Thursday, January 21, 2010

Kami yang ikhlas ...

Ini cerita hari itu.

Setelah menghadiri kenduri kahwin dengan seorang Malaysian yang berperangai macam pelancong dari Vietnam tu, kami bertolak balik ke Melaka melalui satu kawasan yang aku kurang pasti namanya. Tapi, kalau tak salah, jalan itu menghala ke Tampin. Sesampai di satu tempat ni, the Malaysian tu mengajak aku berhenti untuk minum cendol.


Cendol? Biar betul dia ni? Memanglah pelancong Vietnam betul! Aku ini bukanlah penggemar cendol kerana yang aku lebih suka santan yang bercampur gula merah itu saja. Tidak cendolnya. Tapi, sebab kereta dia yang pandu, mak ikut aje rentaknya, noks! Lagi pula, paneh masa tu ... maka, dengan berkebaya bagai ... kami pun pergi la ke situ.

Sampai di situ kelihatan papan tanda "Cendol Habis" tergantung di pagarnya. Kata the Malaysian tu, "try je la ... selalunya kalau dia tak pegang signboard kat tengah-tengah jalan, kiranya ada lagi la tu ... I dah lama nak singgah ... but every time lalu sini, mesti dah habis. Jom ... jom.." ~~ ishhhh!

Dengan berat hati, aku pun menurut. Dah orang nak belanja juga ... rezeki jangan ditolak ... Masuk saja ke kawasan itu, perkara pertama yang menarik perhatianku adalah benda ini.



Hehehe .... Sesungguhnya! Anda fikir apa?

Jalan ke depan lagi, kami kena beratur panjang. Cendol yang berperisa jagung dan kacang merah sudah habis. Tinggal yang biasa saja. Arghhhh! Kata kakcik yang berapron tu, "cendol sampai kat abang ini je ya ... dah habis." Hah, mujur kami depan abang itu, maka dapatlah kami merasa cendol itu. Kalau tidak ... nan ado!


Yang ditunggu telah tibaa ... presenting ... Cendol Dawi ... yang menjadi igauan the Malaysian nan seorang itu

Inilah the Malaysian yang ala-ala pelancong dari Vietnam itu. Tengoklah mukanya yang sengih secara besar-besaran! Sungguh puas hati nampaknya!

*

*

*

*

*


K.Lin .... hehehehehe! Timo kasih sobab sudi yo belanjo den makan cendol tu. Hik hik hik!




Yang lebih menariknya, setelah kami mendapat tempat, dan mula menikmati cendol, Pakcik Leman pun dengan rasminya menutup perniagaannya. Gambar di bawah boleh menerangkan. Strategi dan courtesy ... perkara yang jarang-jarang kedapatan pada peniaga Melayu. Kudos for Pakcik Leman!





Selepas peristiwa Cendol Dawi itu, aku mencari kembali klip Majalah 3 yang menceritakan tentang keunikan Cendol Dawi ni. Sedih pula dengar cerita pengusahanya

Kata beliau, dek kerana terasa dengan sindiran "tak ada duit, tak payahlah nak minum cendol", Pak cik Dawi membuka gerai cendolnya dengan konsep yang berbeza dengan orang lain. Cendolnya boleh ditambah tanpa sebarang bayaran. Ada air lain juga disediakan untuk di'tapau' secara percuma seperti air limau dan air barli.

Meskipun tertanya-tanya apa yang untungnya berbuat begini, namun satu hal yang menjadi pegangan orang Melayu Islam zaman berzaman, perbuatan ikhlas itu yang paling menguntungkan. Dan, sememangnya itu yang terjadi pada dia (pada pandangan aku lah). Dan, paling penting, kami juga ikhlas untuk menyertai rantaian pelanggan beliau yang lain juga!




Sekian cerita saya.


5 comments:

cikguyusof said...

sy berdua dgn wife penah singgah minum cendol di situ, org tak ramai, sempat ler jugak tapau air barli.... masa tu msh pagi lg, lom kul 12 tgh, hehe....

alin said...

Fisha: hahahhahahhaa...golak beso den bc entry hang ni..esp bila ingt balik papan tanda dilarang meniago tuh!

Eh!..bukan den hrtu jd singaporean celop ka..mcm mn bole tukar jd vietnam laks... den jd cenggitu suma gara2 hang yg paksa den g wedding tu tau!

btw, tq kat hang gak la kan..nasib lalu ngn hang dapat den raso cendol leman ni ha..huhuhuhu

ajako said...

mcm nilah fisha pishposh yg aku kenal...terel tol ko jdkan pengalaman ko bersama pelancong thai tu cerita lawak ek, tp SJK (sepanjang jalan kenangan) tu dah terhenti ke? terbengkalai ke? Ataupun kontraktor dia lari?

Hafiey Nur said...

cikguYusof:
Best la gitu ... gi masa orang tak ramai ...

K.Lin:
Tu semua subject to change .. muhor den tak tulih pelancong Afrika, tanzania ka ... tq for banje i ...

Ajak:
Terima kasih atas komen yg buatkan aku kembang sepjg hari! :P

Now that u've asked, aku dah start tulis ... kontraktor x lari, tp projek terbengkalai ... tuan rumah x cukup duit! huhu

P/s: Pesal aku x leh nak komen kat blog kau? heran sungguh!

ajako said...

hish, org lain buleh, musti cik pisha buleh...