Aku tidak pernah memiliki sebarang anak patung beruang sewaktu kecil kerana mungkin emak dan ayah berpendapat itu bukan satu keperluan. Kebetulan, aku juga bukanlah seorang kanak-kanak yang gemar bermain dengan anak patung. Tapi, kalau ada kesempatan, aku juga jadi asyik mengulit kelembutan anak patung teman-teman.
Anehnya, bila aku dewasa, hadiah anak patunglah yang paling selalu aku terima semasa ulang tahun kelahiran saya. Salah satu daripadanya ialah patung ini. Patung ini hadiah daripada seorang pelajarku.
Satu kesimpulan, walaupun bukan semua kemahuan kita akan tertunai, ada ketikanya ia akan hadir pada segmen tertentu dalam hayat kita. Sekiranya berlaku begitu, bergembira dan raikanlah ia seperti mana anda mahukan ia berlaku!
1 comment:
meman, memang, memang, kena bersabar dan berhati besar menerima takdirNya...
Post a Comment