Thursday, January 12, 2012

My Europe Tour: Bagaimana ia bermula?

Tahun 2009, Noya mula merancang untuk ke Europe dengan konsep back-pack. Dia tu memang dah season traveller – hampir semua benua dijelajahinya. Dan, tak tahu kenapa, dia beriya mengajak aku. Pada mulanya, kufikirkan ajak-ajak ayam yang berangan mat jenin (di pihak aku), tapi, rupanya dia serius! Haih … dan dia dah mula membeli tiket, survey hotel dan semua-semua lah. Aku dah mula rasa menyesal memberikan persetujuan main-main begitu – sebab? Aku ni bab-bab gini memang tak kuasa dan kedekut sikit walaupun aku tahu jauh berjalan luas pemandangannya (hoho!).

Tapi, perempuan nama Noya ni memanglah … dia berjaya membuatkan aku terikut semuanya. Tambahan tahun 2009, dapat duit KWSP, tu yang macam kira OK tu. Walaupun begitu, aku masih tak rasa aku serius mahu pergi – sampailah dia minta aku bayar tiket flight. Waduh!

Kami bercadang untuk pergi masa cuti semester universiti – May – June. Dah baik punya plan, sekali KPT sudah buat onar, tukar jadual akademik – nak menarik foreign students katanya – nak jadi education hub - dan lastly hub Awang Hitam. Padan muka! 

Maka, elok-elok ada cuti May-June, terus kena mengajar sepanjang tahun. Bre*****! Univerisiti yang tak ada pelajar diploma, OK la dengan jadual baru. Tapi, kami ni? Ohhh, panas betul hati walau hajatnya tadi tidaklah beriya mana. Tapi, haruslah meroyan juga bila mengenangkan booking tickets and accommodations tu!

So, apa yang kami buat? Tell you later!

Oct 27, 2011 - Gatwick Airport, UK


Masa merancang:

(1) Pastikan tempat yang nak pergi - in my case, it was determined by Noya.

(2) Survey tiket murah dan penginapan - in my case, same with the above.

(3) Mula menabung dengan religiously - in my case, I allocated RM1500/month (excluding flight tickets + accomodations - tu bayar asing).

(4) Kalau kena pergi waktu ada kelas / kerja, pastikan surat permohonan dihantar ke pihak berwajib. Macam-macam paperwork kena buat - pelepasan tugas, insurance (health) dan sebagainya. In my case, it still Noya's business

(5) Pastikan passport adalah masih valid (kurang 6 bulan sebelum perjalanan).

(6) Mulakan study mengenai tempat-tempat yang ingin dilawati - In my case, I didn't study at all even Noya insisting me read some of books on fjords, life in France, something about Norway. Feel no need to do so. Let those places surprise me for I love surprises (NOT!) -- read: pemalas tegar. 

No comments: