Tuesday, March 24, 2009

Tag. Tag. Tag.

It tag s time!

Apa maknanya? Maknanya, saat memuja dan memuji diri dengan penuh perasaan serta berpura-pura untuk tidak merasa hebat dengan setiap puji dan puja itu.

Ia juga bermaksud, tuan rumah tiada idea untuk menulis entri di blognya pada saat dan ketika itu.

Selain daripada itu juga, ia membawa maksud, tuan rumah mungkin mempunyai surplus masa untuk menjawab soalan-soalan yang kadang-kadang bersifat ntahapapantah. Pilihlah maksud yang mana satu yang anda suka.

BTW, tags ini daripada budak Areleez yang sangat lovey dovey sama dia punya sayang tu …


Rules & Regulations:
  • #01 : Each player of this game starts off with 10 weird things/habits/little known facts about yourself
  • #02 :People who get tagged need to write a blog of their own 10 weird thing/habits/little known facts as well as state this rule clearly
  • #03: At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names
  • #04: No tags back



Rules & regulations #01 & #02:-
  • Aku anak sulung. Tapi orang tak berapa nak percaya sebab aura dan karisma sebagai anak sulung tidak pernah terpancar di wajahku ...
  • Aku sedang bekerja di dalam bidang yang paling aku tidak gemari sedari waktu aku mula faham apa itu maksud cita-cita. Namun, aku belajar untuk menyukainya.
  • Aku seorang introvert yang tegar. Namun, kebanyakan orang yang aku temui, akan mengatakan aku adalah seorang yang extrovert. Mereka sangka mereka kenal aku luar dan dalam agaknya? Atau, mungkin juga aku mengalami crisis identity? Dual personality? Bipolar disoder? Hoh!
  • Aku selalu menanggap apabila aku buat kerja dalam kumpulan, aku adalah penyebab kumpulan itu akan kalah. Aku tak tahu kenapa. Mungkin 2-3 cases study mendorong kepada inference sebegitu? Walau bagaimanapun, terdapat sejumlah kerja kumpulanku yang berjaya – dan sememangnya aku tidak menisbahkan kejayaan itu sebagai sesuatu yang berpunca dari aku!
  • Aku adalah seorang left-handed. Tulisan aku cantik dan aku punya banyak variant tulisan tangan yang semuanya cantik. Hahaha.
  • Aku selalu tidak punya kesabaran untuk membaca guide, manual atau pun arahan. Selalunya, aku akan buat dulu, kalau tak berjaya atau ada masalah, baru akan refer kepada manual. Lagi satu, aku rasa aku susah nak faham manual tu semua
  • Aku adalah pemandu yang tegar dan aku sedikit berbangga dengan hakikat itu. Sepanjang sejarah pemanduanku, aku baru langgar seekor ayam dan seekor kucing.
  • Aku seorang yang panas baran. Tapi, over the year, aku rasa aku dah sedikit mellow. Namun, saki baki sifat itu masih ada, dan itu juga menyebabkan orang selalu menyifatkan aku garang dan brutal. Ada aku kesah?
  • Aku tidak suka Thai food. Aku tak makan sayur bening seperti singgang dan seangkatan dengannya. Aku tak boleh telan sup ikan yang jernih dan menampakkan isinya yang putih (uwekk!). Aku tak makan ikan besar yang berkulit licin seperti ikan seludu dan plotan (oh, aku tidak tahu anda kenal atau tidak ikan ini – rasanya ikan yu kot).
  • Aku tak suka sambal tumis dan asam pedas mak aku. Aku tak suka laksa. aku paling suka mihun goreng – tapi, jangan digoreng basah.
  • Aku lebih mesra (friendly) masa online atau dalam penulisan, tapi cold secara in-person.
  • Aku tak pandai bercerita secara lisan dan aku akan ada tendency bercakap dalam kadar yang sangat cepat apabila aku nervous.



Rules & regulations #03 + #04:- rules are meant to be broken, right? So, GTH with the rules. Hahahaha … no offense!



5 comments:

Anonymous said...

Kak Fisha,

Anak sulung rupenya, patutla samo kito ehehe. Saya tertarik pabila akak kato jadi ramah di internet tetapi cold secara in-person kerana ini sangat terbukti pabila jumpo akak kat dungun ehehe jgn marah, saya pun ada sindrom sebegitu :p merenyam di internet tapi amatla bersopan ala2 jumpa family mentua tika in-person :p huahuahua

Hafiey Nur said...

Ikmal:
Dan terbukti jugak yang apa yang I tulis di blog ini adalah sesuatu yang tidak boleh disangkal lagi ... hmmm.

Family mentua? Ko dah kawen ko jang?

漢美女 :
Halo miss / mr ...
No matter how much you adore or despise me, I couldn't understand anything you said.

Also, even this is an advert offering any loan from loan shark or anything ... certainly I couldn't benefit any ...

Thank you for stopping by though ...

Anonymous said...

Kak Peesha,

Nak Kawin?Den da kobarkan doa2 kan jolah cumo apo den takut jumpo mak bapak nak offer anak daro dorang nak kawin tp siyes mmg ado, jangan jeles :p, sobab tue baik den low-profile, harap takdo mak bapak baco tulisan den ni, bokonan susah muaaahahaha...

Keep up writing yea kak, den suko baco kisah2 org ni, leh wat buku kan mcm akak ckp nak wat apokomondo tue, memoghi ahahaha :p

Pocket said...

1) taboo tu, anda tak leh mengaku yg anda tak pernah xcden lg walaupun anda memang tak pernah, pasal once u've announced that, then the counter is ticking.
(Alaaa.. kepercayaan orang nak suruh orang jangan riak^^)

2) LeftHander slalunya tekan sikit tulisan nyer, kirana kalau tulih atas carbon lapan kping pun, usually tembus clear sampai blakang. betul ker?
Pocket tak pernah tgk org yg left handed tulisan layang.

3) Pocket setuju ngan sup ikan!!
pocket pun tak leh, pasal nampai isinyer yg puteh bagaikan tak masak tu.
(Camana la orang ngandung makan sup ikah haruan kan?)

:)

Hafiey Nur said...

Ikmal:
Ikut kao lah jang oii ..

En. Pocket:
Terima kasih kerana sudi bertamu di sini ...

1. Oh, saya tak tahu la pulak ada taboo begitu .. dah tercakap ... hehehehe.

2. Amboi, tulis karbon 8 keping pun lekat clear? Tak dak aiihh ... tulisan saya muka surat belakang pun tak berapa nak berbekas .. tak caya .. meh kita berutusan surat .... ada berani? Heee ...

3. Kannnn? Heran .. heran ...