Monday, November 23, 2009

Oh Ibu ...





Sekarang aku dilanda brain-freeze! Mula-mula marking, lepas tu struggling dengan penyediaan markah - nak kira markah, nak convert ke percentage, nak upload markah ... dan, siap saja semua itu, menghadapi tengkujuh pula. Arghhhh!!!



Gambar di bawah ni menunjukkan pemandangan daripada office ku pada hari Rabu (18 Nov. 09). Since then hujan turun mencurah-curah non-stop. Sungguh menakutkan! Dan, pagi ini, 23 November 2009, barulah keluar sedikit matahari. Hopefully, keadaan ni bertahanlah untuk seminggu ini. Dan, disebabkan hujan yang mencurah-curah ini, kawasan rumahku telah dinaiki sedikit air. Tidaklah sampai masuk ke dalam rumah. Namun, disebabkan 'histeria' nya Kak SitiM, maka aku pun terheret dalam kerisauannya juga ... dan, berpindahlah kami juga adanya.

Kecoh betul jadinya. Histeria dia bermula pada maghrib petang Jumaat itu. Aku, seperti biasa, berFACEbooking dengan aman bila dia mula gelisah berjalan ulang-alik ke depan, dan belakang. Sesekali dia mumble sendirian. Aku biarkan saja. Kemudian, kerisauan dia menjangkit pula kepadaku -- bukan sebab risaukan air itu, tapi terpsiko dengan perbuatan dia tu.





Dalam pukul 9.00 malam, kami berpindah ke rumah Pn.T_T. Berangkutlah semuanya. Dia masih juga risau tak habis-habis. Kami tidur di situ. Keesokannya, kami balik semula ke rumah untuk mengambil baju dan barang-barang keperluan lain. Kali ini, kami meminta pertolongan sahabat baikku - Fetty dan Shikri - duo yang sentiasa berbesar hati untuk membantu kami. Kembara Fetty menjadi penyelamat kerana design Kembara boleh meredah air di kawasan rumah kami itu.

Setelah semuanya selesai, kami berdua menumpang di rumah Cik WD. Rumah bos! Aku sudah macam ... ishhh ... bos la plak. Tapi Kak SitiM kata, bolehlah - alasannya kerana rumah Cik WD kami boleh bebas tak pakai tudung, tidak seperti di rumah Pn. T_T yang ada suami dan 2 anak lelaki. Hmmmm ... Beggars can't be choosers, kan? What the heck ... terima je la. I don't want to be alone this time.

Kebanyakan kawasan di bandar DGN ini telah dinaiki air. Kawasan yang biasanya tidak terjejas pun, tidak terkecuali. Mungkin ini membenarkan teori banjir besar-20-tahun-sekali (tak payah google, tak masuk Wiki pun, aku reka sendiri istilahnya), sebabnya, menurut seorang penduduk setempat, kali terakhir DGN mengalami banjir besar adalah pada tahun 1989 -- 20 tahun yang lampau!

So, apa kaitan dengan tajuk entri ni?

Malam semalam, dari rumah Cik WD, aku telah menelefon emak untuk mengadu kesusahan. Berikut adalah perbualan singkat kami (aku tidak pernah berbual melebihi 4 minit dengan emak di telefon - selalunya):

Aku:
Mak, cek kena pindah ni. Ayag dah masuk rumah (exaggerate tu kena, untuk memancing simpati).

Mak:
Ya Allah ... dah tu, kereta?

Aku:
La, cek ni yang patut ditanya. Kereta pulak. Pasai apa? Awat, kereta tu ka anak mak? weiii ...

Mak:
Hahaha .. dak la ... hang tu dah dengaq sora (suara), aku tau la hang selamat.

Aku:
Ambik la kereta tu buat anak angkat! Cek tak balik raya. Wahaha ...

Oh ibuku ... antara sekian banyak perkara yang perlu dirisaukan, kereta aku juga yang ditanya khabarnya.


Lesson learnt -- jangan biarkan ibu anda membuat down payment kereta anda kerana kasih sayangnya akan beralih arah kepada kereta anda! Huhuu ...


P/s: Setakat waktu blog ini dipublish, hujan masih turun dan kami masih belum dapat pulang ke rumah kerana air masih banyak untuk dilalu oleh kereta …

3 comments:

husna said...

haah..btol miss..byk tempat dah naik air...x tau la bila hujan nak berhenti....jumlah mangsa banjir kat dungun nie pun mesti dah meningkat ke 2000 lbh...hope..esok mentari akan muncul...kalau x..raya haji dalam suasana banjir la...

Hafiey Nur said...

Husna:
You hope la ... oh, how I miss the sunshine!

Tu la manusia kan ... panas salah, hujan salah ... Astaghfirullah!

Selamat Hari Raya Aji

husna said...

tu lah...hehe...

selamat hari raya haji too =)