Saturday, August 29, 2009

Cuti-Cuti Malaysia -- part 2

Walaupun ini bulan puasa, aku tidak berminat untuk bercerita mengenai apa-apa cerita puasa. Ada ... tapi nanti nanti lah ... Ni masih lagi nak bercerita mengenai cuti-cuti Malaysia hari tu ...


Sebenarnya, keberiya-iyaan aku nak ke Langkawi hari tu adalah disebabkan nak naik cable car. Yes, you heard me correctly, nak naik cable car! Bukan tak pernah naik, tapi, tak tahu kenapa excited nak pergi naik lagi ... macam orang mengidam tu ... susahlah nak terangkan ... haih!

<-- Cable car yang menghubungkan Gunung Mat Raya dan Gunung Machinchang


Disebabkan kepergian itu hanya satu hari saja, maka, pengurusan masa amat mustahak. Maka, dengan mengambil bot paling awal - 8.15am, kami sampai di Jeti Kuah lebih kurang dalam pukul 9.00am.



A - Di dalam bot KPS-LKG
B - Jetty Kuah


Finally .. Langkawi ... here we are!

Setelah menyelesaikan urusan kereta sewa, maka pengembaraan pun bermula ....


Matahari baru nak memancar. Sebab perjalanan awal pagi, mak-mak kami tidak sempat menyediakan sarapan berkhasiat untuk kami. Maka, terpaksalah kami mencari sarapan sebelum memulakan pengembaraan.

INTERLUDE: ahhhh .. the Bread Story! Jom .. jom ... buat bekal!

Sambung, Dan, oleh kerana ini percutian bajet yang ditanggung sepenuhnya oleh Mak Long, ahli rombongan perlu mematuhi pilihan Mak Long. Apa yang boleh dipilih?

KFC? Uhuh ...
Starbuck? Yahudi tuh ...
McDonald's ...? Tak lalulah nak telan burger pagi-pagi ni ...

Nasi lemak .. Nasi lemak ... haaa .. okeh. Satu Malaysia tu ... boleh! Jom ... hahahaha ... sep bajet!

Maka sarapan kami adalah nasi berlauk. Jumlah: RM26.40 untuk 4 orang. OK!

Destinasi kemudiannya ... cable car. Kat mana cable car? Ida ... navigate!

Nurul, drive terus sampai ke Cultural Village ...! Wohooo!



Cultural Oriental Village ... cam tu lah rasanya namanya ...


Dah, dah .. jom ... jom, naik cable car! Pergi beli tiket ... cepat!

Sampai di depan kaunter tiket - waktu operasi hari Rabu bermula 12 tengahari (hari lain start pukul 10 pagi).

Apa? 12 tengahari? Arghhhhh ... sudah ambil masa yang lama!

Lamanya nak tunggu! Dah lah tak boleh beli tiket sebelum tu ... (apa punya sistem ... lain kali jual je la .. cut short the time! @^@&(*###). Terpaksalah menunggu pulak! Sialan! Dah lah apa kejadah hari tu penuh pulak tourists ... rimasnya!!!! Yang Arabnya, yang orang putihnya ... Ini sudah mendatangkan kemarahan!


Pusing kanan, pusing kiri mencari tempat menunggu yang selesa when we spotted satu tempat teduh. Tengok signage - DROPSTONE CAFE, dan ramai juga tourists yang melepak di situ. Kami pun menuju ke situ.

Seketika duduk di situ ... tiba-tiba ...





Dik Not, Ida, yours truly, Nurul


"Maaf ye, kalau tak order di cafe, tak boleh duduk di sini ..." tetiba saja ada seorang gadis pelayan datang memaklumkan peraturan tempat duduk itu.

"OK, apa yang ada?" kami bersetuju untuk makan yang ringan-ringan.

Dihulur menu. Kami tunjuk yang ini, tak ada. Tunjuk yang itu, tak ada. Bodoh sungguh!!!

Akhirnya, yang kami order (yang ada) adalah fish fingers yang ada dalam 6 ketul dengan harga RM6 lebih.

Setelah kami order, kami dapati pelayan tadi hanya berani meng'warning' kami sahaja, sedangkan di meja yang dilepak tourists tu tak berani. Double standard! Tak faham lah layanan begini. Anyway, Dropstone Cafe, I wish you well with your double standard! $%^%%&* -- ishh, penuh dengan kemarahan dan kehangat hatian.


Cut story short -- tiket dah dapat (setelah beratur panjang), kami pun naiklah ke stesen cable.

Wah, ramainya yang beratur! Arghhhh .. tension. Tambah tension bila ada orang Malaysia yang bengong angkat rantai tongkat pemisah tu (ntah la nama apa ntah benda tu) untuk potong queue. Menggeleng-geleng tourists tu semua.


Malu juga dengan peel begitu. But, what to do .. Malaysians always have way doing things, kan?



Gambar ketika hangin tengok queue yang panjang. Tapi, sebab nak bergambar, gembira ria sahaja .. hahaha ..


Tak boleh jadi ni ... panjang pulak cerita ni. OKlah, aku akan buat sequel lagi ...

Jangan marah aaa ... kurang pahala puasa :p

No comments: