Kata tetamu Oprah, setiap orang harus mempunyai personal vision board masing-masing. Dan, untuk memberikan idea kepada anda apa itu vision board ... ini adalah contohnya:
Penjelasan:
Vision board selalunya mempunyai impian dan pengharapan anda untuk dicapai dalam hidup. Impian itu boleh saja menjadi apa yang anda mahu - seperti jodoh yang baik, rumah besar, ketenangan fikiran dan sebagainya. Itemnya boleh berbentuk perlambangan, gambar, kata-kata atau apa sahaja yang anda boleh materialised kan. Rasionalnya, apabila anda mempunyai vision board, ia akan menjadi stimulus kepada minda anda - sama seperti eksperimen Pavlov dan anjing itu.
Dan, seperti biasa, bila menonton dengan teman serumah, harus cerita itu diulas selarikan oleh penontonnya. Maka, terbitlah dialog ini.
Housemate 1:
Apa cita-cita you yang tak pernah berubah-ubah bila cikgu suruh you tulis masa sekolah-sekolah dulu?
Housemate 2:
Peguam.
Housemate 1:
Hahaha. Dah tu, sekarang ni? I yang tak pernah berubah adalah cikgu. Tak tahu kenapa, memang itulah yang I tulis. Agaknya sebab orang sekeliling I semuanya involve dalam teaching field, maka I ter influence kot.
Housemate 2:
Ohh. I memang tak pernah bercita-cita nak mengajar, sebab I tak ada kesabaran nak mengajar orang. Tapi, tengoklah sekarang, yang tak nak itulah yang terjadi.
Housemate 1:
Dah, you kenala tukar profesion! It's not too late to do so. Nanti you tak happy ... susahlah. Hidup tak bermakna kalau tak happy.
Housemate 2:
Well, I think this is my strength. I ni adaptable. Walaupun I mula kerja dengan banyak perasaan tak suka, tak minat, as time goes by, I ok je dengan semua ni. I grew to love this job by day. Tak ada masalah nak tukar ke apa. I ni orang yang jenis takes whatever may come. No expectation, no vision.
Housemate 1:
Yeah ... me too. Itu yang menjadikan kita ni mediocre. Comfortable saja. Dan, tu sebab masih juga kat takuk yang ini, kan?
Housemate 2:
Yeah, that's makes us unique ...
Housemate 1:
Hahaha ... sure.
(Biasalah, perbualan orang Malaysia harus disulam dengan perkataan-perkataan Inggeris, barulah nampak hip dan cool. Biar pun hanya perkataan-perkataan itu juga yang diulang cakap)
Moralnya?
Aku percaya anda pasti pernah meneliti ayat 13, Surah al-Hujurat - (aku quote translation Maulana Abdullah Yusuf Ali)
O mankind! We created you from a single (pair) of a male and female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other (not that ye my despise - each other -. Verily, the most honored of you in the sight of Allah is (he who is) the most righteous of you. And Allah has full knowledge and are well-acquainted (with all things).
Allah dengan jelas menyatakan, manusia memang dijadikan berbeza - kerana tujuannya untuk saling berkenalan antara satu sama lain dan bukan membenci segala perbezaan. Maka, siapa kita untuk menyatakan pilihan kita adalah lebih baik atau lebih betul daripada orang lain? Dalam konteks ini, apapun pilihan hidup anda, anda yang akan bertanggungjawab. Cumanya, kemungkinan apabila pilihan itu semacam tidak betul perjalanannya, kita sebagai saudara seIslam, wajib menegur. Selebihnya, raikan sahaja ketidaksamaan itu.
Apa relevan dengan cerita di atas?
Apabila orang mempersoalkan sama ada kita gembira atau tidak dengan kehidupan, atau merasakan kita ini adalah the biggest looser or achiever, ia berbalik kepada persoalan pilihan. Maka, kalau aku memilih untuk menjadi seorang yang tiada visi dan tidak berfikir tentang masa depan, adakah aku memilih hidup yang salah? Hanya kerana aku tidak menyertai kelompok umum, aku mendapat tiket untuk dicela?
Dan, sekiranya anda rasa, kehidupan anda akan menjadi lebih baik dengan adanya personal vision board itu, lakukanlah. Cuma, jangan dipaksa orang lain membuatnya juga. Setiap orang ada cara berbeza. Perasaan gembira itu adalah sama, cuma, cara mendapat kegembiraan itu yang berbeza.
Raikanlah!
P/s: Sebagai manusia biasa, aku juga akan mencela mereka yang tidak sama dengan aku. Namun, aku masih mahu menasihatkan diriku begini. Dan, kalau anda sudi mengikutnya, aku gembira.
3 comments:
Mediocre?Comfortable?
Tidak salah untuk selesa kerana itu adalah pilihan kita. Namun adakala kita juga kena mencabar kehidupan diri kita. walaupun bunyinya macam retorik tapi itulah rahsia kejayaan orang2 berjaya. Siti Nurhaliza takkan jadi penyanyi biasa tetapi berani mencuba sesuatu yang baru dan mencabar kelebihan ada tidak statik semata.
Daku percaya hidup ini adalah satu kebebasan yang perlu disertakan dengan pertanggungjawaban. Walaupun kita tidak suka dengan pilihan seseorang itu samada jodoh, kerjaya dsb namun apakandaya kita hanya mampu mendoakan kebahagiaan mereka saja.
Adakala den pun sama macam akak, pesimistik terhadap sesuatu pilihan yg dibuat oleh individu dan memaksa mereka mengikut nilai yg kita ada. Namun siapala kita dalam menentukan pilihan mereka.
Lambat laun mereka buat keputusan untuk diri mereka. Tidak kita kawan, saudara-mara malahan orang yang paling kita sayangi jua boleh buat begitu.Yang penting kita tau apa yg kita mahu dan berdoa padaNYA supaya ditemukan jalan yang lurus itu.
Sekian kuliah di pagi yang indah permai damai di bumi felda yang bertuah ini :p
Saya masih menyimpam Dream Chart' saya sampai sekarang.
"It all starts with a dream"
Salam.
Ikmal:
Hua .... *clap *clap ...
JP:
Tidurku selalunya dreamless ... so, it never starts with dream for moi ....
Hurmmmmmmmm .... mengeluh.
Post a Comment