Ajakan teman-teman untuk berjalan-jalan dan bercuti ke luar Malaysia memang sudah acap aku terima. Namun, kekakangan masa dan bajet dan hal-hal lain selalu saja menggagalkan usaha tersebut.
Tapi, entah kenapa, apabila rakanku semasa sekolah menengah dulu mengajak aku menemaninya ke Palembang untuk tujuan pembentangan kertas kerja, aku mengikut saja. Tiba-tiba aku rasa excited nak pergi. Sungguh ajaib! Adakah aku dimandrem tanpa aku sedari?
Maka, bila kecoh-kecoh nak pergi, kena la pergi buat passport. Orang tak pernah keluar Malaysia, passport pun tak ada lah. Pergi la buat satu. Dan, di dalam proses itulah, tiba-tiba terkena demam campak. Mujur juga masa ambil gambar passport yang sedikit close up itu belum timbul biji-biji campak itu [kalau timbul pun, boleh touch up gambar tu], kalau tidak … makin huduh la aku yang tidak jelita ini .. huhu.
Buat passport awal Mei, nak pergi hujung Mei. Masa dapat passport ada lebih kurang 2 minggu nak pergi, dan masa itulah demam campak makin teruk. Ingat dah tak jadi, sedikit sedih. Kemudian, rakan itu bagitahu, yang dia tidak jadi present paper di Palembang, tapi tetap juga nak ke destinasi lain di Indonesia itu – sebab tiket dah beli. Maka, kami pun decide nak ke Padang – tukar tarikh, 12 Jun [mudah sedikit sebab adik dia kerja dengan Ai***ia].
Mujur juga percutian ini jadi, kalau tak ... bila pulak aku nak dapat stamp kat passport tu .. huhu
No comments:
Post a Comment