Saturday, April 7, 2012

Bodoh tak boleh diajar, cerdik pun tak dapat nak tumpang ...



All pictures credit: Google


Baguslah begitu, kerana ini menandakan kita peduli dan sensitif dengan perlakuan yang tidak menurut fitrah. Malah, dituntut oleh agama yang dijunjung dalam Perlembagaan Persekutuan

Walau bagaimanapun, hati aku kecewa dengan apa yang dilaporkan oleh akhbar hari ini.

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tidak wujud larangan berhubung watak yang digambarkan sebagai lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dalam saluran-saluran televisyen milik kerajaan. "Tidak ada larangan atas mana-mana persembahan seni oleh mana-mana segmen masyarakat termasuk yang disifatkan sebagai lelaki 'lembut' (atau kewanita-wanitaan)," katanya dalam Twitter. Bagaimanapun, beliau berkata, kementeriannya masih berhak untuk memilih kandungan yang sesuai untuk orang awam memandangkan Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum, agama dan budaya.Rais memberi penjelasan berhubung laporan satu berita portal mengenai perkara itu, yang berasal daripada satu entri Facebook oleh Jabatan Penerangan.


Apakah bengap benar menteri bergelar Dr. ini?

Tak bolehkah, andai tiada pun dalam ruling kementerian, kau bagi penjelasan yang tidak menghantar maksud kepada orang di luar sana bahawa semua itu perlakuan yang tidak senonoh dan tidak diterima sebagai satu nilai? Kau tu ada kuasa, cakap sajalah berdasarkan kuasa. Ambil pengajaran daripada apa yang arwah Tok Mat buat!

Dengan memberikan penjelasan demikian, bersoraklah orang yang memang 'memperjuangkan' benda ini!

Dan, kalau dah boleh bagi kenyataan begini, tak payahlah nak kisah pasal DSAI yang berkelakuan sumbang itu, kerana kau juga sebenarnya teringin ... tapi takut nak buat, kan?

Lepas ni, bila dah kecoh, tak payahlah nak cakap, kenyataan kau diputar belit media!

PM, tolonglah ganti orang ini dengan orang lain yang boleh berfikir dengan teliti. Sayanglah Datuk PM, kalau barisan cemerlang kepimpinan Datuk dicemari kebodohan yang tidak boleh dimaafkan begini!

Arghhhhh!

3 comments:

LADPUNB said...

Nanti nk try cari CD Beaches tu lah... tajuk menarik.... cerita pun menarik nak ditengok...

Fisha... terus terang statement... :)

Hafiey Nur said...

Selamat mencari ... kalau best, hadiah kat den satu .. hehehehe

ajako said...

haha...suka ngan statement "kebodohan yang tidak dapat dimaafkan" itu...itulah, byk sgt kuarkan statement sampai terkeluar drp landasan...