Wednesday, February 10, 2010

Eh, jauh lah sikit!

Apa perasaan anda semua hari ini?

Aku biasa saja. Tapi, hari ini ada perasaan suka dalam duka. Suka, kerana bila ke bank, ada banyaaaaaaaaak duit di dalamnya ... hehehe. Tapi, dukanya pula, bila mengenangkan aku terpaksa menunggu hampir 50 hari lagi untuk mendapatkan gaji seterusnya T_T. Beginilah hidup orang yang living pay check to pay check! Sungguh pathetic!

Hajat hati tak mahulah nak guna lagi duit gaji bulan ini, namun, disebabkan aku pandai sangat bawa kereta sampai break pad hancur dan pistonnya jammed, padanlah muka. Maka, nak tak nak, terpaksalah budget bulan depan ada sedikit lari.

Sementelah lusa nak balik makan besar raya Cina (huhu), lagi rabak la kocek. Tapi, itu kan balik untuk bertemu ayah dan ibu, maka aku mohon kepada Allah supaya dilapangkan rezeki. Amin!




OK, balik kepada motip entri ini.

Apa perasaan anda kalau saat anda mahu mengambil duit dari ATM, pelanggan di belakang anda berdiri sangat hampir seolah mahu meninjau sama berapa duit yang anda simpan di situ?

Orang lain aku tak tahu, tapi aku rasa perbuatan itu sangat-sangatlah menjengkelkan!

Selama ini, sekiranya aku berdiri di belakang orang yang sedang mengambil duit di ATM, aku seboleh-bolehnya menjarakkan kedudukan sehingga 10 tapak di belakang orang itu. Kenapa?

Satu, privacy! Privacy! Privacy!
Tolong hormat ruang peribadi seseorang. Walaupun kamu itu tergolong di dalam kelompok 'public space', jangan orang lain begitu. Contohnya aku. Walaupun aku tidak kisah berkongsi space, dalam banyak ketika aku tidak selesa dihimpit-himpit tanpa sebab.

Kedua, maruah.
Apa cerita pula? Ya lah, kalau kamu berdiri terlalu hampir dengan orang yang sedang mengambil duit itu, ditakuti dia mungkin akan menjadi termalu sendiri. Kenapa pula? OK, katakan bila dia memeriksa baki, akaunnya mungkin hanya tinggal RM10. Ini mungkin menimbulkan rasa kurang selesa untuk dia, especially setelah dia beratur lama. Kasihan bukan? Maka, jarakkan diri kamu supaya orang tadi boleh berlalu dengan selamat dan selesa.

Dan, perkara orang belakang berdiri di belakang aku dengan jarak seperti mahu mencium aku adalah perkara yang menjengkelkan aku pada pagi ini. Walaupun dah dijeling dan dipandang pun, tak reti-reti dia nak menjarak diri. Seolah-olah nak menerkam. Kalau awak sudah lewat, terima sajalah. Jangan dibuat perangai yang tidak semenggah itu! Sakit hati tau!

Lain kali, tolong jarakkan diri anda daripada saya bila kita bersama-sama mengeluarkan duit di ATM!


Gambar ini merupakan gambar anjing untuk disable yang dilatih untuk mengeluarkan duit untuk tuannya yang tidak berupaya. Pinjam dari sini.





4 comments:

artisticklytouch said...

aku tak kisah orang dekat2 tapi orang kat depan tuh, boleh cepat tak, nak tekan butang pun terkedek2

Hafiey Nur said...

Incik Art:
Dia lambat tekan sbb dia nervous dengan mesin2 nih ...

ajako said...

ooo...wife aku slalu marah kalo dia tgk ada org blakang aku beratur rapat sgt. ntahlah, kekadang lelaki ni x kisah sgt hal kesalamatan kut. tp bila dipikirkan balik, lbh baik berjaga2 kan?

Hafiey Nur said...

Ajak:
Itulah beza pompuan dan lelaki. Hal-hal kecik ni walaupun nampak remeh tetap ada signifikannya ..

Walau, hakikatnya sesuatu yang kecil itu takkan jadi besar kalau tak diperbear-bsarkan ... ye tak?