Saturday, November 8, 2008

Perkara yang membuatkan aku mahu membunuh sahaja pagi-pagi ni!

Cam cool pulak letak tajuk panjang-panjang gitu. Hee!

Ini cerita pagi cuti.

Hari ni terbangun awal setengah jam daripada waktu masuk Subuh. Rasa panas dan melekit. Terus aku mandi. Disebabkan dah lama tak mandi awal-awal sebelum Subuh, lepas mandi rasa macam suka saja.

Lepas Subuh, aku membaca sikit. Masih struggle menghabiskan biografi Kassim Ahmad tu, bila tiba-tiba aku rasa mengantuk balik. Kerling jam di laptop baru 7.30am. Tutup buku, dan menyelesakan diri, mulalah pelayaran.

Sebelum timbul niat membunuh tu, biar ku ceritakan situasinya terlebih dahulu.

Rumah sewaku sebenarnya diapit oleh jiran-jiran yang bekeluarga + anak-anak mereka antara 3-5 orang. Semuanya masih membesar dan berusia kekanak Ribena. Fine. Tak ada masalah.

Rumah sewaku, semi D ... dan selesa juga. OK juga itu.

Masalahnya, setiap kali kesempatan aku nak enjoy diri dengan tidur lebih sikit selepas solat Subuh di hari cuti (ini kadang-kadang saja dilakukan, kerana aku selalunya kurang gemar tidur semula lepas Subuh!), ada-ada saja cerita dari rumah kedua-dua jiran ini. Kalau yang tak di sebelah kanan, sebelah kiri yang berbuat onar.

Jiran yang di sebelah kanan mempunyai anak yang dalam fasa advance curiosity - Maka, banyaklah perkara-perkara biasa pada kita tetapi menjadi sangat amaze di matanya. Dan, aku syak, jiran aku ini adalah jenis ibu bapa yang tidak percaya kepada kekerasan dalam mendidik anak, maka, apa yang anak-anaknya buat, dilihat-lihat saja tanpa ada larangan. Kalau dilarang, mungkin membunuh kreativiti anaknya. Dan, percayalah, aku tiada masalah, walaupun kadang-kadang perangai anak-anaknya sangat tidak aku berkenan.

I don't find climbing over the car, banging the door grill is cute! It's annoying! Plus, kalau dah panjat-panjat, jatuh, melalak macam nak mampus, lagi aku pissed off.

Jiran di sebelah kiri, anak-anak dia ok. Tak ada masalah. Selalunya buat hal sendiri. Yang menjadi masalah, mak budak-budak tersebut. Bayangkan, dia akan menjerit sekuat hati yang boleh dengar satu taman perumahan tu bila dia marahkan anak-anaknya. Dan, jeritan itu berlaku pada bila-bila masa dia suka - tengah makan boleh, tengah azan berbunyi pun boleh (orangnya bertudung labuh bagai ... yang aku syak, banyaklah berhikmah!)
Dan, yang paling aku tak boleh terima, kalau kami bertemu pandang di laman (waktu sidai kain atau apa-apalah), dia akan buat-buat cakap kononnya dialah ibu yang paling lemah lembut bercakap dengan anak-anaknya, sedangkan kita dah dengar dia maki anak dia pagi tadi!

Aku rasa paling aman kalau kedua-dua jiran ini tiada pada hari cuti. Amaaaaaaaaaaaaaaan yang bepanjangan.

OK, niat membunuh itu tiba bila, tengah sedap tidur (dalam setengah jam) begitu, tiba-tiba, anak jiran di sebelah kanan menggoncang pintu grill rumahnya. Goncangan yang sangat menggegarkan yang datang daripada seorang budak lelaki berumur 5 tahun. Aku rasa hangin. Dah terjaga, tapi masih rasa mengantuk. Lalu, kutekup telinga dengan bantal. Hajat mahu sambung tidur.

Seminit kemudian, budak itu mengamuk lagi, dan kali ini disusuli dengan raungan yang sangat high pitch. Masalah rumah ini, ia tidak dibina dengan sistem kalis bunyi, dan raungan itu adalah perkara terakhir yang aku mahukan di pagi-pagi cuti begini! Kemudian kudengar maknya bersuara ... "Along ... dah la".

Cis! Terasa mahu santau kedua beranak itu. Kemudian terdengar bunyi motorsikal meninggalkan rumah mereka, dan budak tadi menggandakan raungannya semula. Darahku mula mendidih.

Rupanya, dia menangis kerana tidak dibawa bersama naik motor dengan adiknya. Dan, disebabkan ketidakprihatinan ibubapanya, jirannya yang hanya mahu sedikit kerehatan di hari minggu menjadi mangsa.

Sekali-sekala aku teringin nak jadi orang putih, yang asal saja ada gangguan, lodge a report. Biar aman dunia. Tapi, buat apa selfish begitu.

Memanglah banyak beza jiran yang bujang dan jiran bekeluarga. Namun, janganlah ambil mudah dalam banyak perkara. Bila namanya berjiran, prihatin dengan keselesaan jiran.

Tak bolehkah jaga anak supaya tidak memekak di pagi-pagi hari, lebih-lebih lagi kalau hari cuti? Kalaupun anak-anak itu bangun awal, sediakanlah aktiviti yang sepatutnya supaya anak tak mengamuk. Jangan sampai aku tempelak, buat anak reti, jaga anak hampes! Benci tau.

Janganlah kata aku ini mementingkan diri sendiri, atau tuduhkan aku "kau belum ada anak, kau tak tahulah rasanya." Ini adalah persoalan keadilan dan tolak ansur, hormat menghormati.

Mentangkan aku bujang, apakah aku boleh diganggu dengan teriak tangis anak jiran pada saat aku mahu berehat?

Mentangkan aku tiada anak, adilkah kalau kau menjerit-jerit memaki anak kau sampai terkeluar anak tekak?

Sifir apa yang kau pakai?

Dan, sampai saat ini, masih belum reda perasaan mahu membunuh itu. Dan, aku tak rasa aku bersalah kerana berperasaan demikian.

11 comments:

yusofsipan said...

kesian pun ada nak tergelak pun ada apabila membaca kisah cik fisha ni, bersabor jer laa.... kalau nak hilangkan perasaan nak membunuh tu lakukan pembunuhan tu segera.... tapi cari ler cicak ke lipas ke lipan ke untuk dibunuh, jangan bunuh jiran!!! hehehe

AinRidz said...

Slm Fisha, boleh fahamlah hang punya perasaan nk mrh tu esp time kita nak dptkan extra rest habis kena ganggu kn...mmg fhm sgt... betul2 aku agree, kdg2 ada parents zmn moden ni, mmg mcm ni, konon2 agknya nak ikut style omputeh raise anak, nak so liberal, hehehe... tp yela tgk kesesuaian lah kan, kdg2 semuanya nak ikut tak betullah... setuju sgt... tgk budak2 zmn sekarang mcm2 karakter...ala kulli hal, sbb budak2 mesti akan ckp 'ala budak2...' tp yelah kalau tak didik, sampai tua pun tak semestinya yg tak elok tu boleh jadi elok, kan, unless dia sendiri learn, tp nature manusia mesti ditunjuk ajar...lainla kita ni maksum, dapat kelebihan mcm nabi2 ke...heheheh...mmg boleh fhm sgt apa yg ko rasa, sbr bnyk2 k...aku suggest, sound aje budak tu, kdg2 kalau kita tak ckp mmg akan berlarutan sbb diorang buat tak fhm kan.... tp kena pandai2 psiko lah mcm mana...try buat nooo semoga berjaya.... Alhamdulillah kat area rumah aku semua rumah batu org duduk dlm rumah aje...kwang2... tp dulu time kat kampung, aku sound direct aje siap halau nak p main, main jauh2... hahaha

AinRidz said...

rumah batu means rumah takde halaman, kotak2 aje2 maklumle rmh flet... :)

Anonymous said...

Cikgu Yusuf:
"actus non facit reum nisi mens sit rea" - sila gugel sendiri, ya.

Perasaan saja ... tiada mens rea yang boleh disabitkan .. haha!

Marah ke jiran, mana boleh saya bunuh cicak + lipan yang tak mengganggu tu. Zalim.

Sue:
SOund memang boleh .. tapi aku masih mahu jadi jiran yang sensible dan sensitive. Kalau retaliate, aku pun sama macam depa. Aku tak mahu! Aku kan unik!

Peace .. hehehe ...

Anyway, point taken. TQ dear!

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

waa.. this kind of jiran mmg menensenkan kepala hotak! hadoiiyaiii.....

kembara kelana said...

siannya,
bila baca entri tadi, dan aku memang tak boleh kalau tidur aku terganggu.
Nak buat macamana?
lagi memeningkan. Ada satu cara tradisonal yang jarang orang buat. Tapi susah nak citer ek, takut orang moden tak percaya kut

Anonymous said...

kisah ko mengingat kan anak jiran umah lama aku (err..rasanya diorang jd bekas jiran pun sbb hubby aku tak tahan tiap2 pagi weekday and weekend start kul 6.30 pagi anak dia umur dalam kategori kanak2 ribena menangis meraung sekuat kuatnya kat gril umah bila mak dia gi keje) yg kitorang tak paham tu..perlu ker mak nya kejut anak nya just for the sake to say goodbye, and at the end anak nya tak merelakan???!!..till now my hubby refer that boy as A.J. (bunyi macam kiut tapi makna sebenarnya "anak jin") kah kah kah!!

Ayue

Anonymous said...

Suka baca blog ni. Penggunaan bahasa yang bagus. Kelakar pun ada. :)

nj said...

den ada 3 org anak...tahap kanak-kanak ribena juga...tapi selalu jiran-jiran kata...macam tak ada org kat rumah...senyap sunyi aje...tapi rasanya havoc gak anak2 den...mungkin material binaan rumah den lebih quality drp taman perumahan you la...kena pindah gamaknya.

Hafiey Nur said...

Areleez:
Maaf ye, respon yg sudah expire hayatnya ...

Ye, jiran gini mmg 'ya ado' ... harapnya jiran kamu tidak begini ye ..

Usop:
Wah, petua apa tu? Cam ala2 puaka Nyiang Rapik je ...

Ayue:
Betul la ... bdk2 ni pun ada ala2 AJ gak nih ... x tahu berapa lama aku boleh tahan ...

Yati:
Terima kasih kerana suka blog ini. Saya lebih lagi suka kalau ada orang yg suka ...

Datang lagi ye ...

NJ:
Alah, kalau pandai mak paknya jaga, kekanak ribena akan jadi cam anak ayam je ...

Tu lah, ingat memang nak kena pindah ni .. nak gi cari rumah yg ada wild plant lah ..

nj said...

peesha...rumah besar atap biru kat sura hujung tu ke??