Thursday, September 18, 2008

Terima kasih ...

Semalam ada sahabat yang mahu meraikan ulang tahun kelahiranku (merangkap berbuka puasa). Kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Sangatlah berbesar hati. Siapa lagi sahabat itu kalau bukan Puan Fathiyah atau lebih mesra disapa sebagai Fetty.


(L) Aku dan Fetty
(R) Fetty dan Kak Norm

Satu hakikat yang paling aku bersyukur, ke mana pun aku pergi, Allah sentiasa menganugerahkan aku dengan sahabat-sahabat yang sebenar sahabat ... sehinggakan membuatkan aku tertanya-tanya, apa yang aku buat sehingga Allah mentakdirkan begitu? Semoga aku akan menjadi hamba yang paling bersyukur.

Dua gambar di atas itu adalah bandingan imej Fetty - sebagai suri rumah dan sebagai pensyarah, antara sibuk di dapur, dan berhias untuk function.


Ini antara juadah yang dimasak Fetty.

Karipap - rupa memang hancus ... tapi rasanya superb. Tambahan saiz nya yang king, menyebabkan aku terus kekenyangan setelah makan karipap itu sebanyak 2 biji!

Main dish - Sambal ikan bilis petai, kerabu kacang botor dan grilled stuffed kembong. Semuanya best. Tiada dalam gambar, bubur nasi (nasi kanji, kalau ikut panggilan kami di utara). Setelah pekena 2 mangkuk kanji tersebut, aku terpaksa bangun untuk menyelesakan perut! Ahhh ...

Yang lain tu hidangan tambahan sahaja.

Benda-benda ini nampak simple .. namun, kerana kasih sayang seorang sahabat untuk sahabat yang lain, ia menjadi sangat sedap ... (tak tipu nih ... )



Dan, buat pertama kalinya aku memperkenalkan partner in crime ku, Kak SitiM, bersama Nuha Basyirah (Fetty's daughter) ...

Terima kasih itu sebenarnya kecil untuk sebuah perbuatan ini. Ia menjadi budi yang sampai bila-bila pun akan terkenang. Paling utama, ia membuatkan kita sentiasa akan merasa gembira dengan kehidupan dan berasa sentiasa disayangi walaupun pada saat kita terlalu 'down'.

Terima kasih, sahabat.

3 comments:

AinRidz said...

Slm Fisha, ooh sungguh menarik sekali celebration nya...orait tu, memang seronok bila diraikan... Alhamdulillah dapat kawan2 yang baik hati kan...berasa syukurlah kepada Allah atas anugerah sahabat di sisi... dan berdoalah agar Tuhan kekalkan mereka sebagai sahabat dunia ahirat di kala senang dan susah, Amin

artisticklytouch said...

sedapnya karipap tuh...bulan posa neh teringin karipap dengan popia sangat

Anonymous said...

Sue:
Ya, pastinya kawan yang baik itu seperti pembuat minyak wangi ... yang keharumannya akan turut melekat pada kita ... aku bersyukur mengenai itu ...

ENche Art:
Ya, karipap itu sungguh lazat ... dan popia juga juadah yang setiap hari pasti ada untuk berbuka.
Kasihan kamu kerana hanya teringin2sahaja :p

Have a nice day!