Saturday, March 3, 2012

Fine Dining experience: La Cigogne, Colmar Bukit Tinggi

Malam itu, kami plan untuk diner "the authentic French cuisine" -- sementelah tertarik dengan keadaan restoran yang nampak cantik dari luar. Lepas Kak SitiM habis massage di le Lavendar Spa (dan dia sangat berpuas hati dengan masseuse Filipino itu), kami berdating di sini. Hujan renyai-renyai dan lampu yang malap - perfect! (Huh!)

La Cigogne, Colmar Bukit Tinggi - The Interior
March 2nd, 2012 - 8.22pm
La Cigogne, Colmar Bukit Tinggi
March 2nd, 2012 - 8.22pm
 

Layanan dari waiter dan waitress nya sangat bagus. Waiter, a bald, tall and good looking Indian man and the waitress aku suspected Filipino (BTW, ramai betul 'foreigners' yang kerja kat Colmar ni ... hairan juga). Mula-mula ada rasa was-was yang bertandang kerana di menu terdapat menu alcoholic drinks. Namun, waiter tu beriya-iya kata halal (bukan JA-kim kot la) sebab tak ada non-halal items di dapur masak (minuman je). Kalau dia tipu, nasib lah. Maka, dengan bismillah wa tawakkal tu a'lallah, khalassss ... 


Apa yang kami order?

Bisque de Crustaces (RM20.00)
Lobster soup yang tak ada langsung rasa lobster 

Fillet de Saumon (RM45.00)
I don't think this salmon is well seasoning .. tak sedap seperti yang dibayangkan! 

Tarte aux Citrons (RM18.00)Dessert yang sangat tak sedap

 I don't really enjoying the food. I think it was over-priced too. Kenapa? Sebab, macam jauh panggang dari api saja konsep "fine dining of authentic French cuisine". Dalam kepala ni lain fikiran, tapi yang datang, lain pulak jadinya.

Habis ke tak?

Sebab hujan dari renyai dah jadi lebat, sejuk pula, belasah saja. Dan, makan pun cepat-cepat aje sebab nak kejar final episod of Dingin Lavenda yang ternyata hampeh belaka.

Tapi, tetaplah mak bersyukur sebab masih mampu makan begini ... ALhamdulillah.

2 comments:

ajako said...

colmar sangat susah nak dptkan makanan yg "patut", restoran yg hujun tu siap kena beratur kat luar sbb ramai sanat org, yg lain hampeh, either takut nak masuk sbb xde logo halal or tak halal utk wallet ambe...sib baik tapau roti byk drp rumah. but the ambience is dang mabeles...

Hafiey Nur said...

La Blason ke? Masa we all pegi hari tu, tak de le ramai orang ... off season ... so, we all makan buffet breakfast je kat situ (included dalam booking bilik ... )

Couldn't agree more ... the ambiance mmg best .. kalau aku nak lari dari rumah, aku mesti mau pegi situ .. (motip ...?)