OK, sekarang aku sedang bersenang lenang di kampung. Seperti biasa, selepas tertorture dek pemanduan yang sangat panjang itu, aku malas untuk melakukan apa sahaja. Tapi, malam ini terasa seperti mahu berblog.
Rumah kita, kita punya suka lah, kan? (Tapi, dok buat begitu selalu, alamat orang takkan datang lah jawabnya ...).
Balik kepada persoalan asal - ini kisah aku dan polis trafik.
Entah apa sebabnya, masa drive balik kampung, banyak la pula road blocks ... Polis lah, JPJ lah, UPP lah ... bikin masa pemanduanku jadi panjang saja.
Pendek cerita, sampai di satu road block yang entah ke berapa di kawasan sebelum masuk Kuala Ketil, aku ditahan polis. Bukan salah apa pun, cuma routine check for license and IC - tak de masalah. Maka, jadilah perkara ini:
Polis:
Cik, mintak IC dan lesen ya?
Aku:
(Menghulurkan IC dan lesen dengan muka yang semestinya tidak berapa friendly - aku penat gila, OK!)
Polis:
Nak ke mana cik?
Aku:
Kangar.
Polis:
Karang? Kat mana tu? - eii, tak korek telinga ke?
Aku:
KaNGAR! (masih senyum sedikit lagi).
Polis:
Oh, Perlis. Cakaplah Perlis. (Oii, sukatik aku la nak cakap apa pun! Kang aku cakap Amerika, baru kena gaya. Ishh!). Travel sorang je ke? Suami tak ikut?
Amboih, hangin makcik dek remark tak semenggah ni. Aku perhatikan saja dia.
Polis:
Teruk betul suami biar bini drive sorang. OK, terima kasih cik. (sambil menghulurkan IC dan lesenku.)
Masa ni muka aku kat dia macam WTF***!!
Satu - dia tak ada hak nak initiate any conversation dengan aku. Tapi, tak ada masalah, ini budaya, tiada masalah.
Kedua - yang suka-suka hati assume aku punya status sambil buat remark cam ha*** tu, apa cerita?
Kalau tak ada benda nak cakap, just check the damn license and IC, dan biarkan aku jalan. Nak beramah mesra, tapi bikin orang marah saja.
Dah la aku kejam, garang dan kepala angin ... urghhhhh!!!
Ingat:
Kalau tak ada benda nak cakap, just shut up. Silent is golden ... sometimes.
8:48 PM |
Category: |

Picture credit
Re: Notis penutupan sementara blog DARI MATA KECIL HAFIEY
Dimaklumkan bahawa blog ini akan ditutup sementara (19-20 Jun 2009) untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan penaiktarafan blog ini. Tujuan pengubahsuaian dan penaiktarafan ini adalah untuk keselesaan pembaca di masa hadapan.
Sebarang kesulitan amat dikesali.
Wahahaha ... bajet KP JKR la plak :p
But, seriously, this blog will be shut down on mentioned date. So, if you find this blog has been set to private mode, don't get confuse or mad. It just temporarily.
So, see ya!
2:19 PM |
Category: |
Minggu lepas, dengan penuh keazaman, aku membulatkan tekad untuk mengqada puasa sebanyak 10 hari pada keseluruhan minggu ini. Sementelah Kak SitiM tiada (dia balik kampung bercuti), maka godaan dan cabaran berpuasa adalah di peringkat yang sangat minima.
Maka, semalam pun berpuasalah. Sampai pukul 3 petang, rasa macam nak berendam dalam bath tube yang diisi dengan ice cubes! Penangan el-Nino. Panas.
Balik kerja awal, aku melepek di depan TV. Panasnya.
Kipas siling full blast, kipas meja full blast masih tak dapat menghilangkan rasa panas. Arghhh! Sampaikan ambil wudhuk pun rasa cam setengah masak .. dek suam panas air itu. Isyy -- banyak sungguh dosa ni!
Sebenarnya bukan nak cerita mengenai panas tu, tapi nak cerita mengenai kesungguhan yang tidak seberapa.
Setelah buka puasa semalam, ada sms dari student nak buat consultation untuk esok (hari ini) sebab kena repeat paper. Aku balas, sure, no problem.
Maka, di saat inilah keazaman terlerai. Ditambah dengan kesan psikologi dari cuaca yang membahang itu, aku terus berasa tidak terdaya untuk meneruskan puasa pada hari ini.
Dan ...

Untuk meraikan 'kejayaan' yang tidak bermakna itu, aku celebrate dengan ...
<----- breakfast yang heaven - sambal dia mencongkam! karipap dia sangat heaven juga walau rupanya macam 'erk'.
Err, esoklah aku sambung ganti puasa tu.
Or, should I puasa selang-selang?
Hahahaha ...
What a looser!
Astaghfirullah!
10:38 AM |
Category: |
Aku tengah marah berapi. Serasa mahu kutelan sahaja dia. Lantas, aku mengangkat gagang telefon, kudail nombornya.
Telefon diangkat ... dan aku bersedia menghambur segalanya apabila ...
Dia:
Saya minta maaf. Saya kat luar ni. Dia belum hantar ke you lagi ke?
Aku:
Err ... aa ...
Heh, apsal ni? Ke mana pergi perasaan berapi-api tadi?
Sungguh tidak tegar aku ini!
Sesungguhnya, aku bukan tersiram dengan kata maaf dari dia ... tetapi kerana cara dia bercakap. Sangat lembut.
Dan, walaupun kerjanya macam ha***, tapi aku tidak jadi marah sebab dia berselindung di balik kelembutan nada suaranya.
Kenapa aku ni? Aku sebal dengan diri sendiri!!
12:03 PM |
Category: |
Aku kira cukuplah sebulan dua aku melayan ketidaktentuan perasaan diri.
Maka, sempena, hari baru, bulan baru, aku mulakan sekali lagi niatku - write till you drop.
11:59 AM |
Category: |