Friday, April 10, 2009

Cakap atau tidak bercakap?

Semalam aku ada hantar birthday message kepada seseorang yang telah sekian lama tidak me'message'ku since my last birthday. OK la tu kan ... tanda ingatan .. and I really good at doing this.

Message tu dihantar pada pukul 9.00am lebih kurang. Bila malam, tiba-tiba orang itu call. Aku tak buat apa masa tu, tengah menonton TV. Aku tak rasa nak menjawab. Tapi dia jenis tak faham. Hampir 30 missed calls dia buat. Aku biarkan saja. Pagi tadi aku hantar message 'bahasakan' sikit dia. Dia balas: "I miss talking to you and listen to your voice ...!" ... Erk ...!

Sebelum itu, ada seorang kawan yang menelefon untuk memberitahu bahawa dia bakal menjadi tunangan orang dan mahu berkongsi kegembiraannya denganku. Aku malas nak angkat, aku biarkan saja panggilannya. Dia hanya call sekali. Kemudian, aku sms tanyakan kenapa dia call aku dan aku memberi alasan aku tak jawab panggilannya kerana aku tidur dan aku hilang suara. Dia balas, dia nak bagitahu aku sesuatu, dan sebab aku hilang suara, biar dia saja yang bercerita. Aku balas, tak payahlah call .. belum sempat tekan butang 'send', terus panggilannya masuk.
Benci betul.
Terpaksalah tadah telinga dengar cerita dia. Lepas tu dia tanya, apsal aku macam tak gembira dengar cerita dia, dan tak ucap apa-apa dekat dia.
Aku jadi "WTF!!! Suka hati akulah nak kata apa pun! Urghhhh!!!"

Moral cerita?

Dah berkali-kali aku cakapkan pada orang di sekelilingku bahawa aku ini bukanlah orang yang rajin nak bercakap. Aku bercakap bila aku rasa nak bercakap dan selalunya, banyak ketika aku tak ada mood nak bercakap banyak - kerana aku memang tiada apa nak dicakapkan. Silence is golden, kan?

Tapi, yang aku pelik, di saat aku dilanda mood tidak mahu bercakap, akan bertalu-talu orang yang datang nak bercakap! Aku sesak lah.

Aku tak faham kenapa ramai nak cakap dengan aku yang macam ni.

Best sangat ke?

Aku ni kalau tak suka, cepat terkesan kepada perbuatanku. Tapi, masih ada yang nak cuba try test aku.

Musykil betul ...

Memanglah, akan ada yang kata ... bersyukurlah sebab masih ada yang mahu bercakap dengan kamu ... kalau tak ada orang nak cakap lagi, tak ke haru?

Aku pernah dulu mahu bercakap dan bercerita tentang apa yang aku rasa, namun tiada siapa yang mahu mendengar. Lalu, aku simpan sahaja cerita dan rasa itu sendiri sampai aku malas nak bercerita mengenainya lagi.

Tapi, kenapa aku kena bercakap di saat aku tidak mahu cakap?

Tak bolehkah kamu faham semua itu??


Arghhhh!!!!

7 comments:

cikguyusof said...

maaf cik hafiey (sekadar pandangan); itulah sebenarnya yg dinamakan rempah ratus kehidupan.... tidak semua benda/perkara yg kita suka akan dtg pd kita dan tidak semua yg kita tak mahu akan menjauhi kita. Situasi dan kondisi kekadang memaksa kita melakukan sesuatu yg kita sgt tidak mahu/suka utk melakukannya.... Seringkali juga kita berasa tidak berdaya menguasai keadaan sedangkan kita jugak punya hak!

maaf sekali lg jika kata2 ini menambahkan lagi resah/celaru/bengang cik hafiey! Moga sentiasa gembira dan ceria... senyum selalu!

Anonymous said...

Salam cik Hafiey
Adat berkawan, jadi pendengar. Baik sebenarnya punya kawan yg mahu kongsi kegembiraan drpda kawan yg cuma muncul utk kongsi masalah.
Tapi, kalau masalah yg hendak dikongsi, bermakna kita signifikan pada dia.
Cik Hafiey ni special saya rasa, sebab tu ramai yg cari.
Jgn biar 'kegeraman' itu jadi punca kawan2 menjauhkan diri...

Hafiey Nur said...

Cikgu Yusof:
Ya, apa yang selalu kita tak nak itulah yang selalu kita dapat. Tp, x kisahlah ... cuma sesekali rasa kena curahkan juga ... :p

Anonymous @ April 11, 2009, 9.10am:
Ya ...
"Baik sebenarnya punya kawan yg mahu kongsi kegembiraan drpda kawan yg cuma muncul utk kongsi masalah"

Sangat bersetuju ... cumanya kadang2 bila kegembiraan mereka datang sewaktu kita tak berdaya nak mengongsinya ...

Terima kasih di atas kata-kata anda ...

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

owhh.. berat gak kes nih! isk3..

shariza said...

Fisha:

Just lend your ear. Kalau tak nak cakap, just huhu haha & then, Dah? ok. Bye.Bye. hehehe

nj said...

miss hafiey...

letih bercakap dalam kelas dah ye...so tak mau cakap dah....message yo la!!

Hafiey Nur said...

Areleez:
Berat ... beraaaaaaat sangat!

Eija:
Penat la lend ears ... orang lain x penah pun nak buat cenggitu kat I ... sedih tau ..

NJ:
Ye la .. penat gila ... lg pun I sound interesting and friendly on the net rather in person. Seriously!