Bila iklan kurma Yusuf Taiyoob sudah keluar, aku jadi tak keruan.
Tak, aku bukan terpikat dengan Incik Taiyoob tu, tapi mengenangkan bahawa Ramadhan hampir tiba dan puasa tahun lepas belum habis bayar. Kudos for Incik Taiyoob kerana menjadi petanda kepada hampirnya Ramadhan … huhu.
OK, dipendekkan cerita, Jumaat lepas, aku pun mula aktiviti penggantian puasa. Kena buat segera, kerana masih ada 10 hari – dan 2 minggu lagi class dah nak mula. Bagi lecture waktu puasa bukan perkara yang selesa OK!
Masuk waktu buka puasa, ajak Kak SitiM keluar makan. Dek kerana jaghang-jaghang masak kat rumah tu, maka, masalah utama setiap kali nak makan, adalah pemilihan tempat. Ada tempat yang selalu frequent, tapi jemu pula. Tempat yang best, tutup. Maka, bawak-bawak kereta pusing-pusing Dungun, nampak kain rentang mengenai steamboat di satu resort ni – M*y*g S***.
“Nak?”
“Boleh je.”
Dan, kereta pun diparkir berhadapan pintu masuk ke restorannya.
Opocot! Ada katak melompat [adegan selingan].
Kami tengok tiada pelanggan lain, kecuali seorang pelayan perempuan yang duduk tersorok di satu sudut – kelihatan seperti sedang membaca. Ada TV sedikit besar yang sedang terpasang – sempena World Cup – aku tak pasti pasukan mana bertanding – Kak SitiM tahu, sebab dia memang follow benda-benda ni.
Seketika kemudian, datanglah seorang pelayan lelaki, menghulurkan menu – yang agak menarik list makanannya. Belek punya belek, aku pilih nasi goreng seafood dan air bandung, Kak SitiM pilih nasi goreng cina dan air tembikai laici.

Kemudian, kami diunjuk set promosi sizzling and claypot noodles – dengan tagnya – DISEDIAKAN OLEH TUKANG MASAK YANG BERPENGALAMAN SELAMA 30 TAHUN DI SEKITAR BRUNEI, THAILAND DAN MALAYSIA. YANG PALING UTAMA, PERNAH BEKERJA DENGAN KELUARGA DIRAJA TERENGGANU – gitulah lebih kurang yang melekat di kepalaku. Maklum le, cerita dah lepas.
Menarik, tapi kami dah makan sizzling mee di Mesra Mall. Next time may be.
Sementara menunggu hidangan, kami berbual-bual mesra (cheh!).
Kak SitiM:
Kita pernah datang tak sini?
Aku:
Pernah, sekali, dan kita telah pangkah pun.
Kak SitiM:
Ye? OK lah, bagi la chance sekali lagi kali ni.
Seketika kemudian ….
Datang air bandungku dalam water goblet, dan air Kak SitiM dalam gelas kontot ala-ala brandy glass.
Hah! besar ni je? – kami sudah mula menyesal.
Kemudian, datanglah nasinya.
2 hidangan yang patutnya berbeza tapi kelihatan sangat sama [tak ada gambar untuk ditunjukkan sebab tak expect perkara macam ni akan berlaku! (Lesson learned: Always keep your camera in hand!)
Aku:
Biar betul ni nasi goreng seafood – cam nasi goreng cina je. Mana seafoodnya? – sambil menguis-nguis nasi dengan sudu, jumpalah sotong 2 kerat (potongan sotongnya cantik), dan ayam 3 cebisan kecil.
Kak SitiM:
I think yang ni nasi you. Tu macam I punya je
Aku pun memanggil pelayan tadi, dan dia pun tak pasti (haih!). dia kemudiannya pergi bertanya chef yang memasak dan confirmed balik dengan kitaorang.
Pelayan:
Ha’ah, salah la kak. Ini yang akak punya, yang ni akak ni punya – dan kami pun bertukar pinggan.
Aku belek lagi nasi yang aku terima, ada 2 ketul sotong, 3 ketul ayam, 2 potongan (bukan ketulan ye!) fishball, dua potong fish cake. WTF? Ini kau panggil seafood? Memang tak berbaki la pahala puasa aku tadi! Tak pe, aku ganti lebih lepas ni! Arghhhhh, marahnyaaaa!
Bila makan, memang la sudah jadi tak sedap rasanya. Dengan ayam yang rasa macam dah lama, then you charged your customer RM8.90 a plate? Shame on you la!
And, adding salt to the wound, airnya juga cam biasa saja – yang kita boleh dapat dengan harga RM1 – bandung aku rasa pencelup dan susu dan tembikai laici Kak SitiM yang tawar – then bandung tu chargenya RM4, dan tembikai laici RM6.50. Mujur tak ada tax, kalau tak, memang lah!
Memang big X kami bagi! No more M*y*g S***! Hampas!
Kami tak kisah bayar mahal kalau hidangan bertepatan dengan apa yang dijanjikan – contohnya macam ceaser salad Pan Pac Hotel yang menjadi kegilaan Kak SitiM tu. Tapi, kalaulah begini yang kamu bagi, memang teruklah. No words can describe my disappointment dengan resort ni. Kalau tahu, pergi makan kat Balai Selera lagi bagus. Ptuih!
P/s: Wondering macam mana la rupa bentuk sizzling noodle tukang masak keluarga diraja Terengganu tu!
2 comments:
mak ai...marah sungguh akak ye? mmg layak sgt bagi X kat tempat camtu...mehlah dtg selangor, ce rase nasi ambeng
Nasi ambeng? Iya, gue sudah lama idamkan mahu menerainya ... tapi belum2 lah sempat!
Kat ne kat Selangor tu best nak makan nasi ambeng?
Post a Comment