Saturday, January 31, 2009

Happy hour ...




Ni happy hour - lepas dinner reunion malam tu ...

Mata mengantuk, namun masih tidak mahu balik, kami menuju ke Cineleisure Damansara. Saja nak melepak-lepak. Peluang begini bukan datang selalu dan setiap detik itu harus diraikan dengan sepenuhnya, kan?

Dan, terima kasih buat En. Jit yang sangat sporting itu! Kamu memang seorang suami yang 'tidak normal'! Dan, ketidaknormalan itulah, kami dapat peluang meraikan Happy Hour ini!

Sebenarnya Happy Hour activity ni macam kelakar juga sebab tengah-tengah malam buta nak pagi tu, pergi jalan-jalan dan melepak dengan baju yang ala-ala 'propah' tu. What to do ... rasa macam banyak yang memerhati kami, huhu...

Happy Hour kami kemudian berlangsung di sebuah kedai yang menghidangkan teh (tak ingat namanya) - settingnya sangat comel, menggunakan English style of decoration. Dan, seperti remaja yang excited, kami berposing-posing gembira -- lagi pun, tiada siapa di kedai itu selain kami. Seronoknya!





Menu pilihan kami:
Blueberry blended tea for Alin, Lavender tea for moi and Strawberry Iced Tea for Ayue dan sepinggan Crackers with tuna.

Kata Ayue - masak macam tu pun boleh jadi menu -- biskut cracker, letak tuna spread, letak cheese kemudian, grill and voila ... 3 keping cracker, RM9.90. Hmmm ... But, the menu was so good and we really treasured that midnight rendezvous very much.

Banyak yang diborakkan - persoalan kawan-kawan, persoalan hati dan terasa macam back in college. Ahh ... those were good old days!

For Alin and Ayue, thanks for the great night ... Well, if you wish to have more great time like this, I'm just a phone call away. I'm waiting ...


The value of a special friend cannot be measured - only treasured, and to know that you can count on me just as I count on you makes our friendship. One of the most valuable gifts I've ever been given and I wouldn't trade it for anything

Although old days never come back and the best friend departed, all of them will become one part of my rememberance.


Pergh ... melankolik gila! Tapi ikhlas ...

Thursday, January 29, 2009

After all these years ....


2 dara with 1 mak dara -- guess who is it?


Me and Ayue


Me and Alin



If time slips away without a word from me, you don't have to worry about our friendship because feelings beyond words will always keep me around Y-O-U!



After all these years, does the idea of friendship really changed?




Thursday, January 1, 2009

Pernah tak anda terfikir tentang kelebihan anda, terutamanya bila anda kenangkan usia anda semakin meningkat di tahun baru 2009 ini?

Haha. Aku sangat gembira hari ini. Gembira kerana apa pun aku tak tahu. Don't care lah ... aku mahu gembira saja kerana perasaan gembira ini membuatkan I feel good (sila nyanyi macam jingle NTV7 tu ...).

OK, tahun baru. Bulan baru.
Soalan lama: Apa kelebihan anda?

Aku sebenarnya dah lama sedar yang otak dan minda aku ni ada kebolehan menyimpan data-data yang kadang-kadang tak relevan dengan hidup aku.

Data seperti semua nama penuh pembaca dan wartawan Buletin Utama TV3, nama penuh client aku yang 7 tahun dulu last aku jumpa, nombor siri duit gaji pertama aku (see?) dan macam-macam lagilah.

Dan, aku juga mudah menjadi reminder kepada orang lain - terutamanya kepada housemateku, dearest Cik SitiM. Aku rasa aku jadi begitu sebab aku berlebih empathy kepada dia - umur dah semakin banyak, dan memori semakin terpadam (cheh, tak sedar kediri!). Maka, jadilah aku pengingat appointment dia, nama cousin dia , nama anak saudara dia, (nama anak saudara pun boleh lupa?), barang apa dia nak beli untuk dia balik kampung karang.

Ada sekali, aku dan dia pergi hantar kawan dia ke airport. Dalam perjalanan balik, hanya kami berdua sahaja di dalam kereta. Dia drive. Tiba-tiba ada message masuk. Dia baca. Dia cakap sorang-sorang. Aku terus ambik cell dia, dan aku texted apa yang dia cakap tu, dan aku reply ke sender.

Dia amaze gila dengan aku ... lantas dia buat remark:
"You're my Doris."

Doris? Who’s Doris?



"Alah, Doris, secretary En. Jamil dalam Madu Tiga tu" dia jawab.

Aku mencebik. Patut aku rasa bangga atau apa?





Aku memilih untuk bangga dan sampai hari ini aku masih menjadi reminder buatnya.