Friday, December 11, 2009

Lu pikir la sendiri!

Kek hiasan - acik Martha punya



Malam itu ke hotel X untuk dinner dengan kawan baik. Rezeki jangan ditolak :=)

Kebetulan anak kawan baik nak kek.
Kebetulan ada promosi kek - buy 1 free 1 [sama jenis].
Kebetulan nak makan juga.

Makan. Sembang. Gelak.Gelak. Pi tandas -- pi basuh tangan la ...

Kek yang dibayar, telah habis dikerjakan anak kawan.
Kek yang free belum bersentuh.
Makanan yang lain ada yang mahu ditapau.

Kawan baik mahu tapau kek - tapi terkerling kad kat atas meja tu - kek tu jadi free kalau DINE IN saja. TAKE AWAY tak dapat.


Kawan baik:
Mesti tak boleh, kan? Bungkus dengan tisu je la.

Kawan kepada kawan baik:
Boleh aih ... kita kan dah makan. Takkan tak boleh kot?

Sejurus, datang waitress untuk memberikan makanan yang ditapau.

Kawan baik:
Dik, boleh tak bungkus kek ni? Dah makan sikit, tapi tak boleh nak habis la.

Waitress:
Ni kek yang dari promosi tu kan? Tak boleh la Puan. Kena makan di sini juga.

Kawan kepada kawan baik:
[start hangin] - Lah, takkan tak boleh? Dah tak boleh nak masuk, takkan tak boleh nak bungkus? Membazir ni. Takkan you nak jual balik kat orang lain? %$%&&** [yang ni dalam hati je]

Waitress:
Memang tak boleh Puan.

Kawan kepada kawan baik:
Alah, biarla, bukan hang bayar pun. Free saja. Jom lah! [sungguh emosi kawan kepada kawan baik itu].


Dan, mereka kemudian akhirnya meninggalkan kek yang masih elok dan hanya dicuit sedikit itu.

Aku tak tahulah apakah catch semua ni. Kek itu free, pelanggan dah makan sikit, lebih banyak lagi, tak boleh dibungkus balik, kemudian akan diclearkan ke dalam tong sampah. Bukankah itu satu pembaziran?

Adakah ini kerenah birokrasi atau promosi yang keterlaluan?




Lu pikirlah sendiri!

2 comments:

nj said...

laaaa...bungkus ngan tisu je dan bawa keluar...kalau minta dia bungkus mmgle tak dapek...takkan kita bungkus sendiri dlm tisu pun tak boleh gak...tu kira melampau...

Hafiey Nur said...

tak leh nak bungkus sbb mata waitress tu memerhati je ... lagipun, kami kehabisan tisu di meja tu ..

Mungkin salah kami, bersopan santun mintak dia bungkus ... patutnya selamba je ke tatang pinggan kek tu bwk keluar .. wahahaha .. baru betul, kan?