Sunday, December 13, 2009

Apa punya turr ....!

Lazimnya, bila kita menyewa rumah, ada perkara yang kita tak ambil kisah seperti bentuk lampu yang dipasang atau jenis kipas yang digunakan.

Maka, aku juga bukanlah terkecuali.

Di rumah sewa kami, tuan rumah telah memasang lampu jenis ini (rujuk gmabar di bawah). Dua biji di ruang tamu dan sebiji di ruang makan. Sebiji lampu di ruang tamu telah gone lamaaa dulu. Tapi, bila aku cuba buka isi perutnya, aku tak tahu macam mana nak menukar starternya kerana kedudukannya yang berdekatan wayar yang berselirat. Dengan kemahiran KH yang tak seberapa (kerana sering ponteng waktu kelas ini), aku tiada daya untuk menghidupkan kembali lampu itu. Maka, kuranglah cahaya di ruang tamu kami itu. (T_T)




Maka, tinggallah yang ini yang berfungsi di ruang itu. Malangnya, selepas pulang dari bercuti minggu lepas, lampu yang ini juga telah membunuh diri! Oh ... makin gelap dunia kurasakan! Nak kutukar, ceritanya macam yang di atas itu juga. Nak tak nak, terpaksalah kudiamkan saja, dan hanya mengharapkan cahaya dari TV dan laptop yang boleh dikatakan kupasang sepanjang malam.


Lampu yang ini (di ruang makan) masih berfungsi. Namun, ada moodnya. Kalau hari ni dia decide nak memekak, dia akan berbunyi sepanjang malam. Tapi, kalau dia tak mahu bersuara, diam sahaja. Dan, kerana aku adalah orang yang suka kan ketenangan dan kesunyian, aku malas nak switch on lampu yang ini. Bertambah gelap jadinya rumah ku. Sudahlah sekarang ini berseorangan. Sungguh suspen!

Namun, hidup ibarat roda dan Tuhan tidak akan membiarkan hambaNya dalam kegelapan buat selamanya. Maka, satu hari, entah bagaimana, tangan aku gatal mahu menarik tali kipas ini, dan, voila, cahaya terang benderang telah menyinari seluruh ruang tamu ku! Betapalah, selama ini tidak pernah kuhirau yang kipasku ini punyai lampu yang benderang. Baru kini ku sedar .... huhu. Dan, hidupku bersinar kembali .... sehingga ke hari ini :p


2 comments:

cikguyusof said...

mudah2an sinaran itu kekal lama, hehe...

husna said...

la....kesian la miss...kurang cahaya selama nie....kalau dr awal2 tahu..x de la bergelap kan...itu lah kadang2 ada benda yg bleh kita terlepas pandang sedangkan benda tue amatlah bergunanya kalau kita tahu or sedar...=)...