Monday, December 14, 2009

Satu perhubungan.

Perhubungan boleh berlaku dengan pelbagai cara. Pertemuan yang tak terduga, perkenalan merentas masa, atau sebagainya menjadi petanda bagaimana bentuk perhubungan kita. Sama macam cerita di bawah ini.

Ini juga adalah cerita tentang perkara tak tersangka yang terjadi dengan internet especially blogging activity.


Moi, Kak SitiM, Ernie dan Pengantin

6 Disember 2009, aku menghadiri majlis perkahwinan teruna di atas tu di NS. Siapa dia?

Dia mula menjadi pembaca di blogku, dan aku di blognya. Kemudian dia mahu menjadi kawanku. Kemudian, takdir mejadikan dia rakan sekerjaku (walau berlainan cawangan).

Kami berbincang banyak perkara seputar kerjaya kami. Dia lecturer junior yang penuh semangat yang berkobar-kobar dan banyak ideal nya tersendiri. Kadang-kadang aku bersetuju walau ada kalanya aku hanya sekadar mengiya tanpa menyetujuinya.

Sepanjang perkenalan kami, perlakuannya kadang-kadang seolah-olah can bring out sifat sisterly ku yang jarang aku tunjukkan kepada adik-adikku. Menasihati antaranya (aku bukan kakak yang sentiasa menasihati adik-adiknya kerana aku percaya kepada "just do it, no advice needed"), hehehe.


Birunya kek ini!


Untuk Ikmal dan Ijan, selamat pengantin baru. Semoga berkekalan hingga syurga.

Doa buat adik-adikku.



3 comments:

nj said...

cikpeesha...
oh ini dia ikmal hisham tu ye...kak norma suka gak baca komen dia dlm blog awak tu...Semoga berkekalan ke akhir hayat ...

Hang bila lagi???

ajako said...

soalan muat tu, eh, soalan maut tu...

Hafiey Nur said...

Kak Norma:
Bila apa? La la la ...

Ajako:
Apa maut? Maut mana tau ... kehendak Allah nya jua!