Saya tak tahu kenapa heboh sangat saya pada tahun 2012 untuk re-branding segala blog saya. Padahal bukan banyak pun yang nak ditulis. Kecoh tak habis-habis. Apa boleh buat, saya memang begini =)
Kenapa blog sana saya sambung kat sini?
Satunya, saya nak letak semua blog saya di bawah satu akaun. Senang nak edit, nak post new post dan sebagainya. Sebelum ini, saya bersemangat nak ada blog dalam pelbagai akaun dengan tujuan orang susah nak detect saya (yeah, lame! Lame! Lame!). Tapi, dek perubahan usia, saya tukarlah pendekatan ini.
Duanya, rujuk yang pertama.
OK lah, apa pun keadaannya saya harap kamu masih sudi membacanya - kerana di sini akan ada jugalah cerita kamu. Kalau tak ada, kamu tunggu sajalah sampai ada atau buat permintaan supaya saya adakan.
Oh, banyak dah merepek -- kurangkan, dan lebihkan bekerja!
(Apa kerjanya kalau berblog setiap masa? Dish! Dish! Dish!)
No comments:
Post a Comment