Tuesday, March 24, 2009

Tag. Tag. Tag.

It tag s time!

Apa maknanya? Maknanya, saat memuja dan memuji diri dengan penuh perasaan serta berpura-pura untuk tidak merasa hebat dengan setiap puji dan puja itu.

Ia juga bermaksud, tuan rumah tiada idea untuk menulis entri di blognya pada saat dan ketika itu.

Selain daripada itu juga, ia membawa maksud, tuan rumah mungkin mempunyai surplus masa untuk menjawab soalan-soalan yang kadang-kadang bersifat ntahapapantah. Pilihlah maksud yang mana satu yang anda suka.

BTW, tags ini daripada budak Areleez yang sangat lovey dovey sama dia punya sayang tu …


Rules & Regulations:
  • #01 : Each player of this game starts off with 10 weird things/habits/little known facts about yourself
  • #02 :People who get tagged need to write a blog of their own 10 weird thing/habits/little known facts as well as state this rule clearly
  • #03: At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names
  • #04: No tags back



Rules & regulations #01 & #02:-
  • Aku anak sulung. Tapi orang tak berapa nak percaya sebab aura dan karisma sebagai anak sulung tidak pernah terpancar di wajahku ...
  • Aku sedang bekerja di dalam bidang yang paling aku tidak gemari sedari waktu aku mula faham apa itu maksud cita-cita. Namun, aku belajar untuk menyukainya.
  • Aku seorang introvert yang tegar. Namun, kebanyakan orang yang aku temui, akan mengatakan aku adalah seorang yang extrovert. Mereka sangka mereka kenal aku luar dan dalam agaknya? Atau, mungkin juga aku mengalami crisis identity? Dual personality? Bipolar disoder? Hoh!
  • Aku selalu menanggap apabila aku buat kerja dalam kumpulan, aku adalah penyebab kumpulan itu akan kalah. Aku tak tahu kenapa. Mungkin 2-3 cases study mendorong kepada inference sebegitu? Walau bagaimanapun, terdapat sejumlah kerja kumpulanku yang berjaya – dan sememangnya aku tidak menisbahkan kejayaan itu sebagai sesuatu yang berpunca dari aku!
  • Aku adalah seorang left-handed. Tulisan aku cantik dan aku punya banyak variant tulisan tangan yang semuanya cantik. Hahaha.
  • Aku selalu tidak punya kesabaran untuk membaca guide, manual atau pun arahan. Selalunya, aku akan buat dulu, kalau tak berjaya atau ada masalah, baru akan refer kepada manual. Lagi satu, aku rasa aku susah nak faham manual tu semua
  • Aku adalah pemandu yang tegar dan aku sedikit berbangga dengan hakikat itu. Sepanjang sejarah pemanduanku, aku baru langgar seekor ayam dan seekor kucing.
  • Aku seorang yang panas baran. Tapi, over the year, aku rasa aku dah sedikit mellow. Namun, saki baki sifat itu masih ada, dan itu juga menyebabkan orang selalu menyifatkan aku garang dan brutal. Ada aku kesah?
  • Aku tidak suka Thai food. Aku tak makan sayur bening seperti singgang dan seangkatan dengannya. Aku tak boleh telan sup ikan yang jernih dan menampakkan isinya yang putih (uwekk!). Aku tak makan ikan besar yang berkulit licin seperti ikan seludu dan plotan (oh, aku tidak tahu anda kenal atau tidak ikan ini – rasanya ikan yu kot).
  • Aku tak suka sambal tumis dan asam pedas mak aku. Aku tak suka laksa. aku paling suka mihun goreng – tapi, jangan digoreng basah.
  • Aku lebih mesra (friendly) masa online atau dalam penulisan, tapi cold secara in-person.
  • Aku tak pandai bercerita secara lisan dan aku akan ada tendency bercakap dalam kadar yang sangat cepat apabila aku nervous.



Rules & regulations #03 + #04:- rules are meant to be broken, right? So, GTH with the rules. Hahahaha … no offense!



Saturday, March 21, 2009

Obituary



Walaupun aku hanya mengenalinya sebagai Elizabeth James di dalam The Parent Trap, aku rasa sedih dengan pemergiannya.

Natasha Richardson ~ May 11th, 1963 - March 18th, 2009 ~ Rest in peace

Thursday, March 12, 2009

Anugerah


Award daripada Areleez. Thanks.
Berkawan biar seribu masih relevan aku kira. Dan, aku juga mahu menghadiahi mereka-mereka ini juga ....
  • Alin - kawan lama - masa universiti. Sibuk saja 25 jam. Life is too short dear ... enjoy while it last.
  • Sue - besfren Alin yang telah menutup blog dia untuk aku. Tak tahu kenapa. Woi Sue, bila nak public kan blog kau tuh?
  • Ras - kawan sekerja. Blognya kejap ada, then laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaama baru ada balik.
  • Salwa - rakan kerja. Sama macam Ras jugak. Duduk pun selevel dengan Ras
  • Norma - yang pi Arab hari tu. Harapnya tak terkambus kat gurun tu sampai lupa yang dia ada blog
  • Art - tak tau la dia nak terima ka dak award girly2 nih ...
  • CikguYusuf - yang sentiasa menyokong dan mempositifkan fikiran

Tu je la dulu ... dan untuk Areleez, kalau nak re-publish award ni pun OK gak ... sebab you too is my bloggy friend!

Monday, March 9, 2009

Au revoir my friend ...

Hari ini, 9 Mac 09, merupakan hari terakhir Normawati dan family di Malaysia sebelum berhijrah ke Jubail, UAE. Setelah berulang kali mengadakan parti dan makan-makan, hari ini betul-betul mereka akan meninggalkan kami.

Mengikut jadual, mereka akan bertolak dari LTSM Kuala Terengganu ke KLIA pada 9 malam ini, dan kemudiannya ke Jubail melalui Qatar pada 2 pagi. Bersama 3 orang anak yang boleh tahan adventurous, aku doakan perjalanan Norma dan Haswadi akan berjalan dengan lancar!



Semoga ketemu dengan apa yang dicari.

Berbahagia dengan apa yang akan ditemui.

Sejahtera dengan rahmat Ilahi. Ameen.




Haikal dan Teacher Mary

I love this ...

Picture from here


"We all get heavier as we get older because there's lot more information in our heads. So, I'm not fat. I'm just really intelligent and my head couldn't hold any more so it started filling up the rest of me.

That's my story and I'm sticking to it!"
-
Garfield

Friday, March 6, 2009

Recycle. Ozon kita makin menipis. Jom!

The operative term di sini adalah RECYCLE. Selagi sesuatu itu boleh dikitar semula, lakukan saja. Maka, ini satu usaha ke arah itu. Apa kau merepek ni syaitoooon??

Tak ada apa ... saja. Banyak masa lapang. Ini tag, adalah arahan di facebook aku. Dina dan Ras sibuk tag namaku untuk buat benda ni. Untuk lebih mengenali kata mereka. Dah kenal lebih, ke mana pula arah hubungan kita nanti? Poyoooo ... marangkerapukepundenparangsekeper betul.

Seriuosly, ini saja yang mampu kutuliskan buat masa ini ... layaaaan ...

WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
Never ask my parent about that. I guess it was a kind of trend during late 70s when most of girl names must start with NOR. Hafiza tu I guess something that they fancied kot sebab my brother who born two years after that was named Hafeez.

WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
Couldn't remember la. I cry a lot. Nampak saja gagah perkasa, namun aku masih tinggi sifat kewanitaan yang penuh kelemahan itu! Yucks!

YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
Of course – mine is beautiful. Everybody say that. Perks of being left-handed :p

WHAT IS YOUR FAVORITE LUNCH MEAL?
Not specific – depends on my appetite, but usually it always nasi and nasi … I’m truly Malay.

DO YOU HAVE KIDS?
Nope … I don’t get well with kids. Can’t stand them.

IF YOU WERE ANOTHER PERSON, WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
Of course. I’m too good to be ignored! Those who don’t want to be friend with me is an opportunity missed!

DO YOU USE SARCASM?
Sarcasm is my middle name

DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
Last check they are still there

WOULD YOU BUNGEE JUMP?
Are you kidding? That’s something I’d do before I die. Location? Verzasca Dam in Zurich (google by yourself)

WHAT IS YOUR FAVORITE CEREAL?
I don’t like cereal

DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
My shoes are all shoe-lace free

WHAT IS YOUR FAVORITE ICE CREAM?
Anything but mint-flavored

WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
Faces

RED OR PINK?
Pink … auww!

WHAT IS YOUR LEAST FAVORITE THING ABOUT YOURSELF?
I’m the greatest procrastinator and hoarder

WHO DO YOU MISS THE MOST?
……

DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
No, because I don't know everyone. I know some, though.

WHAT COLOR PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
White pants and pink-floral pump

WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
Lucky by Jason Mraz

IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOR WOULD YOU BE?
Don’t like crayon so don’t know what it feels to be one

FAVORITE SMELL?
Anything pleasant

WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
A bank officer from HSBC offering me 13k personal loan

FAVORITE SPORTS TO WATCH?
Don’t like to watch any

HAIR COLOR?
Black

EYE COLOR?
Black

DO YOU WEAR CONTACTS?
Nope - but think have to lah since my eyesights getting worst now

FAVORITE FOOD?
Anything but Thai food

SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
Happy endings that ties up the plot

LAST MOVIE YOU WATCHED?
Bolt

WHAT COLOR SHIRT ARE YOU WEARING?
White

SUMMER OR WINTER?
Malaysian climate suits me better

HUGS OR KISSES?
Neither – but hugs is ok with those I know well

MOST LIKELY TO RESPOND?
Depends

LEAST LIKELY TO RESPOND?
Depends

WHAT BOOK ARE YOU READING NOW?
For one more day by Mitch Albom

WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
Err .. mouse?

WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
American Idol – so glad Tatiana is in, but so disappointed and stressful when she didn’t make it to the final 13! Arghhhh!!! Anup’s should be Tatiana!!! I love her melodramatic attitude!

FAVORITE SOUND(S)?
I prefer the sound of silence

ROLLING STONES OR BEATLES?
Huh?

WHAT IS THE FARTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
Johor – utara selatan tu ..

DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
Yes, storing unnecessary data in my mind

WHERE WERE U BORN?
Kangar, Perlis

WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK?
Everybody I tagged

HOW DID YOU MEET YOUR SPOUSE/SIGNIFICANT OTHER?
I have right to remain silent, kan?


Rule kata tag orang lain juga. Aku rasa aku nak patuh pada rule itu. Maka, inilah mereka yang aku sumpah untuk jawab tag ini:
  • Alin - sebab aku tengok blog dia dah lama sungguh tiada entri dan keadaan ini amatlah tidak sihat untuk mereka yang mahu menceburkan diri dalam dunia blog
  • Norma - sebab, satu ketika nanti, bila di Arab tu dia pasti akan mengalami saat buntu, dan aku harap tag ini akan membantu dia meredakan emosinya

Cukuplah dulu dua orang ni ... orang yang tidak diletakkan namanya di sini, jangan bersedih. Kalau nak jugak, email ke aku, dan aku kan edit nama yang berminat tu di sini.

Sekian dimaklumkan.

Sunday, March 1, 2009

Hidup bervisi

Weekend hari tu aku tertonton Oprah show -- mengenai personal vision board. Mulanya tak ambil kisah pun, tapi, ada perkara-perkara tertentu yang menarikku.

Kata tetamu Oprah, setiap orang harus mempunyai personal vision board masing-masing. Dan, untuk memberikan idea kepada anda apa itu vision board ... ini adalah contohnya:

Vision board.
Picture from
here


Penjelasan:
Vision board selalunya mempunyai impian dan pengharapan anda untuk dicapai dalam hidup. Impian itu boleh saja menjadi apa yang anda mahu - seperti jodoh yang baik, rumah besar, ketenangan fikiran dan sebagainya. Itemnya boleh berbentuk perlambangan, gambar, kata-kata atau apa sahaja yang anda boleh materialised kan. Rasionalnya, apabila anda mempunyai vision board, ia akan menjadi stimulus kepada minda anda - sama seperti eksperimen Pavlov dan anjing itu.


Dan, seperti biasa, bila menonton dengan teman serumah, harus cerita itu diulas selarikan oleh penontonnya. Maka, terbitlah dialog ini.

Housemate 1:
Apa cita-cita you yang tak pernah berubah-ubah bila cikgu suruh you tulis masa sekolah-sekolah dulu?

Housemate 2:
Peguam.

Housemate 1:
Hahaha. Dah tu, sekarang ni? I yang tak pernah berubah adalah cikgu. Tak tahu kenapa, memang itulah yang I tulis. Agaknya sebab orang sekeliling I semuanya involve dalam teaching field, maka I ter influence kot.

Housemate 2:
Ohh. I memang tak pernah bercita-cita nak mengajar, sebab I tak ada kesabaran nak mengajar orang. Tapi, tengoklah sekarang, yang tak nak itulah yang terjadi.

Housemate 1:
Dah, you kenala tukar profesion! It's not too late to do so. Nanti you tak happy ... susahlah. Hidup tak bermakna kalau tak happy.

Housemate 2:
Well, I think this is my strength. I ni adaptable. Walaupun I mula kerja dengan banyak perasaan tak suka, tak minat, as time goes by, I ok je dengan semua ni. I grew to love this job by day. Tak ada masalah nak tukar ke apa. I ni orang yang jenis takes whatever may come. No expectation, no vision.

Housemate 1:
Yeah ... me too. Itu yang menjadikan kita ni mediocre. Comfortable saja. Dan, tu sebab masih juga kat takuk yang ini, kan?

Housemate 2:
Yeah, that's makes us unique ...

Housemate 1:
Hahaha ... sure.


(Biasalah, perbualan orang Malaysia harus disulam dengan perkataan-perkataan Inggeris, barulah nampak hip dan cool. Biar pun hanya perkataan-perkataan itu juga yang diulang cakap)




Moralnya?

Aku percaya anda pasti pernah meneliti ayat 13, Surah al-Hujurat - (aku quote translation Maulana Abdullah Yusuf Ali)

O mankind! We created you from a single (pair) of a male and female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other (not that ye my despise - each other -. Verily, the most honored of you in the sight of Allah is (he who is) the most righteous of you. And Allah has full knowledge and are well-acquainted (with all things).


Allah dengan jelas menyatakan, manusia memang dijadikan berbeza - kerana tujuannya untuk saling berkenalan antara satu sama lain dan bukan membenci segala perbezaan. Maka, siapa kita untuk menyatakan pilihan kita adalah lebih baik atau lebih betul daripada orang lain? Dalam konteks ini, apapun pilihan hidup anda, anda yang akan bertanggungjawab. Cumanya, kemungkinan apabila pilihan itu semacam tidak betul perjalanannya, kita sebagai saudara seIslam, wajib menegur. Selebihnya, raikan sahaja ketidaksamaan itu.


Apa relevan dengan cerita di atas?

Apabila orang mempersoalkan sama ada kita gembira atau tidak dengan kehidupan, atau merasakan kita ini adalah the biggest looser or achiever, ia berbalik kepada persoalan pilihan. Maka, kalau aku memilih untuk menjadi seorang yang tiada visi dan tidak berfikir tentang masa depan, adakah aku memilih hidup yang salah? Hanya kerana aku tidak menyertai kelompok umum, aku mendapat tiket untuk dicela?

Dan, sekiranya anda rasa, kehidupan anda akan menjadi lebih baik dengan adanya personal vision board itu, lakukanlah. Cuma, jangan dipaksa orang lain membuatnya juga. Setiap orang ada cara berbeza. Perasaan gembira itu adalah sama, cuma, cara mendapat kegembiraan itu yang berbeza.

Raikanlah!

P/s: Sebagai manusia biasa, aku juga akan mencela mereka yang tidak sama dengan aku. Namun, aku masih mahu menasihatkan diriku begini. Dan, kalau anda sudi mengikutnya, aku gembira.