Wednesday, June 16, 2010

Ke Padang, yuk! - Pre-Pra Padang


Entri ini adalah berbentuk karangan bergambar - harap maklum.


Bersama rakan yang telah memandremkanku tanpa sedar - Che Li. Thanks a lot buddy!


I – LCCT: 12th June 2010: 1200 – 1500 hrs




Pandangan berhampiran pintu masuk 4 dan 7 - mereka-mereka yang mahu ke Padang, Vietnam dan sebagainya.

Seronok memerhati orang. Korang nampak tak Makcik yang duduk membelakangkan Makcik yang asyik dengan food dia di gambar no. 3 tu? Yang pakai tudung hitam, baju merah tu? Aku rasa dia ni ketua rombongan kot ... banyak betul info yang dikongsi dengan member-member dia di depan tu. Yang aku sempat curi dengar, cerita dia masa gempa di Padang, bulan 9 tahun lepas, cerita dia tak dapat cuti masa raya puasa dan bandingan harga kalau mahu bershopping di Padang. Haih~~



II – Plane on board: AK474 – KUL-PDG – 1500 – 1510



Hah? Sepuluh minit saja penerbangan? Can’t be real!

Oii, selisih waktunya sejam le … depa lewat sejam dari kita.

Ooo, hari ni hari bodoh saya tuan! =p




III - Guilty Pleasure


Sebelum masuk plane berlagak masing-masing tak nak makan. Dah kena menunggu lama before boarding, masuk je plane, macam kebulur. Dan, inilah yang kami makan ... burger dan nasi goreng. Aku mintak beriyani - FA tu kata:

"Maaf, yang itu tak de Puan, tu untuk penerbangan ke India saja."

Pulak ... dalam menu kata only in AK flight, tak sebut le pula ke India or Timbuktoo - dan yang kami naik tu AK la. Misleading punya info!

Burger tu rasa macam bun sejuk yang diletak sosej - tak rasa apa. Kalau tak de mustard dressing dan pickle tu, aku rasa mesti lagi teruk rasanya. Tapi, lapar punya pasal, bedal aje, dan sedap pun .. hehehehe.

Nasi goreng tu tak sempat makan dalam flight sebab aku struggle menghabiskan burger tu. Che Li kata sedap dan dia makan sampai licin! Tapi, before plane landing, aku rasa sikit - mak oii, kerasnya nasik! Che Li, ini hang kata sedap? Aku makan sate dia saja. OK la juga rasanya.

Oh ya, yang tidak sempat diambil gambarnya - sandwich dan minuman.

7 items = RM45 -- ok la, di udara nun. Kalau di darat lain ceritanya, kan?

Alhamdulillah. Kenyang.



IV – Landing timela fumfu kui atakungsi! – hampa pandai, cari la apa maksudnya .. hehehe



Inilah pemandangan pertama di airport Padang. Luas dan lapang, tiada apa-apa. Kata orang Malaysia yang pernah ke Padang, bangunan utama airportnya macam Bangunan Mahkamah Tinggi Seremban. Entahlah, aku pernah pergi Seremban tu, tapi tak terbelek lah bangunan Mahkamah dia rupabentuk macam mana.



Satu perkara yang menarik tentang Indonesia secara umumnya adalah kebanggaan mereka dengan jati diri mereka - bahasanya, budayanya, makanannya dan sebagainya.

Lihatlah, tiada langsung bahasa lain yang digunakan untuk memberitahu itu adalah airport Padang melainkan bahasa mereka sendiri - Bandar Udara atau dipendekkan menjadi BANDARA. Tidak seperti kita di sini - mesti nak kena translate atau lebih baik lagi, mesti nak guna nama berunsur asing supaya ada kelas tersendiri. Sayang kan, bahasa dan budaya Melayu yang manis dan lembut senang sungguh dimain-mainkan. Ya, patriotisme ku terganggu dek perkara ini!

Seperkara lagi yang buat aku senang, sebarang pengumuman di sini sangat jelas sebutan dan arahannya. Tidak seperti pengumuman di airport kita, yang kadang-kadang aku rasa dia bagi pengumuman untuk diri sendiri kot .. tak berbutir - biarlah dalam BM atau BI. Baca announcement macam kena kejar hantu, ntahapapantah!


Lepas ni, mahu ketemu Pak Pendi, supir yang baik hati itu. Daaa!



2 comments:

ajako said...

tahukah kamu haji saiful pun baru balik drp padang-bukit tinggi...oh, kebetulan sungguh...

Hafiey Nur said...

Ajak:
Ya, saya tahu ... ada dalam fesbuknya ... namun saya tidak bertemu dia di mana-mana di Bukitinggi itu!