Dipinjam tanpa izin dari sini
Aku memang suka drama ini. Semuanya comel. Ceritanya. Pelakonnya. Muzik latarnya.
Tapi, satu yang tak tahan, apabila watak bapa tiri dan mak Rona bercakap dialek utara. Hampas jadinya.
Takkanlah penulis skrip tak ada kawan-kawan yang bertutur dialek utara? Kesalahan paling ketara ialah dalam episod terakhir ini.
Antara dialog bapa Rona ketika nak menyuruh Rona berkahwin dengan Loden (ye kot namanya):
"Rona, tolonglah kahwin dengan Loden. Kalau kau tak kawin, susah la cek!"
"Hang jangan tak percaya, cek akan buat apa saja kalau terdesak!"
Hoi, mana ada ayah pi bahasa diri kat anak guna "cek"?
Kemudian, dulu watak mak Rona pun kedengaran janggal. Antaranya:
"Awat Loden, yang hang dok ambik barang cek ni?"
Hahaha ... sungguh bersopannya mak Rona, marah Loden pun masih membahasakan dirinya "cek"?
Untuk pengetahuan ramai, "cek" itu adalah kata nama pertama yang mempunyai maksud tertentu. "Cek" selalunya digunakan sebagai membahasakan diri kepada orang yang lebih tua, atau yang kita hormati (yang rapat dengan kita selalunya).
Contoh penggunaannya:
"Mak, cek nak pi kedai sat" ["mak, saya mahu ke kedai sebentar" -- ha, skema gila cakap dengan mak macam ni ... hahaha. Zaman Hang Tuah pun tak cakap macam ni!]
atau
"Cek nak dak nasik ni? Kalau mau, tok boh bagi?" ["kamu mahu nasi ini? Kalau mahu, nenek boleh sendukkan?"] -- dalam kes ini, kata ganti nama ini digunakan oleh orang tua kepada orang muda untuk menggambarkan kesayangannya (affection). Selalunya dibahasakan oleh nenek kepada cucunya.
Orang utara bila bergaduh atau bertekak, tak akan membahasakan diri sebagai cek [tapi, kalau anak itu bergaduh dengan ibu bapanya mungkin dia akan guna kata nama cek tu].
Contoh ayat:
"Awat, mak ingat cek bulog sangat dengan Saleh tu?" [kes kena paksa kahwin, terjemahnya: Mak ingat saya hadap sangatkah dengan Saleh tu].
Maka, sepatutnya, bila mak Rona marah, ayatnya patut berbunyi begini:
"Hoi Loden, awat yang hang dok ambik barang aku ni?" dan bukannya "Awat Loden, yang hang dok ambik barang cek ni?" kerana Loden bukan bersaudara dengan dia, malahan menjadi musuhnya.
Tak sesuai tau! Orang utara kalau marah, keluarkan segalanya. Sama macam orang Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak serta seluruh kawasan yang sewaktu dengannya!
Rasa macam pelik kerana dialog mereka tiada konsistensi (hanya watak Rona sahaja yang tampak konsisten, mungkin sebab Sharifah Amani berdarah Penang).
Kita selalu saja nak mengkritik kalau ada yang berbahasa Inggeris salah grammar atau salah sebut. Tapi, bila ada yang salah bercakap dalam bahasa sendiri, kita hanya mengangkat bahu sahaja.
Diskriminasi! Bias! Prejudis!
Maka, atas sensitiviti ini, aku mahu endah dengan bahasa aku.
Bahasa jiwa bangsa.
P/s: Aku suka blooper cerita ini - terutama ayat Shukri Hasyim - "mana aku tau, dia tulih kat skrip sughuh mengaku lepaih tunjuk gambag. Lagipun, besa la, hero Malaya, anak serata Malaya la ... hahahaha.

6 comments:
PEESHA...hang layan jugak rona roni tu ye...kak norma selalu x dapat tengok...kes cerita keliwon TV3 ni!
NJ:
Gua tak minat la keliwon ke, nyiang rapik ke ... not my thing kot ... gua bukan penakut ye, harap maklum. Mary itu yang penakut ... tengok citer hantu, gi mute suara ... siang hari plak tu .. apa kes!
amnoi amboi depa dah jadi cikgu bahasa pulak....btoi btoi btoi apa yang hang tegoq tuh...aku pun meluat dengaq depa duk cakap serupa penang tak penang, kedah tak kedah....
Art:
Sekali sekala tegorq ... (hahaha ... ejaan idgham habis!) ...
Aku pun cemuih .. nak sgt cakap dialek, tapi ya adooo ...
Satu lagi, aku meluat dialog SPA Q2 hari tu ...
Datin Sofira:
You boleh guna kereta I, tp kereta Waja je la. You x malu kan nak drive Waja?
Hoih ... ni hapa punya bengong ni .. Ni la masalah org Melayu tak sedag diri nih ...
Owh ahkak sorang ni minat cter tue yea hahaha...
Org n9 memang kalo cakap mmg kluar sumer,kelakar pun ado bilo marah tapi apo den dulik...nak buek camno kan biasola sobab den kan jambu, kono cover2 sketla ahahaha..:p
Tapi tue la realiti, director tak wat keje betol2, yea setuju ngan akak, orang gemar condemn kita pasal grammar bila kita speaking english tapi bahasa sendiri buat dekkk je,biasala kan mentaliti penjajah tue masih kuat dan berakar dalam budaya, bahasa dan undang2 kita, sampai p QC bila ada consti deadlock noo...
macam biaso 'res ipsa loquitor'!
Ikmal:
Itu semua sebenarnya Malay psyche yang agak susah mahu diubah. Tak percaya diri sendiri, tak percaya orang lain yang sebangsa ... dan sukar nak menunjukkan rasa sebenar ... biasa la tu ...
pasal sampai pi QC tu ... ntah le ... patutnya tanya je la Shad tu ... Shad pon bukan Melayu, kan?
Oh, lupa ... Shad duduk Mesia ... so, apa kelas tanya org Malaysia ...
Audi alteram partem lah kot kaedahnya ... ammak!
Post a Comment