Thursday, February 9, 2012

When Halal and Haram collide

Ada orang kata, bila ke luar negara, kita dalam keadaan 'darurat'. Banyak yang dibolehkan. Namun, kefardhuan mencari yang halal itu lebih utama. Dan, aku tidak menyangka bahawa aku akan mengalami pengalaman ini sendiri. berharga, pasti!

Masa berjalan-jalan di Sagrada Familia, hari dah petang dan makanan terakhir yang aku makan adalah Fillet-o-Fish dan salad di Chales de Gaulle Airport, sekitar pukul 10 pagi. Ditambah dengan cuaca yang agak sejuk, makin lapar jadinya. Ada McDonald's berdekatan situ, tapi tekak tak selera menelan another fillet-o-fish. 

Berjalan menyusuri deretan kedai, kami terjumpa ini:



Hati gembira - marilah kita masuk dan bertanya.

Tapi kenapa rasa boleh makan? -- Sebab macam ada lambang vegetarian pada kedainya.

Bila masuk, tengok waiters and waitresses Asian looking. Dia pun tanya kita:

"Indonesian?"

"Naah. Malaysian." 

"I see."

"We are strict vegetarian. Do you think we can eat this?"

"Hmmm.. I think, all at this side you can eat - sambil menunjukkan ke arah bahagian salad dan pasta makanan laut - , but that side (bahagian meat / chicken / pizza), I don't think so."

"OK, thanks!"

Maka, tanpa berlengah, kami mengambil semua yang boleh dimakan. Sedang asyik mengisi pinggan, tiba-tiba Noya berkata:

"I don't think we can eat this" -- merujuk kepada potato salad.

"Hah? Why?" - pinggan aku dah penuh dengan salad itu dan makanan lain.

"Dia campur sausage ni..." -- Arghhhh!

Alamak, macam mana ni?

Luckily for us, since it was buffet style, boleh la konon-konon ambil pinggan yang berisi tu ke meja, dan datang untuk re-fill balik dengan yang lain. Sedih bila tengok selonggok makanan yang kena buang sebab mata tak berapa cekap meneliti.



Akhirnya, ini sahaja yang aku ambil - boiled potato laced with olive oil, hard-boiled egg salad, couscous, blanched long bean dengan salad dressing. OK la, kenyang la juga. Kemudian disudahi dengan cheese cake, coffee and peaches.

Alhamdulillah - dan Maha Suci Allah yang menjagaku daripada memakan benda yang haram itu. 

No comments: