Thursday, February 18, 2010

Perlis ku yang maju ...





Amin, amin, ya Rabbal Jalil
Doa hamba yang sangat zalil
Tinggikan daulat serta adil
Kekal perintah Jamalullail



Negeri terkecil di Malaysia ini memang simple. Daripada bendera negeri, lambang negeri, lagu negeri, semuanya simple sahaja. Kehidupan di sini juga simple juga relatifnya.

Kenapa tiba-tiba patriotik ni?

Tiada apa. Sebab sekarang aku tengah menghabiskan cuti seminggu di tanah tumpah darahku ini.




Hari ini keluar makan dengan K.Pah. Mula-mula makan tengahari di kedai entah-apa-nama. Berdekatan dengan kawasan Mini Putrajaya. Banyak sungguh lauknya. Tapi, tak ambil gambar. Nak percaya ke tidak, ikut suka anda lah.

<--- Mini Putrajaya - Gambar diambil dan diolah sesuka hati dari sini

Sembang-sembang. Ngumpat-ngumpat. Sembang lagi. K.Pah pergi bayar. Dia belanja.




Lepas tu, nak balik masih awal. K.Pah ajak ke Secret Recipe.



What, Perlis ada Secret Recipe? Wah, ini sudah taraf Universal Studio! Maju sungguh ni! Apa lagi, jom ... jom ... slice of cake never hurts, kan? Serakah sungguh walau sudah menghabiskan sepinggan nasi! Ish ish ish ...

Kunjungan ke Secret Recipe memang lah sesuatu yang common kalau anda berada di bandar-bandar besar, tapi, kita bercakap mengenai negeri paling cinoni di Malaysia ini ya Tuan-tuan ... dan itu adalah sesuatu yang sangat BESARRRR!

Dengan ketiadaan shopping complex yang vast the vogue, Secret Recipe boleh muncul kat sini? Pelik wooo ... dan kagum! Wahahahaha ... cam hape je excitementnya ...

Pemandangan di Secret Recipe di tempat lain!

Ini benda yang aku dan K.Pah makan sambil sembang-sembang dan meneruskan mengumpat orang yang kami suka dan tak suka. Nyum!




Perlis ku sudah maju!




Trivia:
Kalau tak salah, lokasi ini adalah sebuah restoran - SAWADDI (ke, Andaman? Sudah lupa). Seingat aku, aku pernah makan di situ sekali selepas mengambil result SPM dengan Jeah dan beberapa kali sebelum itu. Sedap masakannya especially kepada penggemar makanan Thai. Kawasan balik Bukit Lagi ni 20 tahun dahulu, adalah kawasan yang orang tak selalu singgah. Sunyi sepi sahaja. Seingat aku, kawasan ini banyak kedai-kedai motorsikal dan bengkel kereta. Namun, hari ini, makin bercambah deretan kedai.


Secret Recipe Kangar Branch
gambar diambil tanpa izin di sini



Wednesday, February 10, 2010

Eh, jauh lah sikit!

Apa perasaan anda semua hari ini?

Aku biasa saja. Tapi, hari ini ada perasaan suka dalam duka. Suka, kerana bila ke bank, ada banyaaaaaaaaak duit di dalamnya ... hehehe. Tapi, dukanya pula, bila mengenangkan aku terpaksa menunggu hampir 50 hari lagi untuk mendapatkan gaji seterusnya T_T. Beginilah hidup orang yang living pay check to pay check! Sungguh pathetic!

Hajat hati tak mahulah nak guna lagi duit gaji bulan ini, namun, disebabkan aku pandai sangat bawa kereta sampai break pad hancur dan pistonnya jammed, padanlah muka. Maka, nak tak nak, terpaksalah budget bulan depan ada sedikit lari.

Sementelah lusa nak balik makan besar raya Cina (huhu), lagi rabak la kocek. Tapi, itu kan balik untuk bertemu ayah dan ibu, maka aku mohon kepada Allah supaya dilapangkan rezeki. Amin!




OK, balik kepada motip entri ini.

Apa perasaan anda kalau saat anda mahu mengambil duit dari ATM, pelanggan di belakang anda berdiri sangat hampir seolah mahu meninjau sama berapa duit yang anda simpan di situ?

Orang lain aku tak tahu, tapi aku rasa perbuatan itu sangat-sangatlah menjengkelkan!

Selama ini, sekiranya aku berdiri di belakang orang yang sedang mengambil duit di ATM, aku seboleh-bolehnya menjarakkan kedudukan sehingga 10 tapak di belakang orang itu. Kenapa?

Satu, privacy! Privacy! Privacy!
Tolong hormat ruang peribadi seseorang. Walaupun kamu itu tergolong di dalam kelompok 'public space', jangan orang lain begitu. Contohnya aku. Walaupun aku tidak kisah berkongsi space, dalam banyak ketika aku tidak selesa dihimpit-himpit tanpa sebab.

Kedua, maruah.
Apa cerita pula? Ya lah, kalau kamu berdiri terlalu hampir dengan orang yang sedang mengambil duit itu, ditakuti dia mungkin akan menjadi termalu sendiri. Kenapa pula? OK, katakan bila dia memeriksa baki, akaunnya mungkin hanya tinggal RM10. Ini mungkin menimbulkan rasa kurang selesa untuk dia, especially setelah dia beratur lama. Kasihan bukan? Maka, jarakkan diri kamu supaya orang tadi boleh berlalu dengan selamat dan selesa.

Dan, perkara orang belakang berdiri di belakang aku dengan jarak seperti mahu mencium aku adalah perkara yang menjengkelkan aku pada pagi ini. Walaupun dah dijeling dan dipandang pun, tak reti-reti dia nak menjarak diri. Seolah-olah nak menerkam. Kalau awak sudah lewat, terima sajalah. Jangan dibuat perangai yang tidak semenggah itu! Sakit hati tau!

Lain kali, tolong jarakkan diri anda daripada saya bila kita bersama-sama mengeluarkan duit di ATM!


Gambar ini merupakan gambar anjing untuk disable yang dilatih untuk mengeluarkan duit untuk tuannya yang tidak berupaya. Pinjam dari sini.