Doa hamba yang sangat zalil
Tinggikan daulat serta adil
Kekal perintah Jamalullail



Negeri terkecil di Malaysia ini memang simple. Daripada bendera negeri, lambang negeri, lagu negeri, semuanya simple sahaja. Kehidupan di sini juga simple juga relatifnya.

Kenapa tiba-tiba patriotik ni?

Tiada apa. Sebab sekarang aku tengah menghabiskan cuti seminggu di tanah tumpah darahku ini.




Hari ini keluar makan dengan K.Pah. Mula-mula makan tengahari di kedai entah-apa-nama. Berdekatan dengan kawasan Mini Putrajaya. Banyak sungguh lauknya. Tapi, tak ambil gambar. Nak percaya ke tidak, ikut suka anda lah.

<--- Mini Putrajaya - Gambar diambil dan diolah sesuka hati dari sini

Sembang-sembang. Ngumpat-ngumpat. Sembang lagi. K.Pah pergi bayar. Dia belanja.




Lepas tu, nak balik masih awal. K.Pah ajak ke Secret Recipe.



What, Perlis ada Secret Recipe? Wah, ini sudah taraf Universal Studio! Maju sungguh ni! Apa lagi, jom ... jom ... slice of cake never hurts, kan? Serakah sungguh walau sudah menghabiskan sepinggan nasi! Ish ish ish ...

Kunjungan ke Secret Recipe memang lah sesuatu yang common kalau anda berada di bandar-bandar besar, tapi, kita bercakap mengenai negeri paling cinoni di Malaysia ini ya Tuan-tuan ... dan itu adalah sesuatu yang sangat BESARRRR!

Dengan ketiadaan shopping complex yang vast the vogue, Secret Recipe boleh muncul kat sini? Pelik wooo ... dan kagum! Wahahahaha ... cam hape je excitementnya ...

Pemandangan di Secret Recipe di tempat lain!

Ini benda yang aku dan K.Pah makan sambil sembang-sembang dan meneruskan mengumpat orang yang kami suka dan tak suka. Nyum!




Perlis ku sudah maju!




Trivia:
Kalau tak salah, lokasi ini adalah sebuah restoran - SAWADDI (ke, Andaman? Sudah lupa). Seingat aku, aku pernah makan di situ sekali selepas mengambil result SPM dengan Jeah dan beberapa kali sebelum itu. Sedap masakannya especially kepada penggemar makanan Thai. Kawasan balik Bukit Lagi ni 20 tahun dahulu, adalah kawasan yang orang tak selalu singgah. Sunyi sepi sahaja. Seingat aku, kawasan ini banyak kedai-kedai motorsikal dan bengkel kereta. Namun, hari ini, makin bercambah deretan kedai.


Secret Recipe Kangar Branch
gambar diambil tanpa izin di sini



Wednesday, February 10, 2010

Eh, jauh lah sikit!

Apa perasaan anda semua hari ini?

Aku biasa saja. Tapi, hari ini ada perasaan suka dalam duka. Suka, kerana bila ke bank, ada banyaaaaaaaaak duit di dalamnya ... hehehe. Tapi, dukanya pula, bila mengenangkan aku terpaksa menunggu hampir 50 hari lagi untuk mendapatkan gaji seterusnya T_T. Beginilah hidup orang yang living pay check to pay check! Sungguh pathetic!

Hajat hati tak mahulah nak guna lagi duit gaji bulan ini, namun, disebabkan aku pandai sangat bawa kereta sampai break pad hancur dan pistonnya jammed, padanlah muka. Maka, nak tak nak, terpaksalah budget bulan depan ada sedikit lari.

Sementelah lusa nak balik makan besar raya Cina (huhu), lagi rabak la kocek. Tapi, itu kan balik untuk bertemu ayah dan ibu, maka aku mohon kepada Allah supaya dilapangkan rezeki. Amin!




OK, balik kepada motip entri ini.

Apa perasaan anda kalau saat anda mahu mengambil duit dari ATM, pelanggan di belakang anda berdiri sangat hampir seolah mahu meninjau sama berapa duit yang anda simpan di situ?

Orang lain aku tak tahu, tapi aku rasa perbuatan itu sangat-sangatlah menjengkelkan!

Selama ini, sekiranya aku berdiri di belakang orang yang sedang mengambil duit di ATM, aku seboleh-bolehnya menjarakkan kedudukan sehingga 10 tapak di belakang orang itu. Kenapa?

Satu, privacy! Privacy! Privacy!
Tolong hormat ruang peribadi seseorang. Walaupun kamu itu tergolong di dalam kelompok 'public space', jangan orang lain begitu. Contohnya aku. Walaupun aku tidak kisah berkongsi space, dalam banyak ketika aku tidak selesa dihimpit-himpit tanpa sebab.

Kedua, maruah.
Apa cerita pula? Ya lah, kalau kamu berdiri terlalu hampir dengan orang yang sedang mengambil duit itu, ditakuti dia mungkin akan menjadi termalu sendiri. Kenapa pula? OK, katakan bila dia memeriksa baki, akaunnya mungkin hanya tinggal RM10. Ini mungkin menimbulkan rasa kurang selesa untuk dia, especially setelah dia beratur lama. Kasihan bukan? Maka, jarakkan diri kamu supaya orang tadi boleh berlalu dengan selamat dan selesa.

Dan, perkara orang belakang berdiri di belakang aku dengan jarak seperti mahu mencium aku adalah perkara yang menjengkelkan aku pada pagi ini. Walaupun dah dijeling dan dipandang pun, tak reti-reti dia nak menjarak diri. Seolah-olah nak menerkam. Kalau awak sudah lewat, terima sajalah. Jangan dibuat perangai yang tidak semenggah itu! Sakit hati tau!

Lain kali, tolong jarakkan diri anda daripada saya bila kita bersama-sama mengeluarkan duit di ATM!


Gambar ini merupakan gambar anjing untuk disable yang dilatih untuk mengeluarkan duit untuk tuannya yang tidak berupaya. Pinjam dari sini.





Thursday, January 21, 2010

Kami yang ikhlas ...

Ini cerita hari itu.

Setelah menghadiri kenduri kahwin dengan seorang Malaysian yang berperangai macam pelancong dari Vietnam tu, kami bertolak balik ke Melaka melalui satu kawasan yang aku kurang pasti namanya. Tapi, kalau tak salah, jalan itu menghala ke Tampin. Sesampai di satu tempat ni, the Malaysian tu mengajak aku berhenti untuk minum cendol.


Cendol? Biar betul dia ni? Memanglah pelancong Vietnam betul! Aku ini bukanlah penggemar cendol kerana yang aku lebih suka santan yang bercampur gula merah itu saja. Tidak cendolnya. Tapi, sebab kereta dia yang pandu, mak ikut aje rentaknya, noks! Lagi pula, paneh masa tu ... maka, dengan berkebaya bagai ... kami pun pergi la ke situ.

Sampai di situ kelihatan papan tanda "Cendol Habis" tergantung di pagarnya. Kata the Malaysian tu, "try je la ... selalunya kalau dia tak pegang signboard kat tengah-tengah jalan, kiranya ada lagi la tu ... I dah lama nak singgah ... but every time lalu sini, mesti dah habis. Jom ... jom.." ~~ ishhhh!

Dengan berat hati, aku pun menurut. Dah orang nak belanja juga ... rezeki jangan ditolak ... Masuk saja ke kawasan itu, perkara pertama yang menarik perhatianku adalah benda ini.



Hehehe .... Sesungguhnya! Anda fikir apa?

Jalan ke depan lagi, kami kena beratur panjang. Cendol yang berperisa jagung dan kacang merah sudah habis. Tinggal yang biasa saja. Arghhhh! Kata kakcik yang berapron tu, "cendol sampai kat abang ini je ya ... dah habis." Hah, mujur kami depan abang itu, maka dapatlah kami merasa cendol itu. Kalau tidak ... nan ado!


Yang ditunggu telah tibaa ... presenting ... Cendol Dawi ... yang menjadi igauan the Malaysian nan seorang itu

Inilah the Malaysian yang ala-ala pelancong dari Vietnam itu. Tengoklah mukanya yang sengih secara besar-besaran! Sungguh puas hati nampaknya!

*

*

*

*

*


K.Lin .... hehehehehe! Timo kasih sobab sudi yo belanjo den makan cendol tu. Hik hik hik!




Yang lebih menariknya, setelah kami mendapat tempat, dan mula menikmati cendol, Pakcik Leman pun dengan rasminya menutup perniagaannya. Gambar di bawah boleh menerangkan. Strategi dan courtesy ... perkara yang jarang-jarang kedapatan pada peniaga Melayu. Kudos for Pakcik Leman!





Selepas peristiwa Cendol Dawi itu, aku mencari kembali klip Majalah 3 yang menceritakan tentang keunikan Cendol Dawi ni. Sedih pula dengar cerita pengusahanya

Kata beliau, dek kerana terasa dengan sindiran "tak ada duit, tak payahlah nak minum cendol", Pak cik Dawi membuka gerai cendolnya dengan konsep yang berbeza dengan orang lain. Cendolnya boleh ditambah tanpa sebarang bayaran. Ada air lain juga disediakan untuk di'tapau' secara percuma seperti air limau dan air barli.

Meskipun tertanya-tanya apa yang untungnya berbuat begini, namun satu hal yang menjadi pegangan orang Melayu Islam zaman berzaman, perbuatan ikhlas itu yang paling menguntungkan. Dan, sememangnya itu yang terjadi pada dia (pada pandangan aku lah). Dan, paling penting, kami juga ikhlas untuk menyertai rantaian pelanggan beliau yang lain juga!




Sekian cerita saya.