Thursday, October 30, 2008

Kalau kau tak de kerja, janganlah anggap orang pun tak de kerja macam kau jugak! %^&***

Sedang khusyuk buat kerja pagi tadi, skrin PC prompted ada message masuk. Tengok nama sender - aku tak kenal. Subjectnya, dia tulis "fw" sahaja. Bila kubuka, message tertulis:

"Salam boleh kenal?"

Anake sopo yo kae? Aku balas:

"Where did you get my email add?"

2-3 minit kemudian, dia balas:

"Adala dari kawan2"

Aku balas:

"Kalau nak kenal, cerita betul2 ... Kalau tak lupakan saja." Aku mula panas hati melayan benda begini.

Dia balas lagi:
"Saya K**** dari K****. Umur 30 tahun. Awak lak umo bape?"

WTF! Bodo*h. Umur 30, cara cam budak lelaki baru akil baligh! Eiiii ... benciii! Terus aku buat karangan 100 patah perkataan:

Salam,

Macam ni lah ye En. K ...

Saya ni busy, dan saya yakin En. K pun sama. Kalau sekadar hantar email cakap 2-3 patah, ia hanya akan mengambil masa saya, dan saya tak suka nak menggunakan email sebagai medium for chatting.

Kalau En. K serius, sila nyatakan secara profesional - latar belakang, tujuan nak berkenalan dan apa expectation En. K kalau kita jadi kawan.

Saya harap penjelasan ini tidak memberi maksud kepada En. K yang saya seorang yang sombong. Cuma, untuk meningkatkan efficiency dalam masa bekerja kerana semua ini mengambil masa kerja saya.

Lagi pula, takkan lelaki berumur 30 tahun, mulakan perkenalan seperti remaja berumur 15 tahun.

Kalau masih berminat, En. K boleh reply message ini. Kalau sebaliknya, saya memahami dan saya berterima kasih kerana En. K sudi menghulurkan persahabatan.

Sekian, terima kasih.

Wassalam

Dan, aku fikir dia pasti akan tersedar kesilapan majornya. Aku juga tidak berharap yang dia akan membalas lagi selepas ini.

Tapi, bila aku check email selepas solat maghrib, aih, ada lagi mamat ni. Tak serik ke dia ni. Dia tulis:
"Dah makan lum lagi ye?"

That's it! THAT'S IT!

Untuk masa-masa begini, aku langsung tak appreciate cara perkenalan yang tak semenggah begini. Kalau itu cerita semasa aku mula puber, mungkin aku terima ...

Apapun, tidaklah bermakna aku sombong dan garang bila berespon begini. Cumanya ... please lah ... tak bolehkah anda menyamar (walaupun tidak bagus begitu) menjadi seseorang yang matang seiring usia? Tunjukkanlah sedikit keintelektualan anda kepada saya kerana itulah penarik anda kepada saya!

Benci!!!!

4 comments:

Anonymous said...

Adakah akak 'kene ngorat?' hehe, saja nak test akak kot hahaha jangan marah :p

Alin Ahmad said...

huhuhuhu... i kena lagi kelakar. bila tanya where did get my email, dia replied from attachment email. lawakkan...

AinRidz said...

wah, diriku nampak kak alin di sini...bagus2... apalagi fisha, banyak2 kan lagi articles yg menarik oraitt... selamat berkarya!

fisha, kalau nak buat sticker lah kan, apa yang menarik pada pandangan matamu eg, pooh,disney,conan,sailormoon,doraemon,tweety ke, beri sikit beberapa item dan namamu yang mana yang paling disukai? [aku nak buat utk ko nih... cutshort hehehe]

Hafiey Nur said...

Ikmal:
Ngorat cara paling sengal macam tu, kem salam le ...

Alin:
Jawapan sengal camtu pun ada gak penah dapat ... lebih ok, kalau jawapan selepas tu nampak matang dan nampak pandainya .. ini tidak .. makin terserlah bodohnya.

Sue:
TQ