Monday, August 31, 2009

Cuti-Cuti Malaysia -- part 3

Trilogi terakhir ... hahaha .. macam apa saja, kan?

OK, sequel percutian kami. Kali ini didedikasikan untuk perkara-perkara yang menggembirakan. Namun, amaran: Entri ini mempunyai unsur self-centered yang mungkin akan memualkan anda sebagai pembaca. Membaca adalah risiko yang akan anda tanggung sendiri. Jangan bilang aku tidak mengingatkan anda!

Permulaan cerita yang best ... untuk aku, bukan anda (tapi, kalau anda rasa best, aku pun gembira!)

Setelah bertahan dengan kepanasan dan kemarahan, akhirnya dapatlah naik cable car. Yippeee!!! Tapi, kena share dengan strangers. No hal, Malaysians couple. Seem nice. Kami berempat, campur couple tersebut, jadi 6 orang - 5 perempuan, 1 lelaki. Dan cable car pun bergerak. Excited! Excited!

Tapi, brader yang bersama kami tu gayat rupanya ... semasa kami excited bergerak-gerak dan menyebabkan cable car sedikit hoyong-hayang (hehehehe ... macam beruk daa ..), dia macam nak pengsan. Kami rasa kelakar. Awek dia senyum-senyum saja. Kami kemudian berpisah semasa cable car berhenti di stesen ke-2 di tengah-tengah gunung tu. Kami ambil keputusan untuk tidak berhenti di situ sebab dah pernah ke situ ..



Aku, Dik Not, Nurul dan Brader Gayat (gambar refleksi sahaja)


Satu yang menarik sepanjang perjalanan bagi aku (selain daripada pemandangan yang indah) adalah encik yang menyelenggara unit-unit cable car di atas tempat bergantungnya cable car tu ... ni baru betul the high position ... lebih tinggi dari CEO ... hehehe. Tabik la. Brader yang secable car dengan kami tu mesti tak boleh kerja ni ...




Lihat, nampak Encik itu? Sungguh tinggi kedudukannya ... Kagum!


Maka, kami terus menikmati perjalanan ke stesen yang terakhir, yang boleh berhenti di Hanging Bridge. Dan, disebabkan hanya tinggal kami saja di dalam cable car tu, maka bermaharajalela paramesawara alam shah kami di dalam tu. Tangkap gambar pelbagai aksi. Terasa diriku 20 tahun lebih muda .. hahaha!




The Hanging Bridge dan Pemandangan daripada Top Station ..




Waterfall dan Laut-Tak-Tahu-Apa-Namanya

Cable car pun berhenti di stesen paling atas. Subhanallah ... cantiknya pemandangan. Dengan kabus yang nipis, kemudian matahari sikit-sikit memancar, angin yang lembut ... ahhh .... kalaulah ...! Hmmmm ...


Bila dah kat tempat tinggi, mulalah perut berkeroncong. Dan, masa ni lah, the Bread Story menjadi penyelamat. Berkelah kami di tangga yang berhadapan dengan pemandangan ke laut (yang tak pasti apa namanya itu .. ). Sesekali disapa oleh orang yang lalu lalang ... mana taknya, makan serupa tak ingat donia ....


Habis makan saja, hujan pun turun ... ahhhh ... macam tahu-tahu saja ... Kami pun kemudiannya menaiki cable car dan balik ke base station ... tapi, yang menyakitkan hati terpaksa share pulak cable car tu dengan couple Arab yang lorat. Kenapa lorat? Ada ka patut isteri dia terlambat masuk ke cable car, dijelingnya kita ... marah kononnya sebab kitaorang berebut nak masuk cable car, sampai tertinggal isteri dia. Dah bini hang tu slow! Poodah!

Tapi, ada mak kesah? Asal tertunailah hajat nan satu itu ... mak sukeeee!!! Hoyehhh!


Berlatarbelakangkan tempat parking kapal ... terasa macam haku yang punya!

Perjalanan diteruskan dengan meronda sekitar pulau. Sebelum balik, kami singgah di kawasan 'parking' kapal ... tak ingat apa nama tempatnya ... tapi landmarknya adalah stesen Petronas yang berdekatan dengan Youth Hostel yang dibina ala colonial (ye kot ... hehe). Sukanya bila sampai ke sini sebab pemandangannya sangat cantik dengan kapal-kapal tersebut. Rasa macam kat Monte Carlo ... kenapa? Ntah, suka nak sebut .. :):):)




Akhirnya, sebelum balik, kami ke kawasan Awana Porto Malai ... untuk bergambar tentunya ... di sinilah aku belajar bergambar ala giant + miniature.

Hey look! I can hold those resorts!



Tangan bengkok saya memegang bot!


Kesimpulannya, percutian yang sangat menggembirakan .. Sekian cerita saya!

Sunday, August 30, 2009

Satisfied Customers Tell Three Friends, Angry Customers Tell Three Thousand

Apa cerita marah-marah di bulan puasa ni?

Err .. tapikan, aku ada rasa jugak, selepas blog ni di'mekap', entry aku semuanya bernada marah dan penuh dengan ketidakpuashatian .... hahahaa ... kan aku dah warning, aku pemarah, kepala angin dan kejam ...

Ini sebenarnya adalah cerita yang terjadi 2 minggu sebelum Ramadhan - waktu diriku sedang aktif meng"qadho" puasa. Cerita-cerita mengenai tempat berbuka puasa, akhirnya aku dan Kak SitiM decide nak mencuba satu kedai makan yang baru dibuka - JT Corner - yang terletak berhadapan dengan sekolah tahfiz Imtiaz tu.

Dengan high expectation (kerana layout sangat indah dan deceiving itu, OK!), kami pun tidak berlengah lagi pergi ke sana selepas menunaikan solat Maghrib (solat kejap je, sebab perut meronta-ronta lapar .. Astaghfirullah!).

Kala lapar, nafsu sangat menggebu ... maka, kami pun memesan:

Ikan kerapu bakar
Sotong goreng tepung
Nasi putih
Kailan Ikan Masin
Kobis Udang Kering
Prawn Foo Yong (we have no idea how the dish looks like. Just order because the menu.)

Minuman.


Layanan:
Masa kami sampai, kami berdua adalah pelanggan yang pertama - tiada orang lain lagi. Kemudian, datanglah seorang pelayan perempuan (agaknya umur dalam lewat belasan dan awal 20an). Muka memang tak senyum, lepas tu bila disuruh terangkan apa di dalam menu, semua jawapannya:

"Tahhu gok ... " [tak tahu dalam dialek Terengganu].

OK, masih boleh dimaafkan, walaupun aku rasa macam nak &*^&& saja.

Nak sangat berniaga, PR hancus.

Abang + Kakak di gerai ikan bakar agak peramah.


Kadar kepantasan hidangan:
Semua makanan agak pantas dihidangkan - kecuali ikan bakar dan sotong celup tepung. Lama gila .. hampir 45 minit. Ikan dan sotong sampai, air dan nasi semua sudah habis.


Makanan:
Ini yang paling hangin:

Nasi - OK, menepati piawai. Tidak lembik dan tidak terlalu keras.
Kailan Ikan Masin - OK, terasa cukup rasa semua.
Kobis Udang Kering - Juga OK, walau Kak SitiM kata tak sedap.

Prawn Foo Yong?
Terlalu mendukacitakan. Dengan harga RM5 sepinggan, kami expect ia adalah sejenis omellete yang ada udang paling kurang 2 ekor. Tapi, yang datang? Telur dadar biasa.

Kami memanggil pelayan yang mengambil order tadi, dan dengan muka yang kerek dan defensive gila, bertanya kepada kami:

Dia:
"Mende?" -- kasar gila bahasa.

Kami:
Ini betul ke prawn foo yong? Tak macam namanya pun. Tak ada udang apa pun ...

Dia:
Kejap ah, saya tanya tukang masak ... -- dan berlalu pergi.

Kemudian terlihat mereka semua (para pelayan) berkumpul di tingkap kaunter tukang masak dengan gaya perbincangan yang sangat serius. Dan, kami meneruskan aktiviti makan dengan rasa tidak puas hati. Selepas itu ...

Dia:
Betul ah gini prawn foo yong

Aku:
Apa yang prawn nya [sambil mencobek-cobek telur itu di hadapannya]. Apa pun tak de. Ni dah macam telur dadar je ...

Dia:
Tukang kata dia blend semua sekali, tu yang hancur ...

Aku:
Kalau pun dah blend hancur, mesti ada rasa udangnya ... ini tak rasa apa-apa pun ..

Dia:
[muka serba salah] -- tahhu gok ...

Aku:
Takpelah.


Kak SitiM tidak menghalalkan harga yang dia bayar untuk menu itu. Aku rasa neutral saja.


Kemudian, ikan bakar dan sotong goreng tepungnya ...

Rasa cili paste yang semacam kurang masak, dan masin, kami hanya makan 1/3 daripada isi ikan tersebut. Terasa rugi, kerana ikan itu bersaiz besar (boleh untuk 3 orang makan). Sotongnya pula, terasa tidak digoreng dengan betul - rasa tak masak - dan dengan batter yang tertanggal dari sotong - semuanya membuatkan kami menyesal makan di situ.

Memang menyumpah-nyumpah bila membayar ... bersama keputusan untuk tidak makan lagi di situ.

Untuk yang mahu mencuba makan di situ, fikirlah dulu. Untuk pemilik restoran tersebut, kalau terbaca coretan ini (hahahaha .. poyo!), upgradekan perkhidmatan. Service PR dan makanan ... rugi, tempat strategik, makanan dan layanan hampeh!


For the record, this is prawn foo yong (courtesy of google)



And this is telur dadar .. the one you served to us but claimed it was prawn foo yong! .. and overpriced, too! &*&

Saturday, August 29, 2009

Cuti-Cuti Malaysia -- part 2

Walaupun ini bulan puasa, aku tidak berminat untuk bercerita mengenai apa-apa cerita puasa. Ada ... tapi nanti nanti lah ... Ni masih lagi nak bercerita mengenai cuti-cuti Malaysia hari tu ...


Sebenarnya, keberiya-iyaan aku nak ke Langkawi hari tu adalah disebabkan nak naik cable car. Yes, you heard me correctly, nak naik cable car! Bukan tak pernah naik, tapi, tak tahu kenapa excited nak pergi naik lagi ... macam orang mengidam tu ... susahlah nak terangkan ... haih!

<-- Cable car yang menghubungkan Gunung Mat Raya dan Gunung Machinchang


Disebabkan kepergian itu hanya satu hari saja, maka, pengurusan masa amat mustahak. Maka, dengan mengambil bot paling awal - 8.15am, kami sampai di Jeti Kuah lebih kurang dalam pukul 9.00am.



A - Di dalam bot KPS-LKG
B - Jetty Kuah


Finally .. Langkawi ... here we are!

Setelah menyelesaikan urusan kereta sewa, maka pengembaraan pun bermula ....


Matahari baru nak memancar. Sebab perjalanan awal pagi, mak-mak kami tidak sempat menyediakan sarapan berkhasiat untuk kami. Maka, terpaksalah kami mencari sarapan sebelum memulakan pengembaraan.

INTERLUDE: ahhhh .. the Bread Story! Jom .. jom ... buat bekal!

Sambung, Dan, oleh kerana ini percutian bajet yang ditanggung sepenuhnya oleh Mak Long, ahli rombongan perlu mematuhi pilihan Mak Long. Apa yang boleh dipilih?

KFC? Uhuh ...
Starbuck? Yahudi tuh ...
McDonald's ...? Tak lalulah nak telan burger pagi-pagi ni ...

Nasi lemak .. Nasi lemak ... haaa .. okeh. Satu Malaysia tu ... boleh! Jom ... hahahaha ... sep bajet!

Maka sarapan kami adalah nasi berlauk. Jumlah: RM26.40 untuk 4 orang. OK!

Destinasi kemudiannya ... cable car. Kat mana cable car? Ida ... navigate!

Nurul, drive terus sampai ke Cultural Village ...! Wohooo!



Cultural Oriental Village ... cam tu lah rasanya namanya ...


Dah, dah .. jom ... jom, naik cable car! Pergi beli tiket ... cepat!

Sampai di depan kaunter tiket - waktu operasi hari Rabu bermula 12 tengahari (hari lain start pukul 10 pagi).

Apa? 12 tengahari? Arghhhhh ... sudah ambil masa yang lama!

Lamanya nak tunggu! Dah lah tak boleh beli tiket sebelum tu ... (apa punya sistem ... lain kali jual je la .. cut short the time! @^@&(*###). Terpaksalah menunggu pulak! Sialan! Dah lah apa kejadah hari tu penuh pulak tourists ... rimasnya!!!! Yang Arabnya, yang orang putihnya ... Ini sudah mendatangkan kemarahan!


Pusing kanan, pusing kiri mencari tempat menunggu yang selesa when we spotted satu tempat teduh. Tengok signage - DROPSTONE CAFE, dan ramai juga tourists yang melepak di situ. Kami pun menuju ke situ.

Seketika duduk di situ ... tiba-tiba ...





Dik Not, Ida, yours truly, Nurul


"Maaf ye, kalau tak order di cafe, tak boleh duduk di sini ..." tetiba saja ada seorang gadis pelayan datang memaklumkan peraturan tempat duduk itu.

"OK, apa yang ada?" kami bersetuju untuk makan yang ringan-ringan.

Dihulur menu. Kami tunjuk yang ini, tak ada. Tunjuk yang itu, tak ada. Bodoh sungguh!!!

Akhirnya, yang kami order (yang ada) adalah fish fingers yang ada dalam 6 ketul dengan harga RM6 lebih.

Setelah kami order, kami dapati pelayan tadi hanya berani meng'warning' kami sahaja, sedangkan di meja yang dilepak tourists tu tak berani. Double standard! Tak faham lah layanan begini. Anyway, Dropstone Cafe, I wish you well with your double standard! $%^%%&* -- ishh, penuh dengan kemarahan dan kehangat hatian.


Cut story short -- tiket dah dapat (setelah beratur panjang), kami pun naiklah ke stesen cable.

Wah, ramainya yang beratur! Arghhhh .. tension. Tambah tension bila ada orang Malaysia yang bengong angkat rantai tongkat pemisah tu (ntah la nama apa ntah benda tu) untuk potong queue. Menggeleng-geleng tourists tu semua.


Malu juga dengan peel begitu. But, what to do .. Malaysians always have way doing things, kan?



Gambar ketika hangin tengok queue yang panjang. Tapi, sebab nak bergambar, gembira ria sahaja .. hahaha ..


Tak boleh jadi ni ... panjang pulak cerita ni. OKlah, aku akan buat sequel lagi ...

Jangan marah aaa ... kurang pahala puasa :p

Wednesday, August 5, 2009

Cakap-cakap pasal buah ...

Perbualan kosong di dalam kereta sepanjang perjalanan 7 jam PER-TRG.

MakLong:
Dalam sebuah kebun, semua pokok buah terbakar. Tapi ada satu buah tak tersentuh langsung. Buah apa kah itu?

Ida:
Aku tau. Aku tak mau habag!

Dik Not:
Buah .. buah ,... uhh .. malas ahh ...

MakLong:
Buah cempedak di luar pagar la ...

OK .. we heard that like thousand times la MakLong ... you're so 2000 late. Cis!

Ida:
My turn ... buah apa yang menimbulkan persoalan?

MakLong:
Buah apa? Buah gajus, sebab biji di luar?

Dik Not:
Buah anggur? Pisang? Rambutan?

Ida:
Habih dah teka? OK, the buah is kedondong.

MakLong:
Huh?

Ida:
See, kan sudah menimbulkan persoalan? Hahahaha

Cis ... ini sudah menimbulkan kemarahan!!

MakLong marah? Nanti kena jual ... hmmmmmm ...

Tuesday, August 4, 2009

Cuti-cuti Malaysia - part 1


Lamanya aku meninggalkan 'tanah' nan satu ini. Banyak yang mahu diisi, namun ada saja halangannya... Aku sendiri tidak mengerti! Ahhh ...

OK, kali ini mahu cerita pasal sedikit rasa gembira.

23 Julai lepas, tanpa disangka-sangka, dapat cuti peristiwa sebab H1N1 ... mula nak marah sebab memikirkan betapa banyaknya kelas nak diganti ... namun setelah berfikir sekejap, lebih baik disambut dengan gembira saja perkhabaran itu dengan 'mencutikan' diriku.

Sementelah hari itu gagal ke Langkawi dek planning yang tak menjadi (I'm not a good planner obviously), kali ini aku bertekad untuk ke sana. Aku tak tahu apa yang membuatkan aku begitu beriya-iya mahu ke sana. Tapi, memang nak pergilah juga ...

OK, cuti sudah dapat. Satu minggu aku mengatur plan. Perkara baik pertama.

Perkara baik kedua. Anak saudara sepupu aku baru graduated dan tengah tak ada kerja. Maka, itu adalah peneman yang baik. Tambahan dia memang boleh diharap untuk kerja-kerja 'berjalan-jalan' ni.

Kemudian, tibalah siri the unfortunate event.

Sabtu malam - terima SMS, cuti mungkin ditarik balik -- dan tidak akan ada cuti peristiwa lagi. Sesiapa yang tak datang kerja, sila ambil cuti tahunan. (Sialan!!!!)

Tapi ... kucongak-congak, eh, banyak lagi cuti aku. Masih berbaki 21 hari. Raya nanti pun bukannya aku nak cuti lama-lama. OK la tu!

<--- Ida - ada iras-iras road-runner, breep breep, kan? hehehe



Kemudian, masalah timbul, nak jalan ke Langkawi mesti nak pandu kereta. Kereta sewa jarang yang automatic tranmission. Aku gagap la kalau guna manual. Ahhh!!! Si Ida anak saudara itu pun, harap lesen saja ada, tapi driving ... huh! Mana nak cari driver ni?

Aha! Nurul, adikku yang ke-4 sedang bercuti dan dia boleh memandu kereta manual tranmission. Bawak saja dia.

Tapi, ada impact negative -- sebab nak gunakan khidmat dia, aku kena la bear all the expenses - tiket bot, makan dia ... arghhhhhhh!!! Tak senang nak cuti!





Tapi, sebab nak pergi jugak, akhirnya, instead berdua dengan Ida, percutian aku ke Langkawi menjadi berempat - aku, Nurul, Ida dan Faiznur (adik Ida) dengan makan dan duit jalan-jalan dibiayai oleh Mak Long (aku la tu!) ... sebel!




@ In front of Langkawi Oriental Village -- nak naik kereta kabel, kat sini la ...


OK, akan bersambung lagi. Tungguu ...