Eiffel Tower, Paris - November 2011
Kami belajar mentafsir mimpi hari ini. Mulanya aku agak reluctant mahu bercerita, tetapi bila hampir semua yang ada bercerita, haruslah aku mahu join the wagon, kan?
Ceritaku:
Saya bermimpi berada di kaki menara Eiffel bila tiba-tiba saya dimasukkan ke dalam helikopter dan diterbangkan ke puncak menara. Sampai di menara, saya diturunkan. Saya perasan saya gayat. Sedang saya membetulkan bearing saya, saya ditolak ke bawah. Saya terjaga kerana sensation jatuh itu.
Aku menjangkakan begini tafsirannya:
Aku naik pangkat dalam kehidupan, enjoy seketika, sebelum ditarik pangkat itu dan segalanya berubah.
Tapi tafsiran yang kudapat:
Anda sedang melalui peningkatan spiritual yang sangat cepat dan ketara - dan perjalanan kejayaan anda juga berlaku dalam keadaan yang pantas. Maka, berbahagialah!
Aku kurang yakin -- tapi, yang pasti, aku sudah sampai ke Eiffel Tower!