Tuesday, April 22, 2008

Makanan yang Ku Suka - Mee Goreng Mamak The Madras

Tadi, lepas belek-belek blog Saharil Conteng, aku pun rasa nak bercerita tentang makanan yang aku suka.

Aku memang yang suka makan, tapi aku susah nak kenal pasti apa makanan yang aku paling suka. Masakan mak pun, aku tak pasti apa yang aku suka. Itu boleh dimaafkanlah sebab apa yang mak masak semuanya sedap, kan?

Bila ke AP.com, forumers bercerita tentang makanan nan satu ni, dan tiba-tiba aku terasa-rasa keenakannya. Ia adalah mee goreng mamak yang dijual di sebuah kedai di bandar Kangar. Rupanya kedai itu terkenal dengan gelaran "The Madras" -- aku saja yang tak tahu.

Memang mee gorengnya tersangat sedap. Paling best, sebelum dibungkus, mamak tu akan letakkan kuah manis (tak tahu kuah apa .. hantam saja. Tapi, ia halal!). Pergh!!! Sungguh mengasyikkan. Sudahlah portionnya tersangat banyak - boleh makan satu bungkus untuk dua orang. Dulu harganya MYR2 .. sekarang ni tak tahulah dah berapa.

Mee goreng Mamak The Madras

Mak pernah larang aku makan mee mamak tu. Tak tahu apa sebabnya. Sama ada dia jealous dengan mamak tu sebab dapat masak dengan lazatnya, ataupun dia ada isu dengan mamak tu, tidaklah aku ketahui.

Dia larang, aku boleh terima.

Yang buat aku terkedu, dan lepas tu menderhaka larangan dia bila dia kata:
"Ish .. hang lalu nak makan mee tu. Mamak tu ada AIDS tau ..."

Aku gelak saja. Mana dia dapat cerita pun aku tak tau. Pas tu aku pun kata:
"Mak, AIDS does not spread through food the cook cooked!"

Ntah la, tak pasti sama ada mak aku boleh terima atau tidak kata-kata aku tu. Tapi, bagi aku: The Madras rock! Viva the Madras! hurrah! hurrah!

Monday, April 21, 2008

Pesanan dari Kawan pt. 2


A true friend is like a good bra
Hard to find
Lifts you up
Gives you support
and...
Always close to your heart.

Send this to all your best bras.

B R A S H I P forever!


P/s: Thanks Norin. You're one of my best bra ever!

Pesanan dari kawan pt. 1

Persahabatan takkan terhakis dek CLOROX

takkan luntur dek DYNAMO

takkan dinyahwarna dek VANISH


tetapi,

Ia sentiasa harum bak DOWNY 4X

selembut SOFTLAN

sekekal BREEZE

Sekiranya anda dapat SMS ini, anda adalah kawan yang baik dan diingati. Teruskan persahabatan anda.





Demikianlah pesanan SMS yang daku terima. Bersama ini dikepilkan gambar sebagai hiasan. Tapi, alamak! Ada BA.. takpe, piglet looks so cute with Pooh and other friends! ;p

Bersatulah Melayu!

Sebagai orang Melayu yang biasa-biasa, aku suka membaca Mingguan Malaysia di hari minggu (walaupun aku berada di negeri yang hari minggunya jatuh pada jari Jumaat). Dan, selalunya, akhbar ini hanya sempat ditatap pada sebelah malam. Sibuk lah, katakan!

Bila membaca Mingguan Malaysia semalam, aku tertarik kepada artikel yang ditulis oleh saudara Zulkiflee Bakar mengenai "Bersatulah orang Melayu". Selepas membacanya, aku tertanya-tanya:

Terukkah perpecahan di kalangan orang-orang Melayu ni?

Kalau teruk, kenapa aku tak terasa pun?

Apa indikator yang menunjuk kepada perpecahan ini?

Hanya kerana UMNO hilang majoriti undian dalam PRU yang lepas, orang Melayu berpecah?

Kak SitiM kemudian menambah:
"Dalam konteks apa perpecahan Melayu itu dinilai? Kalau pecahnya Melayu ditandai dengan merosotnya sokongan undian dalam PRu yang lalu, itu tak menunjukkan orang Melayu berpecah. It just we're so sick with this UMNO people."

Betul juga.

Asal tak undi UMNO, terus Melayu berpecah (tambahan, ada veteran UMNO yang menempelak mereka yang sanggup mengundi parti lain sebagai murtad Melayu!). Hoh, gimme a break!

Kalaulah di situ pengukurannya, tiada apalah lagi yang tinggal pada orang Melayu ni!

Kesimpulan Kak SitiM:
"Kalau menilai orang yang bercakap tentang perpecahan Melayu tu siapa, mesti kita dapat agak apa maksud perpecahan itu."

Aku faham maksud dia. Anda?

Bagitahu kalau ada ke'kompiusan' dalam memahaminya!

Sunday, April 20, 2008

What goes around, comes around

The phone bill was exceptionally high and the man of the house called a family meeting...

Dad:
People this is unacceptable. You have to limit the use of the phone. I do not use this phone, I use the one at the office.

Mum:
Same here, I hardly use this home telephone as I use my work telephone

Son:
Me too, I never use the home phone. I always use my company mobile

Maid:
So, what is the problem? We all use our work telephones

Sounds familiar, heh?

Cerita Makhluk yang itu ...

Trivia 1: (Quoted from Arts4life.blogspot.com)
Q: Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang paling betul?

A: Babi - sebabnya orang maki, mesti ada yang sebut 'babi betul'! Mana ada kancil betul, kongkang betul! Ha ha ha ha.......

Trivia 2:
BANGI 19 April - Malaysia tidak akan mengeksport daging babi ke mana-mana negara sebaliknya penternakan haiwan itu di negara ini hanya untuk keperluan tempatan, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak. Timbalan Perdana Menteri menegaskan, negara ini tidak mempunyai sebarang cadangan untuk menjadi pengeksport babi.

Hoh.. kenapa cerita pasal binatang ni? Apa istimewanya dia?

Istimewanya, sebab dia menjadi pokok perbincangan hampir setiap hari sekarang ini.

Buka paper, cerita babi.

Tengok TV, cerita babi.

Pi jalan-jalan, nampak babi.

Tapi yang aku nak bualkan ini adalah berkaitan dengan apa yang timbalan memanda menteri punya ulasan di surat khabar hari ni ... Malaysia tidak akan mengeksport babi ke luar negara. Alhamdulillah kalau perkara itu benar.

Yang menjadi kehairanan di kepala aku, kenapa setiap kali nak buat projek babi ni, mesti nak kena buat di kawasan penempatan Melayu. Dah tau Melayu tu allergic dengan babi, kat situ juga la nak dilonggokkan semua tu.

Kenapa tak diternak di Penang yang ramai pengguna babi tu?

Kenapa tak diternak di kawasan perumahan elit orang-orang cina yang makan benda alah tu?

Kenapa kawasan Melayu juga nak dihebohkan?

Singapura nak makan babi, tapi tak mau tanggung kekotoran babi, Malaysia yang sanggup. Apa hal ni?


Dalam hal ini, aku menyetujui pandangan YDP YADIM - Datuk Nakhaie Ahmad di TV3 semalam - apabila bercakap tentang toleransi kaum di Malaysia, sensitiviti orang bukan Muslim sahaja yang dijaga, sedangkan sensitiviti orang Islam selalu dikompromi atau paling malang tidak diendahkan langsung (penegasan oleh penulis).

Kita ini bangsa yang malas nak heboh-heboh kerana kita malas nak fikirkan kesusahan yang mendatang akibat daripada perbuatan heboh-heboh itu. Lalu, apabila ada orang yang rajin nak menghebohkan sesuatu, barulah kita rajin nak merespon.
Aduhai .... seperti kata Nabil Raja Lawak: Aaa .. lu pikir la sendiri!


Trivia 3:

Anak babi:
Mak, mak! Kenapa kita kena jalan tunduk?

Mak babi:
Nak buat macam mana nak ... kita ni haram. Jalan tunduk, nak cover malu. Dah, dah .. jalan jer ...

Wednesday, April 9, 2008

Cerita bodoh

Scene 1:
Kelihatan seorang perempuan yang ayu bertudung hitam melangkah keluar dari kereta dan menuju ke sebuah restoran makanan segera. Daripada empat kaunter, hanya dua kaunter yang dibuka. Ada 4 pelanggan di kedua-dua kaunter.

Perempuan itu beratur di belakang pelanggan ke 2 di kaunter satu. Kelihatan, jurujual sedang memanjang-manjangkan lehernya untuk mendengar pesanan pelanggan satu. Kaunter dua telah selesai urusannya - yang tinggal, seorang pelanggan. Maka, perempuan itupun berpindah ke kaunter dua.

Pelanggan satu di kaunter dua mengambil masa yang agak lama untuk membuat pesanan. Perempuan itu pula sedang menimbang-nimbang apa yang mahu dipesannya sambil mengutuk-ngutuk kelembapan pelanggan di hadapannya.

Perempuan:
Dah tahu nak order, pikiag la awal-awal. Ni tergeheh-geheh .. ish! Bosannya.

Scene 2
Seseorang yang lagaknya seperti seorang supervisor telah 'swipe' kad namanya di mesin tunai. Dan selepas itu, seorang jurujual perempuan yang tidak berapa digemari oleh perempuan ayu itu mengalih tanda 'kaunter tutup' dan memanggil perempuan ayu ke situ.

Jurujual:
Nak makan sini atau bungkus?

Perempuan:
Bungkus ye. Saya nak chicken rice combo sa..

Jurujual:
Ayam tak de -- kemudian berpaling untuk berbual seketika dengan rakan sekerjanya. Sungguh tidak profesional.

Perempuan:
(Dengan nada jengkel) -- (dalam hati: WTF!) Dah, apa yang ada?

Jurujual:
(Dengan muka selamba) - Apa-apa yang bukan ayam la.

Perempuan:
(Hangin) - Emph, tak pe la.

Dalam hati:
Bodoh! Kedai jual ayam, tapi ayam tak de. Bodoh! Bodoh! Bodoh! 100x.

Lain kali kalau dah nama kedai ayam, make sure la tak putus bekalan macam ni. Bodoh piang! Bodooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooh!

Monday, April 7, 2008

Hadiah Hari Jadi

Bagaimana anda memilih untuk menghadiahi seseorang di hari jadinya?

Adakah hadiah itu berdasarkan apa yang anda suka?

Atau, adakah hadiah itu berdasarkan apa yang orang itu suka?

Aku kadang-kadang bermasalah untuk memilih hadiah begini. Selalunya, kawan-kawan, sahabat handai aku ni kesukaan mereka agak mahal .. sedangkan budget aku untuk mereka tak lebih MYR100. (Banyak lah tu ... ingat aku cap duit ke?)

Hari itu, pada hari jadi seorang sahabat, aku terpaksa termenung lagi. Aku sedang menimbang-nimbang untuk menghadiahi sahabat itu sepasang kain + tudung + brooch. Tiba-tiba Kak SitiM pun sudah offer untuk join aku dan mencadangkan agar kami membeli sebuah buku mengenai hal-ehwal pengurusan dapur kerana sahabat ini memang kesukaannya memasak. Buku itu hampir MYR100 jugalah harganya (mana ada buku masakan yang murah sekarang ini?).

Mulanya aku protes kerana aku kenal sahabat ku itu bukanlah seorang yang rajin membaca di luar konteksnya (konteks apa, biarlah rahsia!). Tapi, Kak SitiM mewajarkan pemikiran aku:

"Dia nak baca ke tidak, that's not our concern. What counts is the thought."

Aku kata:
"Hmm, betul juga. Berian orang, terima sajalah. Lagipun idea buku tu tak lah teruk sangat."

Kak SitiM:
"Yesss. Dan lagi, mana tahu, kot-kot perbuatan kita ini bakal menguntungkan kita?"

Aku:
"Huh?"

Kak SitiM:
"Cuba you bayangkan. Dia kan suka masak + suka menjamu. I bet this book is very good in encouraging her to do that more and more. Kenyang kita."

Tu diaa, kapitalis sungguh pemikiran dia ni.

Aku pun termakan kewajaran itu. Maka, untuk sahabatku, terimalah hadiah tak seberapa ini dari aku dan Kak SitiM tanda sebuah ingatan untuk di hari lahirmu.

Selamatkanlah mereka semua.

Sejak tersiarnya berita mengenai Sufiah Farooq - genius Matematik yang diterima masuk ke Universiti Oxford pada usia 13 tahun dan sekarang menjadi pelacur dengan bayaran GBP130/hour, banyak respon yang rata-ratanya memberi simpati dan doa berterusan untuk anak itu. Aku juga tidak terkecuali.

Namun, membaca artikel Ku Seman Ku Husin semalam di Mingguan Malaysia, hatiku tiba-tiba bersetuju dengan dia. Dengan Sufiah, kita sangat memberi perhatian, tapi untuk beribu lagi anak-anak gadis yang tidak genius yang terlontar ke profesion yang tertua di dunia ini, apa justifikasi kita?

Cerita Sufiah mengingatkan aku kepada perhatian yang diberikan kepada Aishah Nawawi (AKA Aishah Mahsuri). Ketika itu, Aishah yang didakwa generasi ketujuh lagenda Mahsuri diberi liputan besar-besaran. All of sudden, budak itu diberikan keistimewaan yang membuatkan ramai orang tertanya-tanya. Apa sumbangan dia? Kalau dia sekadar generasi daripada sebuah cerita lagenda, apa signifikasinya?




Aishah diberikan tempat di UIA. Dengar khabarnya, dia mendapat layanan bintang di sana - siap dapat laptop percuma diberikan oleh pihak Universiti (ehmm ... aku ex-UIA .. memang selalu dengar gosip begini!). Dan, yang paling hangin mendengarnya, Aishah tu tak payah bayar sesen pun belajar di situ! Lastly, Aishah dengarnya balik ke Thailand tanpa menamatkan pengajiannya.

Apa hal tu? Tak membara ke tax payer melihat duit mereka lebur begitu saja? I guess that's the perk of being descendent of somebody famous - tak kira la orang itu betul ataupun diragui kewujudannya. (Sedikit cemburu mula terasa kerana kita bukan anak orang ternama ... ).

OK, balik kepada cerita Sufiah tadi, kata Ku Seman, kita ini sibuk saja nak melihat orang yang jauh ... hanya kerana dia seorang math prodigy yang ibunya orang Malaysia, sedangkan di Malaysia banyak lagi kes-kes serupa itu yang tidak mendapat respon yang serupa kerana mangsa-mangsa itu bukan anak sesiapa. Tiada pun orang UMNO yang mengambil inisiatif untuk mengutip dana membantu anak-anak gadis Melayu yang terjebak. Kalau ada pun, orang perseorangan yang tidak segan silu menebal muka mendapatkan sumbangan daripada orang ramai.

Kenapa? Adakah kita terlepas pandang? Adakah kerana anak-anak ini tiada maknanya kepada kita? Adakah anak-anak ini hanya memalukan kita? Apa bezanya dengan Sufiah?

Persoalan subjektif yang akan mengundangkan pelbagai respon.

Pada aku, ini semua adalah keadaan yang sangat biasa bagi kita orang Malaysia. Kita mempunyai kecenderungan untuk berbangga dengan perkara yang tidak tentu.

Kita berbangga dengan benda-benda simbolik yang hanya mengenyangkan nafsu kita.

Kita hanya berbangga dengan mereka yang cemerlang di dunia luar hanya kerana mereka mempunyai setitik darah Malaysia, sedangkan tiada satupun tindakan mereka yang mereka nisbahkan kepada Malaysia.

Sudahlah, hentikanlah perasaan berbangga-bangga yang keterlaluan. Yang mana patut dibanggakan, kita buat. Yang tidak patut, tinggalkan saja.

Namun, walau apapun, aku masih mahu mendoakan kesejahteraan Sufiah walau apa pun yang dikatakan orang terhadapnya.





Semoga Adi Putra tidak menghadapi nasib yang sama. Amin.

Termenung aku memikirkan prioriti orang kita ini.

Sunday, April 6, 2008

Sepasang kasut dan sebuah pesta


Kasut yang memulakan segala coretan ini ...


Pesta dan kasut. Apa perkaitannya?

Banyaaak!

Kasut yang selesa untuk sebuah pesta besar maknanya.

Kerana, kasut yang menggigit kaki, akan menyebabkan kita rasa nak menggigit dan melempang semua orang di pesta tersebut!

Walaupun, kecantikan itu kadang-kala bermakna satu kesakitan, lama mana agaknya kita sanggup menahan seksa sebegitu? Mungkin ada yang sanggup berbuat demikian, tapi aku, tidak mungkin!

Inilah ceritanya.

Menghadiri Pesta Buku adalah satu perkara yang amat aku nantikan saban tahun. Dan, takdirnya, tahun ini aku berjaya menghadirinya. Maka, peluang begini, kupenuhi dengan belian-belian yang mungkin kalau mak aku tengok, dia akan berleter tujuh keturunan padaku. Tapi, aku tak bimbang. Sebab? Mak bukan tau apa aktiviti aku. Dan, aku tidaklah akan berlaku lurus dan jujur bercerita tentang itu kepada beliau! Sendiri mau ingat la ...

OK, cut short.

Aku pun membelilah kasut ini. Love at first sight. Tak sampai seratus pun. Mula-mula pakai, rasa ok dan cantik (heh!). Dengan penuh gaya, melangkah ke cafe hotel. Lepas beberapa ketika menjalankan aktiviti ziarah meja ke meja (buffet la tu), kasut itu telah melecetkan kaki aku. Sungguh celaka rasa!

Tapi, aku tak kira. Aku mesti mau pakai juga. Maka, kusarungkan ia bersama tisu yang di alas di belakang tumit. Dan, aku menjalankan aktiviti-aktiviti kegemaranku. Biarpun sakit, ku gagahi juga. Dalam masa yang sama, sedikit hairan dengan semangat diri sendiri.

Habis aktiviti, bila ditanggal - melecet yang sangat ngeri terjadi di tumit. hadoi! Tapi, aku tak peduli, perjalanan diteruskan lagi. Dapat peluang membuka kasut waktu tengok wayang sangat membahagiakan. Mujur kakiku tak menderita sakit busuk kaki .. Kalau tak, mesti orang sebelah aku memaki-maki dalam gelap. Satu lagi kemujuran, tiada orang di depan dan ditepiku kecuali Kak SitiM. Kami adalah penderita sakit kaki yang tegar -- maksudnya, biar macam mana sakitpun, perjalanan untuk berpoya-poya dan menghabiskan duit tetap diutamakan. Bersenang-senang dahulu, bersakit-sakit kemudian.

Balik hotel, aku makin tak sabar untuk memecat si kasut itu daripada tugasannya. Sampai hati dia melakukan kerjanya sebegini rupa. Apalah yang dah aku lakukan untuk menerima layanan sebegini! Sungguhlah kau ini kasut! Tapi, tak mengapa ... kau akan ku lanyak lagi selepas ini ..

Kaki seorang aku bersama kasut itu.
Gambar diambil sebelum mereka bersama-sama ...