Thursday, February 18, 2010

Perlis ku yang maju ...





Amin, amin, ya Rabbal Jalil
Doa hamba yang sangat zalil
Tinggikan daulat serta adil
Kekal perintah Jamalullail



Negeri terkecil di Malaysia ini memang simple. Daripada bendera negeri, lambang negeri, lagu negeri, semuanya simple sahaja. Kehidupan di sini juga simple juga relatifnya.

Kenapa tiba-tiba patriotik ni?

Tiada apa. Sebab sekarang aku tengah menghabiskan cuti seminggu di tanah tumpah darahku ini.




Hari ini keluar makan dengan K.Pah. Mula-mula makan tengahari di kedai entah-apa-nama. Berdekatan dengan kawasan Mini Putrajaya. Banyak sungguh lauknya. Tapi, tak ambil gambar. Nak percaya ke tidak, ikut suka anda lah.

<--- Mini Putrajaya - Gambar diambil dan diolah sesuka hati dari sini

Sembang-sembang. Ngumpat-ngumpat. Sembang lagi. K.Pah pergi bayar. Dia belanja.




Lepas tu, nak balik masih awal. K.Pah ajak ke Secret Recipe.



What, Perlis ada Secret Recipe? Wah, ini sudah taraf Universal Studio! Maju sungguh ni! Apa lagi, jom ... jom ... slice of cake never hurts, kan? Serakah sungguh walau sudah menghabiskan sepinggan nasi! Ish ish ish ...

Kunjungan ke Secret Recipe memang lah sesuatu yang common kalau anda berada di bandar-bandar besar, tapi, kita bercakap mengenai negeri paling cinoni di Malaysia ini ya Tuan-tuan ... dan itu adalah sesuatu yang sangat BESARRRR!

Dengan ketiadaan shopping complex yang vast the vogue, Secret Recipe boleh muncul kat sini? Pelik wooo ... dan kagum! Wahahahaha ... cam hape je excitementnya ...

Pemandangan di Secret Recipe di tempat lain!

Ini benda yang aku dan K.Pah makan sambil sembang-sembang dan meneruskan mengumpat orang yang kami suka dan tak suka. Nyum!




Perlis ku sudah maju!




Trivia:
Kalau tak salah, lokasi ini adalah sebuah restoran - SAWADDI (ke, Andaman? Sudah lupa). Seingat aku, aku pernah makan di situ sekali selepas mengambil result SPM dengan Jeah dan beberapa kali sebelum itu. Sedap masakannya especially kepada penggemar makanan Thai. Kawasan balik Bukit Lagi ni 20 tahun dahulu, adalah kawasan yang orang tak selalu singgah. Sunyi sepi sahaja. Seingat aku, kawasan ini banyak kedai-kedai motorsikal dan bengkel kereta. Namun, hari ini, makin bercambah deretan kedai.


Secret Recipe Kangar Branch
gambar diambil tanpa izin di sini



2 comments:

Nur said...

Waiya, caya lah Perlis.
Bila la kami nak pi bercuti kat Perlis, bulih singgah Padang Besaq. Hehhe. Tunggu laki dapat bonus la. :D

Hafiey Nur said...

Yati:
Datang le ... mesti surprise gila, esp bila tengok 'kemajuan' kawasan rumah uol dulu ....

Padang Besaq? Hmmm ... upah seribu pun kami tamau pi. Hangaaaat! Tak suka! Boleh kira dgn jari berapa kali pi sepanjang hayat ni ...