Thursday, January 1, 2009

Pernah tak anda terfikir tentang kelebihan anda, terutamanya bila anda kenangkan usia anda semakin meningkat di tahun baru 2009 ini?

Haha. Aku sangat gembira hari ini. Gembira kerana apa pun aku tak tahu. Don't care lah ... aku mahu gembira saja kerana perasaan gembira ini membuatkan I feel good (sila nyanyi macam jingle NTV7 tu ...).

OK, tahun baru. Bulan baru.
Soalan lama: Apa kelebihan anda?

Aku sebenarnya dah lama sedar yang otak dan minda aku ni ada kebolehan menyimpan data-data yang kadang-kadang tak relevan dengan hidup aku.

Data seperti semua nama penuh pembaca dan wartawan Buletin Utama TV3, nama penuh client aku yang 7 tahun dulu last aku jumpa, nombor siri duit gaji pertama aku (see?) dan macam-macam lagilah.

Dan, aku juga mudah menjadi reminder kepada orang lain - terutamanya kepada housemateku, dearest Cik SitiM. Aku rasa aku jadi begitu sebab aku berlebih empathy kepada dia - umur dah semakin banyak, dan memori semakin terpadam (cheh, tak sedar kediri!). Maka, jadilah aku pengingat appointment dia, nama cousin dia , nama anak saudara dia, (nama anak saudara pun boleh lupa?), barang apa dia nak beli untuk dia balik kampung karang.

Ada sekali, aku dan dia pergi hantar kawan dia ke airport. Dalam perjalanan balik, hanya kami berdua sahaja di dalam kereta. Dia drive. Tiba-tiba ada message masuk. Dia baca. Dia cakap sorang-sorang. Aku terus ambik cell dia, dan aku texted apa yang dia cakap tu, dan aku reply ke sender.

Dia amaze gila dengan aku ... lantas dia buat remark:
"You're my Doris."

Doris? Who’s Doris?



"Alah, Doris, secretary En. Jamil dalam Madu Tiga tu" dia jawab.

Aku mencebik. Patut aku rasa bangga atau apa?





Aku memilih untuk bangga dan sampai hari ini aku masih menjadi reminder buatnya.

2 comments:

nj said...

u all berdua tu memang dah amat ngam sangat...kawan sehidup semati eh?
ehem...ehem...ciksitim tu baca tak blog ni...mengaum kang dia!

Hafiey Nur said...

NJ:
Ngam sangat? Boleh la ...

Sehidup semati? X tau la lagi ...

Dia nak mengaum kat den? Silap besar la dia buat cenggitu ...

Mana nak cari rakan sebaik den ni ... the one and only me ... hahaha ..

Mesti terjeluwak bila dia baca komen ku ini ...