OK, sequel percutian kami. Kali ini didedikasikan untuk perkara-perkara yang menggembirakan. Namun, amaran: Entri ini mempunyai unsur self-centered yang mungkin akan memualkan anda sebagai pembaca. Membaca adalah risiko yang akan anda tanggung sendiri. Jangan bilang aku tidak mengingatkan anda!
Permulaan cerita yang best ... untuk aku, bukan anda (tapi, kalau anda rasa best, aku pun gembira!)
Setelah bertahan dengan kepanasan dan kemarahan, akhirnya dapatlah naik cable car. Yippeee!!! Tapi, kena share dengan strangers. No hal, Malaysians couple. Seem nice. Kami berempat, campur couple tersebut, jadi 6 orang - 5 perempuan, 1 lelaki. Dan cable car pun bergerak. Excited! Excited!
Tapi, brader yang bersama kami tu gayat rupanya ... semasa kami excited bergerak-gerak dan menyebabkan cable car sedikit hoyong-hayang (hehehehe ... macam beruk daa ..), dia macam nak pengsan. Kami rasa kelakar. Awek dia senyum-senyum saja. Kami kemudian berpisah semasa cable car berhenti di stesen ke-2 di tengah-tengah gunung tu. Kami ambil keputusan untuk tidak berhenti di situ sebab dah pernah ke situ ..
Satu yang menarik sepanjang perjalanan bagi aku (selain daripada pemandangan yang indah) adalah encik yang menyelenggara unit-unit cable car di atas tempat bergantungnya cable car tu ... ni baru betul the high position ... lebih tinggi dari CEO ... hehehe. Tabik la. Brader yang secable car dengan kami tu mesti tak boleh kerja ni ...
Maka, kami terus menikmati perjalanan ke stesen yang terakhir, yang boleh berhenti di Hanging Bridge. Dan, disebabkan hanya tinggal kami saja di dalam cable car tu, maka bermaharajalela paramesawara alam shah kami di dalam tu. Tangkap gambar pelbagai aksi. Terasa diriku 20 tahun lebih muda .. hahaha!
Cable car pun berhenti di stesen paling atas. Subhanallah ... cantiknya pemandangan. Dengan kabus yang nipis, kemudian matahari sikit-sikit memancar, angin yang lembut ... ahhh .... kalaulah ...! Hmmmm ...
Bila dah kat tempat tinggi, mulalah perut berkeroncong. Dan, masa ni lah, the Bread Story menjadi penyelamat. Berkelah kami di tangga yang berhadapan dengan pemandangan ke laut (yang tak pasti apa namanya itu .. ). Sesekali disapa oleh orang yang lalu lalang ... mana taknya, makan serupa tak ingat donia ....
Habis makan saja, hujan pun turun ... ahhhh ... macam tahu-tahu saja ... Kami pun kemudiannya menaiki cable car dan balik ke base station ... tapi, yang menyakitkan hati terpaksa share pulak cable car tu dengan couple Arab yang lorat. Kenapa lorat? Ada ka patut isteri dia terlambat masuk ke cable car, dijelingnya kita ... marah kononnya sebab kitaorang berebut nak masuk cable car, sampai tertinggal isteri dia. Dah bini hang tu slow! Poodah!
Tapi, ada mak kesah? Asal tertunailah hajat nan satu itu ... mak sukeeee!!! Hoyehhh!
Tapi, ada mak kesah? Asal tertunailah hajat nan satu itu ... mak sukeeee!!! Hoyehhh!
Perjalanan diteruskan dengan meronda sekitar pulau. Sebelum balik, kami singgah di kawasan 'parking' kapal ... tak ingat apa nama tempatnya ... tapi landmarknya adalah stesen Petronas yang berdekatan dengan Youth Hostel yang dibina ala colonial (ye kot ... hehe). Sukanya bila sampai ke sini sebab pemandangannya sangat cantik dengan kapal-kapal tersebut. Rasa macam kat Monte Carlo ... kenapa? Ntah, suka nak sebut .. :):):)
Akhirnya, sebelum balik, kami ke kawasan Awana Porto Malai ... untuk bergambar tentunya ... di sinilah aku belajar bergambar ala giant + miniature.
Kesimpulannya, percutian yang sangat menggembirakan .. Sekian cerita saya!
3 comments:
peesha...
kisah percutian paling panjang...tak habis habis lagi dari hari tu?? Selamat berpuasa...banyak bersabar jangan marah haaa....
tahniah krn berjaya peroleh percutian yang sangat menggembirakan!
saya pernah sekali bersama famili ke sana tapi tak teruja la nak ke sana lagi....
NJ:
Tu la pasai ... sekali berjalan, 3 entry den letakkan ... Blogger tegar la katakan .. Macam kau jugaklah daro ... semadang emel mende berbuka hari ini, esok dan lusa ... hehehehe.
Selamat berpuasa to u 2!
CikguYusof:
Terima kasih kerana masih sudi menjengah ke sini.
Ya, percutian itu sangat menyenangkan ... mungkin Cikgu tak jumpa yang menarik kot di sana ... lagi pula selera kita kan berbeza ...
Selamat berpuasa ...
Post a Comment