Saturday, March 31, 2012

It's not all about you

Credit: Google

Aku tak pernah menonton atau tahu mengenai cerita ini sehinggalah apabila mendengar lagu Wind beneath My Wings, Kak SitiM bercerita mengenai ceritanya.

Kisah mengenai 2 orang kawan baik - seorang suka bercerita tentang dirinya, kegembiraannya, kesusahannya dan semua perasaan dan seorang lagi menjadi pendengar setia - sampailah di akhirnya, ketika menghampiri saat kematian, rakan yang setia mendengar itu meluahkan ... Aku juga ingin bercerita mengenai perasaanku, hidupku, emosiku .. namun, selalu kutahan kerana kamu lebih mahu untuk aku mendengar ceritamu. Aku tak fikir kamu mahu mendengar ceritaku. (Ini yang aku dapat dari cerita Kak SitiM, bukan dari cerita itu).

Aku juga menghadapi isu begini - aku selalunya menjadi pendengar dan jarang jadi pencerita kerana aku tak pandai bercerita. Aku tak fikir ada yang mahu mendengarnya. Akhirnya, semuanya menjadi tentang dirimu sahaja. 

Patutkah aku menyesal berperanan begitu?


Oh, oh, oh, oh, oh.
It must have been cold there in my shadow,
To never have sunlight on your face.
You were content to let me shine, that's your way.
You always walked a step behind.


So I was the one with all the glory,
While you were the one with all the strength.
A beautiful face without a name for so long.
A beautiful smile to hide the pain.


Did you ever know that you're my hero,
and everything I would like to be?
I can fly higher than an eagle,
'cause you are the wind beneath my wings.


It might have appeared to go unnoticed,
but I've got it all here in my heart.
I want you to know I know the truth, of course I know it.
I would be nothing without you.

Wednesday, March 28, 2012

Wednesday, March 21, 2012

Makanan yang tak boleh tinggal

Biarlah apa pun pendapat orang, makanan yang paling aku tak boleh tinggal adalah NASI LEMAK. I think I can survive with it. Tak pernah pun terfikir sebelum ni, cumanya, yang aku perasan, every time aku bersarapan, aku akan cenderung mencari makanan ini - tak kiralah di hotel ataupun warung. Dan, kalau tak ada makanan ni, rasa macam tak lengkap kehidupan ini .. hehehe.


Nais lemak telur mata, ikan lebih, sambal lebih
RM3 @ Kopitiam Dungun

Nasi lemak bilis + kacang
RM1.30 @ Food Corner, UiTM Dungun

Nasi lemak Ikan Tongkol
RM2 @ Air Buah Bukit Tok Beng - Jan. 23, 2012

Nasi Lemak Pak Nasir
@ Air Asia Flight KUL-LDN - Oct. 26, 2011

Tapi, kalau ditanya -- how would you like your nasi lemak? (wrap in banana leaf ... ngeh ngeh ngeh) - pilihanku adalah yang paling simple sekali - nasi lemak, sambal bilis, ikan bilis goreng garing, telur rebus / telur mata dan hirisan timun. 

I don't fancy nasi lemak with rendang whatsoever. Exception pada sambal dia je - sama ada sambal kosong, sambal bilis, sotong atau kerang. Sambal udang pun tak berapa masyukk (banyak kerenah betul!).

Satu lagi fakta, semenjak menjadi warga Terengganu, aku lebih menyukai nasi lemak sambal ikan tongkol - mungkin sebab jarang yang buat nasi lemak sambal bilis kat sini, atau kalau ada pun sambal bilisnya, tidak berapa sedap.

Kalau ada satu resepi yang aku mahu belajar buat betul-betul, ia haruslah resepi nasi lemak. Tapi itu hanyalah kalau berkalau!

Buat sementara ini, pencarian for the best nasi lemak is still on!

Nasi lemak -- you rock!

Wordless Wednesday

MAKNA mag, issue 03/2011

Tuesday, March 20, 2012

Kenapa kita boleh jadi kawan baik?

Aku memandu, dia duduk di sebelah sebagai penumpang. Tiba-tiba di radio, keluar iklan mengenai satu peraduan yang meminta kita bercerita mengenai kawan baik kita dengan cara yang paling kreatif.

Credit: Google


Dia:
We are best friend because we do have an orchestra of our own and thus we can't badgering each other ... hi hi hi 

Dan, aku senyum bersetuju. 



**Orkestra apa? Rahsia. Kalau boleh teka, teka lah ... =)

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday

Lebuh Raya Pantai Timur (Pahang) - 3 March 2012 : 12:17pm

Alien's settlement?

Wednesday, March 7, 2012

Monday, March 5, 2012

Lain di iklan, lain yang dapat!

Hari tu masa menempah hotel, aku tak kisahkan pun yang booking tu tidak bersama breakfast. Maka, pagi-pagi bangun, melilaulah nak mencari makan (dah la perut ni jenis yang nak kena sarapan awal)! Mujur di hujung kawasan lobi hotel ada satu cafe. Kami pun decided to have our breakfast there.

Hainan Express Restaurant - Theme Park Hotel
March 2nd, 2012
Hers - Coffee, half-boiled eggs and toast
Mine - Nasi lemak with chicken rendang and warm water

Ambiance ok, service ok .. cuma makanan dia sikit tak ok! Kak SitiM seemed satisfied with hers ... but, I got problem with mine. Masa order, dekat dia punya menu, jelas terpampang CHICKEN RENDANG ... tapi, bila dah dibayar dan buka bungkusan -- tu diaaa .. rendang hapa ... ni macam kari ayam mak aku saja. 

Marah juga sebab harga sebungkus nasi lemak ini adalah RM9.90. Memang tak kisah kena bayar banyak tu, tapi biarlah kena dengan apa yang kita bayar! Kalau dah janjinya rendang, yang pi tukaq gulai tu awattt? Tapi, tak dak la aku pi mengamuk kat waiters tu .. Makan sajalah.

Kesimpulan:
Nampaknya, untuk tempat-tempat begini (theme parks), makanan tidaklah diambil berat sangat. Buat cincai-cincai pun orang beli juga. (I beg to differ because I found food in USS quite OK -- but Kak SitiM just didn't concur to my palate).

Anda rasa, bagaimana?

Saturday, March 3, 2012

Fine Dining experience: La Cigogne, Colmar Bukit Tinggi

Malam itu, kami plan untuk diner "the authentic French cuisine" -- sementelah tertarik dengan keadaan restoran yang nampak cantik dari luar. Lepas Kak SitiM habis massage di le Lavendar Spa (dan dia sangat berpuas hati dengan masseuse Filipino itu), kami berdating di sini. Hujan renyai-renyai dan lampu yang malap - perfect! (Huh!)

La Cigogne, Colmar Bukit Tinggi - The Interior
March 2nd, 2012 - 8.22pm
La Cigogne, Colmar Bukit Tinggi
March 2nd, 2012 - 8.22pm
 

Layanan dari waiter dan waitress nya sangat bagus. Waiter, a bald, tall and good looking Indian man and the waitress aku suspected Filipino (BTW, ramai betul 'foreigners' yang kerja kat Colmar ni ... hairan juga). Mula-mula ada rasa was-was yang bertandang kerana di menu terdapat menu alcoholic drinks. Namun, waiter tu beriya-iya kata halal (bukan JA-kim kot la) sebab tak ada non-halal items di dapur masak (minuman je). Kalau dia tipu, nasib lah. Maka, dengan bismillah wa tawakkal tu a'lallah, khalassss ... 


Apa yang kami order?

Bisque de Crustaces (RM20.00)
Lobster soup yang tak ada langsung rasa lobster 

Fillet de Saumon (RM45.00)
I don't think this salmon is well seasoning .. tak sedap seperti yang dibayangkan! 

Tarte aux Citrons (RM18.00)Dessert yang sangat tak sedap

 I don't really enjoying the food. I think it was over-priced too. Kenapa? Sebab, macam jauh panggang dari api saja konsep "fine dining of authentic French cuisine". Dalam kepala ni lain fikiran, tapi yang datang, lain pulak jadinya.

Habis ke tak?

Sebab hujan dari renyai dah jadi lebat, sejuk pula, belasah saja. Dan, makan pun cepat-cepat aje sebab nak kejar final episod of Dingin Lavenda yang ternyata hampeh belaka.

Tapi, tetaplah mak bersyukur sebab masih mampu makan begini ... ALhamdulillah.