Banner di rumah pengantin perempuan. Ganas ahh ... kat kampung aku tak pernah buat pun cenggini! Kagum gila!
Majlis perkahwinan 'abang' ku yang kedua.
Aku ada abang ke? Hehehe ...
Tahun 2008 adalah tahun bertuah mak dan ayahku - terima 2 menantu. Tapi, mereka tetap tidak berpuas hati ... kerana aku masih utuh bertahan tanpa apa-apa sandaran. Hahahaha ...
Apa cerita 'abang' ku itu?
Well, seperti biasa, untuk orang yang awet muda sepertiku, dialog-dialog seperti "abangnya dah sudah, adiknya ni bila lagi?" atau "tu abang yang mana kahwin tu?" langsung tidak membuatkan aku berkecil hati. Maka, cerita ini cerita 'abang' den la ... bukan adik .. ingat tuu ...!
Bilik pengantin di rumah kami. Aku suka konsep simple tu. Tapi takkan nak guna konsep yang sama pulak for my big day? Apa barang tiru-tiru? Nyesal plak buatkan cenggini untuk dia. Ish ..! Pelamin tu, kat rumah pengantin perempuan je. Rumah kitaorang tak de buat pelamin. Alangkan set up meja makan beradab pun mak aku bising cam hape, ini pulak nak buat pelamin. Over her dead body warning nya (mak aku serabut dengan protokol, dan bukannya anti-culture).
Yang 6 keping ni gambar masa akad nikah yang berlangsung di Masjid Sijangkang (ye kot namanya - sebab kat situ lah tempatnya).
Saat dia mahu diakad tu, ternampaklah juga gabranya adikku itu. Tapi, cover baekkk punya. Yang aku hairan, tok kadi nya itu sangat mesra alam. Entah apa yang dia suka sangat dengan adikku itu, bertepuk tampar gurau-gurau bagai ... Kalau itu petanda sebuah kebahagiaan, Alhamdulillah.
Pengantin perempuan itupun sangat tenang. Bersedia betul. Kagum. Kagum. Kalaulah aku ... hmmpphh ... Haih, this is their story, not mine!
Ini pulak setelah selesai akad nikah. Satu kelegaan yang teramat kurasakan. Tempiasnya sampai ke aku. Hehehe.
Serupa tak muka kami? Aku dan adikku itu la ... bukan aku dengan bini Jawa dia tu. Ada orang kata adik aku tu mirip Dr. MAZA ex-mufti Perlis tu. Cuba korang peratikan, sama ke? I'm the proud sister then ...

Selepas akad nikah - upacara membatalkan wudhuk. Nak batal wuduk pun ada upacara? Hmmm ...
Kata adikku, "gua pegang pompuan pun tak pernah, ni disuruh bergaya bagai ... gila tak rock ..." - Padanlah .. sungguh kekok dan amateur kelihatannya.
Sekarang ni bertambah-tambahlah. Perkara cenggini tak payah ajar sangat, kan? Cepat betul pandainya.

Ini pun gambar-gambar posisi wajib yang perlu diambil untuk sebuah perkahwinan. Biasa la tu, kan? Aku suka kedua-duanya ... sebab aku yang tangkap ... huhu. Tapi, cantik la aku rasa ...
Ini sewaktu hari kenduri. Dua gambar pertama di rumah pengantin perempuan, dan gambar terakhir di rumah kami.
Alhamdulillah, segalanya lancar seperti yang dirancang. Tapi, aku memang sesungguhnya pasti mak dan ayah aku tak senang hati selagi aku yang tak lepas. Entah apa dikesahkan ntah kalau aku single-mingle ... aku gembira what ... tak bolehkah aku senang lenang gembira sekarang? Hisy!

After all, I don't think I'm marriage material. Enough said.
Selamat Tahun Baru semua.
Aku rasa cuak je untuk tahun baru ini.
Jangan tanya kenapa. Nervous. Nervous!!
3 comments:
Fisha, tahniah noo dapat sorang lagi adik ipar :) Apa yg ko nervous tu...wah ni kena ckp kat Ayue ni heheheh...
Ha? Camana boleh ingat nama kita orang semua 3 beradik? Betul la tu. Ya Allah, Yati mintak maap sebab Yati tak ingat Hafiey Nur ni sape? Mungkin sebab dulu Yati kecik lagi dan dah dekat 20 tahun dah tinggalkan Perlis. Dok kat Taman Sri Bahagia juga ke dulu? Rumah mana? Kawan Yati ke, kawan kakak-kakak Yati? Sekolah mana? Cuba tolong ingatkan Yati skit. Betul-betul lupa.
salam tahun baru maal hijrah 1430 jugak & happy new year 2009!
Anonymous @ December 31, 2008 5:11 PM:
TQ .. TQ very much. Apa yang den nervous kan? Tungguuuuu .. hehehe.
Yati:
My mind kan ada kebolehan menyimpan benda2 yang x berapa relevan ni? Check ur mail ... I dah terangkan dengan panjang lebar how do i know you princess ...
Have a nice day!
Post a Comment