Tuesday, November 10, 2009

Ish Ish Ish




Antara waktu yang membuatkan aku rasa nak memblog adalah di kala dilanda kerja yang banyak. Masa ni lah, hati tu menggedik nak memblog ... walhal, sebelum-sebelum ni tak apa-apa pun. Suka benar nak buat kerja tak berfaedah gini.

Hari ni sebenarnya patut marking. Tapi, as usual, ada program ringkas dengan RTM wilayah Timur pukul 10 (Ya, aku ada di TVI, berita pukul 1.30pm. Noya bising-bising suruh tengok. Tak kuasalah. Tengok Berita TV1? Untuk orang lama, bolehla ... I just couldn't care less!) Weng sana, weng sini ... aku masuk office pukul 11. Satu tabiat tak berguna diriku ... kalau aku masuk office selepas pukul 8.00am, aku akan menjadi tidak kuasa nak buat kerja. Tapi, kalau aku masuk kerja pukul 7.30am (yakni sebelum pukul 8.00), hari tersebut memang produktif habis -- malangnya, perkara ini jaaaaaaaaaaaaaaarang berlaku.

Dan, oleh kerana hari ini masuk office pukul 11, inilah kerja aku. Urghhh!!

P/s: Tak de benda sangat nak diblogkan pun .. tapi masa buat house-cleaning folder kat PC, terjumpa benda ni ... layan je la ... ya au au ...


Benda ini adalah kerja si Purple-Heart. Laaaaaama dulu. Ala-ala pengiktirafanlah konon. Apa yang best, apa yang lovely pun tak tau. Dengan bersawang, cerita macam setan dan ntahapapantah lagi, cam malu lak nak terima awards ni ... ahaks!

Apa kena buat?

Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link. DONE!

Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award. DOK DONE!

Why? Nothing. Just don't want to do that. I've lost count all the newly discovered blogs each day. So, cemana nak bagi, kan? Lagi pula, walau sedikit rajin nak berblog, aku adalah teramat malas untuk masuk-masuk kan pautan ...

So Purple-Heart, thanks for the recognition and acknowledgment!

Have a nice and lovely life!

No comments: