Sunday, April 6, 2008

Sepasang kasut dan sebuah pesta


Kasut yang memulakan segala coretan ini ...


Pesta dan kasut. Apa perkaitannya?

Banyaaak!

Kasut yang selesa untuk sebuah pesta besar maknanya.

Kerana, kasut yang menggigit kaki, akan menyebabkan kita rasa nak menggigit dan melempang semua orang di pesta tersebut!

Walaupun, kecantikan itu kadang-kala bermakna satu kesakitan, lama mana agaknya kita sanggup menahan seksa sebegitu? Mungkin ada yang sanggup berbuat demikian, tapi aku, tidak mungkin!

Inilah ceritanya.

Menghadiri Pesta Buku adalah satu perkara yang amat aku nantikan saban tahun. Dan, takdirnya, tahun ini aku berjaya menghadirinya. Maka, peluang begini, kupenuhi dengan belian-belian yang mungkin kalau mak aku tengok, dia akan berleter tujuh keturunan padaku. Tapi, aku tak bimbang. Sebab? Mak bukan tau apa aktiviti aku. Dan, aku tidaklah akan berlaku lurus dan jujur bercerita tentang itu kepada beliau! Sendiri mau ingat la ...

OK, cut short.

Aku pun membelilah kasut ini. Love at first sight. Tak sampai seratus pun. Mula-mula pakai, rasa ok dan cantik (heh!). Dengan penuh gaya, melangkah ke cafe hotel. Lepas beberapa ketika menjalankan aktiviti ziarah meja ke meja (buffet la tu), kasut itu telah melecetkan kaki aku. Sungguh celaka rasa!

Tapi, aku tak kira. Aku mesti mau pakai juga. Maka, kusarungkan ia bersama tisu yang di alas di belakang tumit. Dan, aku menjalankan aktiviti-aktiviti kegemaranku. Biarpun sakit, ku gagahi juga. Dalam masa yang sama, sedikit hairan dengan semangat diri sendiri.

Habis aktiviti, bila ditanggal - melecet yang sangat ngeri terjadi di tumit. hadoi! Tapi, aku tak peduli, perjalanan diteruskan lagi. Dapat peluang membuka kasut waktu tengok wayang sangat membahagiakan. Mujur kakiku tak menderita sakit busuk kaki .. Kalau tak, mesti orang sebelah aku memaki-maki dalam gelap. Satu lagi kemujuran, tiada orang di depan dan ditepiku kecuali Kak SitiM. Kami adalah penderita sakit kaki yang tegar -- maksudnya, biar macam mana sakitpun, perjalanan untuk berpoya-poya dan menghabiskan duit tetap diutamakan. Bersenang-senang dahulu, bersakit-sakit kemudian.

Balik hotel, aku makin tak sabar untuk memecat si kasut itu daripada tugasannya. Sampai hati dia melakukan kerjanya sebegini rupa. Apalah yang dah aku lakukan untuk menerima layanan sebegini! Sungguhlah kau ini kasut! Tapi, tak mengapa ... kau akan ku lanyak lagi selepas ini ..

Kaki seorang aku bersama kasut itu.
Gambar diambil sebelum mereka bersama-sama ...

2 comments:

Anonymous said...

lawanya kasut ko....betul memang lawa.... berkenan taknak pos kat sini hehehehe

Anonymous said...

Su,

Ia memang lawa. Tapi dia sudah durjana. Dia melukakan kaki aku saja. Brengset! So, terpaksalah akak cun ni kena pakai stokin tebal bila nak pakai kasut ni and you know how much I hate wearing sock!

Apa maksud hang: Berkenan taknak pos kat sini?

Den blur la. Care to explain?