Friday, February 13, 2009

Apakah saat membahagiakan itu?

Ya, aku memang sedang bergembira menghadapi hidup. Tapi, apa definisi gembira itu?

Ada orang, gembira apabila dapat makan.
Ada orang, gembira apabila dapat bersama keluarga dan rakan-rakan.
Ada orang, gembira apabila dapat buat benda yang mereka suka.


Aku, gembira bila perkara-perkara ini terjadi!



Makanan yang pelbagai

Pernah dengar orang kata, kita kat Malaysia ni mati sebab makan terlalu banyak. Dan, itulah yang terjadi semalam. Atas nama SIG, projek kami, makan-makan sampai kenyang. Urghhh!

Sebenarnya, ia untuk meraikan si tuan rumah (ceritanya di bawah) yang khabarnya nak berangkat ke al-Jubail UAE 25 Februari ini. Tapi, setelah diadakan majlis begini, tarikh tunda la pulak. Ini macam, kalau berterusan, susah la. Rai, rai ... tak pergi. Berapa banyak nak rai ni? Tapi, as long as it involves food, aku memang tak kisah berapa kalipun!

Hahaha ... no hard feeling ya Norm!


Semalam, main coursenya saja 4 -- haih.










Bolognese spaghetti


Yang dua ini, ini tukang masaknya (yang di tengah-tengah itu, sedang mengawal makanannya). Gila sedap. Adakah sebab aku terlalu lapar atau memang dia masak sedap? Aku rasa yang pertama, tapi, pstt, jangan bagitau dia! (Seriously, she's really can cook mean dishes and I'm so happy to be her food tester, who doesn't, huh?).

I love you three my friend!

Bolognese gravy
tu, perghhh, superb, with trace of baked beans. Malas aah nak belajar masak bila ada kawan yang begini. Boleh?




Aku suruh dia masak macaroni ni masa birthday aku nanti, dan aku rasa memang dia akan buat, sebab dia sayang kat aku ... ngehehe.











Mee kari ... Ini air tangan tuan rumah.

Sumbangan terpenting aku adalah memotong tauhu dan fish cake tu.

Cuba bayangkan, tiadanya pemotong perkara-perkara itu, akan lengkapkah rasa makanan tersebut? Not a chance!

Dengan gaya memegang pisau dan darjah pemotongan yang tepat, serta keanggunan pemotong, tidak hairanlah tetamu memuji-muji hidangan tersebut. Haaaa ... sedihnya aku tak sempat nak rasa pun mee kari tu sebab sibuk dengan 3 main courses yang lain tu. Ishhh ...


Singapore meehon tu always my favorite. Buat tak reti. Tapi, sesiapa saja yang masak meehon ni, memang aku respek.

Aku akan jatuh cinta dengan orang yang pandai masak meehon ini. Aku sanggup jadi orang suruhan mereka untuk makan meehon ini pada bila-bila masa. Betapa seriusnya aku menumpahkan komitmen aku terhadap perkara ini.

Listen people, I take this matter to my heart and I damn serious!






Caramel pudding
Yang ini tak berapa daya nak makan sebab gula hangusnya too sweet sampai jadi bitter untuk aku. Tapi, the pudding was lovely. Truly tuan rumah.







Chocolate covered cake
Kek yang diusahakan hingga lewat malam ... Alangkah indah nya malam itu dihiasi dengan tahajud?

Ahh, buat kek untuk kawan-kawan juga satu perkara yang baik juga, kan?

Semoga, pembuatnya akan diberikan Allah ganjaran yang baik kerana niat ikhlas menjamu rakan-rakan, InsyaAllah.






Kawan yang ramai

Kawan-kawan, tak kiralah yang sanggup setia waktu menangis atau memilih untuk gembira sahaja, tetap sesuatu yang menggembirakan. Mempunyai kawan merupakan satu indikator bahawa kita ini tak lah pathetic sangat sampai tak ada orang nak berdampingan dengan kita. Dan, bagi mereka yang sentiasa di kelilingi rakan-rakan yang baik dan penyayang, ini adalah suatu nikmat Allah yang tidak boleh didustakan .... Berkawan biar beribu ... Dan, aku rasa kawan-kawanku belum beribu lagi ...





Kegembiraan di riak wajah mereka

Erti hidup dengan memberi ... dan memberi kegembiraan kepada orang lain sebenarnya adalah suatu nikmat. Memberi kegembiraan akan menjadi lebih bererti kalau yang menerima memang bergembira dengan kegembiraan itu. Ia membuatkan kita sentiasa mahu terus memberi. Cubalah, dan anda pasti faham apa maksudku.



Gambar terpaksa digelapkan supaya lebih terserlah kesan akibat kenyang itu ... hahaha. Same row, same size. Wohooo!

Kenyang dan gembira. Hahaha.

Inilah sebenarnya saat menggembirakan. Pernah dengan peribahasa lama, "gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati" as opposed to peribahasa Hungary (hehe) - "a hungry man is an angry man"?

Tahukah para politicians sekelian -- sebenarnya tidak payah untuk menambat hati pengundi anda. Pastikan mereka ada kerja dan makan dengan cukup. Mudah, bukan? Hanya kamu terlalu bodoh sehingga perlu melompat-lompat ibarat haiwan nan satu itu sedangkan cara manusia lebih mudah. Dasar bajingan! Eh, marah kat sapa plak? Ish ...

Dan, sebagai bukti kegembiraan itu, the pictures tell it all.


Norma, Nadrah + Haikal - the hosts

Ahhhhhh ... what a wonderful life!

4 comments:

nj said...

peesha...
kak norma pun tak sempat nak snap sana sini...tak menang tangan le...nasib baik awak meng'entri'kan SIG kita tu....
That is what a friend is for!!!
Thank you so much for the friendship.

yusofsipan said...

bergembira bermakna sangat suka, sangat girang, besar hati. Salah satu yg boleh menggembirakan kita ialah apabila apa2 yg dihajati dpt kita perolehi. Namun, kata org tua2, jgn sesuka (gembira) sesangat, nanti dpt duka...

anyway, moga kita sentiasa beroleh kegembiraan di dunia yg sementara apatah lagi di akhirat yg abadi!

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

uwaaaaa.... lapor2..

Anonymous said...

NJ:
Anytime anywhere ...

Cikgu Yusof:
InsyaAllah. Doa yang sama untuk cikgu!

Areleez:
Ya, silakan ... semua itu sgt best!