- The most destructive habit - - - - WORRY
- The greatest Joy - - - - GIVING
- The greatest loss - - - - LOSS OF SELF-RESPECT
- The most satisfying work - - - - HELPING OTHERS
- The ugliest personality trait - - - - SELFISHNESS
- The most endangered species - - - - DEDICATED LEADERS
- Our greatest natural resource - - - - OUR YOUTH
- The greatest “shot in the arm" - - - - ENCOURAGEMENT
- The greatest problem to overcome - - - - FEAR
- The most effective sleeping pill - - - - PEACE OF MIND
- The most crippling failure disease - - - - EXCUSES
- The most powerful force in life - - - - LOVE
- The most dangerous pariah - - - - A GOSSIPER
- The world's most incredible computer - - - - THE BRAIN
- The worst thing to be without - - - - HOPE
- The deadliest weapon - - - - THE TONGUE
- The two most power filled words - - - - "I CAN"
- The greatest asset - - - - FAITH
- The most worthless emotion - - - - SELF PITY
- The most beautiful attire - - - - SMILE!
- The most prized possession - - - - INTEGRITY
- The most contagious person - - - - ENTHUSIASM
Monday, June 30, 2008
Everyone Needs this List to Live By
Pilihan Anda?
Ada sebatang POKOK yang tua. Bila HUJAN turun, ia membasahi pokok, lantas pokok menjadi subur, lalu mengeluarkan DAUN yang merimbun dan meredupkan suasana. Bila MUSIM LURUH tiba, ANGIN pun menerbangkan daun-daun yang gugur.
Jika diberi pilihan, yang mana satu anda pilih - POKOK, HUJAN, DAUN, MUSIM LURUH dan ANGIN?
Jawapan:
- POKOK - Anda sangat setia pada pasangan anda
- HUJAN - Anda sentiasa mencari orang yang betul-betul mencintai anda
- DAUN - Anda tidak setia
- MUSIM LURUH - Anda mencintai 2 orang di dalam 1 masa
- ANGIN - Anda adalah orang ketiga dalam perhubungan cinta tiga segi
My answer was POKOK.
Even though I could easily guess the meaning of those things, I don't have any specific reason for the thing I chose. I then perplexed with myself. Was it indisputable coincident or what?
Apa pula pilihan anda?
Sunday, June 29, 2008
Topik sendu: Sebuah Perjalanan
Kadang-kadang aku suka menjaluri sebuah perjalanan yang tidak berpenghujung. Namun, tika kebosanan dan keletihan melanda, aku perlu menoktahkan perjalananku.
Untuk perjalanan hari ini, aku tidak tahu bagaimana aku akan menoktahkannya. Aku makin bosan dan aku makin letih. Sayangnya, aku belum ketemui tempat yang sesuai untuk melepaskan lelahku. Dan, yang membuatkan aku belum berhenti, kerana aku masih tidak tahu apakah arah destinasiku.
Anda sudah tentu destinasi anda?
Ada apa pada nama?
Dua hari lepas, waktu lunch dengan Fetty di hotel, kelihatan seorang lagi rakan sekerja, Puan Kem turut datang ke hotel dengan membawa anak-anaknya seramai empat orang termasuk seorang bayi. Comel-comel anaknya.
Tiba-tiba Fetty membisikkan kepadaku:
“Hang tau dak, baby dia tu nama ada 4 patah. Panjang gila. Aku tak ingat apa dia, tapi yang belakang sekali ada Amanda.”
Pergh, nalla punya nama!
Kemudian kelihatan Puan Kem mengendong bayinya sambil menghampiri meja sekumpulan lagi kelompok rakan sekerja. Mahu memperkenalkan bayinya agaknya. Aku dan Fetty memanjang-manjang leher dan memasang telinga untuk memastikan nama sebenar bayinya. Tapi, Puan Kem seakan malu-malu untuk menyebutnya. Tapi, kami dapat juga menangkap nama itu … bunyinya begini: Alisa Iman _________ Amanda. Yang nama ketiga tu tak dapat nak tangkap.
Kemudian kami mengumpat, kalau dah nak bagi nama yang sebegitu, kenapa malu-malu pulak nak bagitahu? Pelik. Malu? Segan? Atau apa? Hmmm …
Nama memang penting kerana nama membuatkan kita mempunyai ciri tertentu yang membezakan antara kita dan orang lain. Nama juga berupaya membentuk siapa kita.
Waktu kecil dulu, nama panggilan aku buruk bunyinya. Aku membesar dengan nama tersebut. Sebahagian besar saudara mara dan jiran-jiran pun mengenali aku dengan nama tersebut sehinggalah ke hari ini. Nama panggilan itu sebenarnya memberi kesan kepadaku. Ia bersangkutan dengan keyakinan dan kepercayaan tentang kebolehan diri. Walaupun aku tak punya masalah besar membina kepercayaan diri, namun, ada perkara-perkara tertentu keyakinan aku tidak pernah wujud. Mungkin nama itu merupakan satu bentuk reinforcement yang membuatkan aku percaya aku adalah menurut nama aku itu. Ala-ala kajian Ivan Pavlov pulak rasanya (tanya cikgu psychology hampa sapa Pavlov ni). Tapi mungkin betul.
Sebab itulah Nabi SAW juga berpesan agar anak-anak dipanggil dengan nama yang baik supaya seruan nama itu boleh membentuk peribadi anak-anak itu. Rasional mudah: bukankah kita selalu dimomokkan bahawa setiap sesuatu yang diseru-seru itu akan mendatangi kita juga akhirnya? Dan, aku kira sifirnya begitu juga dengan panggilan-panggilan ini.
Kecenderungan memanggil nama yang tidak sepatutnya mungkin juga disebabkan dengan amalan memberikan nama yang panjang-panjang kepada anak seperti Puan Kem itu. Tapi, kadang-kadang, nama yang singkat pun menjadi mangsa. Zaid jadi Jed (memang kejadian benar) sedangkan bukan susah sangat nak panggil nama Zaid tu. Lebih malang kalau nama panjang-panjang, dipanggil orang “hoi” saja. Terasa tidak berharga langsung, kan?
Teringat kisah sepupuku yang bernama Ahmad Muda Fakarul Shahir (memang nama sebenar)yang berkunjung ke rumah sahabatnya. Apabila diterangkan namanya kepada bapa sahabatnya, terus bapa sahabatnya menyebut: “Apa? Nyior Muda Kelapa Sawit?” Jauh betul menyimpang.
Moral of the story:
Cuba sebaik mungkin memanggil atau menetap gelar anak, kawan dan sebagainya dengan nama yang bermakna atau baik bunyinya kerana ia adalah satu doa (nama gelar aku mungkin tak bermakna, tapi sedap juga bunyinya … hehehe).
Thursday, June 26, 2008
Dinner yang Menyenakkan
Dinner tu diadakan di Restoran Terapung Ocean Glow yang letaknya sedikit ke tengah laut Kuala Perlis.
Suasana kelihatan sangat romantik, dengan lampu ala-ala malap tak malap, terang tak terang, kami sekeluarga duduk di kawasan tengah restoran. Sungguh strategik tempatnya sebab hanya beberapa langkah dari meja buffet. Senang gila nak ambil makanan.
Dalam 8.45pm, MC jemput tetamu dinner … saat ditunggu dah tiba!
Menu dia bertemakan seafood (Kuala Perlis memang terkenal dengan seafood yang teramat murah)!. Mari sini aku kenalkan mereka pada kalian:
Pinggan pertama:
Pinggan dua:
Pinggan tiga:
Pinggan empat + lima:
Pinggan enam:
Last dish:
Itu semua adalah hanya 1/3 daripada keseluruhan menu. Gila banyak! Maklum lah, RM78/head punya makan. Kagum aku. Sungguh!
Bila part best dah berlalu, maka ada lah cerita yang tak berapa best pulak.
Bila dah makan dalam sejam begitu, MC pergi ke rostrum untuk melakukan kerjanya. Ayat bunga sungguh. Aku mula sakit perut mendengar.
Aktiviti pertama:
Persembahan karaoke – naik satu pakcik ni nyanyi lagu (lupalah tajuk dia!). OK la juga suara dia. Lepas habis lagu tu, dibantai satu lagi lagu. Hadoi … semua yang aku makan tadi mula naik ke ulu hati … heart-burnt aku.
Aktiviti dua:
MC panggil orang kedua sambung karakoke. Hoh! Gila ke hape. Patut bagi la pengarah berucap. Aku mula menyumpah-nyumpah. Pitching, breezing semua pun lari. Tapi aku respect dia punya confidence … cayalah walaupun aku meloya tahap 7.
Aktiviti tiga:
Ucapan daripada mereka yang akan bertukar tempat bertugas. OK. Acceptable. Lagi pula inilah tujuan majlis ini.
Aktiviti empat:
Lagi … sambung karaoke! Gila babas! Anak-anak kecil mula berkeliaran di kawasan beranda restoran. Bosan. Bapa-bapa dan mak-mak diaorang pun sama. Aku pergi mengulang ambil makanan. Nyanyi. Nyanyi. Urghhhh!
Aktiviti lima:
Ucapan pengarah. Bercakap hampir 30 minit dengan majoriti tetamu tidak memberikan langsung perhatian kepadanya. Hadoiii … boleh tu cakap walau orang tak dengar. Ketahanan perwira jurus sebelas tuh … ishhh!
Aktiviti enam:
Sambung karakoke. Aku rasa mahu pergi lambung MC dalam laut! Apa ni, tentative gila ke hapa? Hampa nak karaoke, buatlah lepas majlis nak tamat. Ini agaknya nak menyeksa tetamu kot, selepas diberi makan dengan kenyang? Kali ni pengarah tadi yang nyanyi. Lagu hindustan! Diulang – lagu hindustan (minus music)! 2 lagu tuh. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!
Aktiviti tujuh:
Karaoke lagi.
Aku kerling ke tentative program dia yang terletak di tengah meja:
8.15 – 8.15pm – Ketibaan tetamu
8.30 – 9.00pm – Jamuan makan
9.00 – 9.15pm – Ucapan pengarah
9.15 – 10.00pm – Ucapan mereka yang akan berpindah tempat kerja (5 orang kesemuanya)
10.00 – 10.30pm – Penyampaian hadiah
10.30pm – Majlis bersurai.
Mana karaoke? Mana dia? Tak nampak tulis pun? Gila. Majlis syok sendiri agaknya!
Perbualan hatiku:
+ Cis, dah makan free pun nak ngutuk lagi! Dasar! …
- Heh, dah memang patut dikutuk!
+ Kot ya pun, berpada-padalah mengutuk tu …
- Ahhhhh … kutuk tetap kutuk. Mana ada bersederhana dalam mengutuk! Tapi makan dia memang lazat. Gila lazat.
Aku sudah tak tahan. Nampak ada satu makcik ni sudah angkat punggung mau blah, dan aku ajak ayah, mak dan adik bongsu aku blah jugak. Adik aku dengan bini dia tinggal, sebab itu memang majlis depa. Haru. Haru.
Lepas ke dari restoran tu aku rasa sangat bahagia. Sungguh! Aku mula menginsafi kebebasan untuk mendengar … dan, ajaibnya, senak semua hilang bila kami keluar.
Sememangnya kebebasan itu perlukan bayaran yang sangat mahal, and I’m FREEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!
Horray. Hoyehh … hoyeh …
Perjalanan yang Panas
** Cerita ini adalah antara perkara yang terjadi sepanjang 3 minggu yang lalu ...
Hari tu, tiba-tiba saja air-cond keretaku berbau bangkai. Perit baunya. Tak tahulah apa yang sudah mati di dalamnya. Hantar pergi repair.
Kee, tukang repair tu kata … “Ada lipat …”
Aku kata: “Huh..?”
Kee: “Lipat. Lipat … minatang lipat la … ni lia …”
Aku: “Lipas. Tu kita panggil lipas la Kee.”
Kee: “Aaa … betoi. Lipat.” Lantak hang la Kee.
Aku:”Lipas? Takkan lipas tu baunya macam ni. Macam tak logik saja …”
Kee:”Betul la tu. Saya tak jumpa benda lain. Semuanya RM150 saja.”
Hmmm … not-not itupun bertukar tuan.
Seminggu selepas itu, air-cond aku hanya berputar kipas tanpa berasa sejuk. Kee ni lupa letak gas ke? Tapi aku tak terpergi pulak ke bengkelnya. Aku biarkan saja air-cond tu. Rasa macam masuk neraka je bila masuk kereta tu di tengah hari yang panas … (aku agak je macam neraka. Neraka kan panas. Aku tak pernah la lagi pergi. Dan tak mau la bercita-cita ke situ walau aku memang qualify habis nak ke situ. Hisy!)
Sesungguhnya bertangguh itu memang tidak baik.
Dan, aku biarkan air-cond ku tidak bergas dan sejuk sampailah ke hari aku nak balik ke kampung. Bila Kak SitiM tanya, aku dengan penuh yakin berkata air-cond itu tak mungkin akan berupaya mencabarku di sepanjang perjalanan. Muka Kak SitiM seperti mahu berkata: “Lantak kau lah daro … jadi apa-apa, padan muka kau …”
Hari ditunggu sudah tiba. Bertolak keluar dari rumah sekitar 8.00 pagi. Memang sedikit sejuk bila aku pasang air-cond tu. Logiknya: sejuk sebab matahari belum naik lagi.
Bila dah bawak hampir sejam, air-cond tu mula keluar angin tidak bergas. Sudah panas. Terpaksalah semua tingkap dibuka. Dan, semua habuk dan debu jalanan menerpa dengan tidak sabar ke pipi mulus ku, sehingga kurasakan seperti seorang pelakon opera cina! Tidak mengapa. Itu semua tidak mencabar pun.
Perjalanan diteruskan lagi. Suhu dalam kereta makin meningkat. Matahari makin menegak. Angin luar tak membantu dinamik keretaku. Panas! Panas! Ditambah dengan kesilapan major memakai blaus yang memerlukan pemakaian anak baju bertangan panjang, aku menyumpah-nyumpah diri sendiri. Co-driver aku pula menambah hanginku dengan lawak bodohnya. Boiling point belum terusik. Ok la tu.
Bila sampai di atas banjaran Titiwangsa, aku jadi lagi rimas. Debu, panas, mengantuk semua berpadu menjadi satu. Dan, untuk mengurangkan kepanasan, aku perintahkan co-driver aku drive. Aku mula menyelesakan diri.
Sampai di rumah, buka saja baju, tangan aku bertona warna. Gelap. Huduh. Sudah tidak mulus. Huhu!!
Sampai ke hari ni (selepas 2 minggu kejadian tersebut), tangan aku masih tiada perubahan.
Lesson learned:
- Sekiranya ada mahu pengalaman sauna percuma dan pembakaran kalori yang cepat, biarkan air-cond anda tiada gas dan anda kena memandu dalam kereta itu selama 8-10 jam.
- Di saat harga minyak naik, perjalanan tanpa air-cond + radio (mana dapat siaran kat Banjaran Titiwangsa tu), menyebabkan minyak anda dapat dijimatkan.
Percayalah! Kerana ia nya benar!!!
Aku ... Kembali.
Oh ya, sepanjang pelarian sekejap ini, aku terfikir untuk mengubah gaya penulisanku. Aku akan mulakan pada entri akan datang. Namun, tugas andalah untuk mengesan perubahan itu. Kalau anda jumpa, tahniah. Kalau tak terkesan, iya, tak apa-apa ... hehehe.
Untuk seminggu yang datang pun masih sibuk. Tak pasti akan ada entri yang bernas atau tidak. Semoga penjenguk laman ini tidak jemu. Tunggu sajalah ya .. kalau anda masih sanggup.
Tuesday, June 10, 2008
Pengumuman ... Pengumuman ...
Dengan ini, dukacita dimaklumkan blog ini tidak akan ada entri baru sehinggalah suatu masa yang akan diberitahu kelak.
Penulisnya dilanda writer's block dek perjalanan jauh 8 jam di dalam kereta kerosakan aircond di hari Jumaat yang lalu.
Sampai jumpa lagi. Da ...
Thursday, June 5, 2008
Mari Ketawa
Ada orang hantar pertanyaan di ruangan forum utusan.online mengenai kakitangan JPN yang akan menghadiri kursus vokal.
Aku ketawa. Hahahahahahahahahahahaha …
JPN = Kursus vokal?
Hahahahaahahahaahahahahaha … dan ketawa lagi .. hahahaahahahahahahahahah
Ok, berhenti ketawa tu. Ni jawapan PRO JPN semalam …
Wajarkah kursus vokal untuk kakitangan JPN? Pihak JPN berpendapat, kursus vokal tersebut tidak dilihat sebagai 'nyanyian' semata-mata tetapi sebaliknya dapat membantu dalam mendedahkan warga JPN yang terlibat kepada teknik-teknik pengawalan suara (intonasi dan sebutan), kawalan emosi ketika berinteraksi dalam keadaan tertekan dan cara menunjukkan ekspresi wajah yang sepatutnya semasa berhadapan dengan pelanggan. (baca selanjutnya di sini)
Aku lagi guling-guling ketawa … intonasi dan sebutan? Wakakakakakakakaak
Kawalan emosi ketika berinteraksi dalam keadaan tertekan? hohohohohohohohohoho
Cara menunjukkan ekspresi wajah yang sepatutnya semasa berhadapan dengan pelanggan. Arkharkharkharkharkh ….
Perancangan strategik paling kelakar yang aku dengar di abad ini …. Hahahahahahaahahaha .. gelak lagi!
Chop, serius!:
Ya, aku harap duit income tax aku tidak disalahgunakan oleh mereka yang pergi kursus ini. Jangan garbage in, garbage out sudah. Kursus beriya-iya, tapi layanan di kaunter macam orang nak kena paksa kawin saja.
Buktikan ini bukan lawak antarabangsa yang akan membuatkan aku, rakyat yang membayar cukai, menyumpah kerajaan, menteri kabinet dan semua badan pentadbir sebagai tolol berdarah kerana menyalahgunakan duit aku!
Dah la minyak naik lagi … wakkakakakakakakakaaka!!
Wednesday, June 4, 2008
Sendal Sondol
- RAJIN BEKERJA, MALAS BERCAKAP : Kena Buli
- MALAS BEKERJA, RAJIN BERCAKAP : Wayang Cina
- MALAS BEKERJA, MALAS BERCAKAP : Tak Guna
- MALAS BEKERJA, SUKA MENGADU : Langau (Lalat Hijau)
- MALAS BEKERJA, SUKA PONTENG : Lebih Baik Berhenti
- MALAS BEKERJA, SUKA TERMENUNG : Lebih Baik Mati
- RAJIN BEKERJA, RAJIN MENGADU : Kaki Bodek
- RAJIN BEKERJA, RAJIN BERCAKAP : Bagus
Monday, June 2, 2008
Adakah ini Ketenangan atau Kebodohan?
Out of blue, En. A menghampiriku dan berkata:
"Wah, lepas ni boleh lah you apply DM52?"
Sambil senyum, aku kata:
"Ah, I kerja baru 5 tahun ... mana boleh."
Dia menjawab:
"Eh, sekarang ni dah tak kira. Sapa kerja kuat, dia boleh apply. Tak kira lah berapa tahun pun dia kerja."
Aku menjawab lagi -- dengan sedih dan sebal:
"I belum confirm."
Dia terkejut. Boleh nampak di wajahnya. Dia bertanya:
"Ye ke? Betul you ni? Kenapa tak confirm lagi?"
Seperti biasa, dalam sedih dan sebal, aku menjawab:
"Hari tu sangkut dengan research. Tapi research dah hantar, tak ada apa respond pun. Ntahlah."
Dia menggeleng-geleng dan berlalu.
Sejarah betul kan? Kerja sampai 5 tahun, belum confirm lagi. General Orders pun kata 3 tahun saja untuk probation period. Aku ni?
Mungkin aku jenis yang tak kisah.
Tak kisah, confirm ke tidak.
Tak kisah, buat kerja tanpa diiktiraf.
Tak kisah, dinilai orang secara tak sepatutnya.
Tak kisah, nak memajukan diri.
Sepatutnya, sekarang adalah masa aku tengah berada di kemuncak kerjaya. Mungkin sekarang tengah bertekun menyiapkan diri untuk menjadi PM?Aku tak tahu. I just don't know.
Aku tak tahu apa yang aku mahu sebenarnya.
Aku tak tahu apakah aku sudah terlalu selesa dengan apa yang aku ada.
Aku tak tahu apakah aku masih punya impian dalam hidup ini.
Jangan salah sangka, aku bukan berputus asa dengan hidup. Cumanya, beginilah. Yang aku mahu, bila bangun pagi, aku masih ada kerja, dan aku bahagia melakukan kerja-kerja itu tanpa pening memikirkan apa yang akan terjadi di sebalik kerjaya itu.
Maksudnya, aku tak berminat untuk turut serta merebut keistimewaan dalam pekerjaan ini. Kerana itu bukan mahu ku. Andai ia datang tanpa dipinta, aku menerima sebagai sebuah rezeki. Andai tiada, aku masih senang hati.
Aku sememangnya tidak kuasa untuk berpening-pening kepala untuk menempah kesukaran dalam kehidupan. Walaupun aku percaya kepada "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian", namun, untuk kehidupan yang aku lalui tanpa sangkaku yang sebegini, membuatkan aku lebih suka "bersenang-senang selamanya."
Aku tak peduli apa yang orang lain akan kata. Cuma, yang ingin aku tegaskan, aku tetap akan melakukan kerja-kerja ku dengan sepenuh hati seperti apa yang telah aku janjikan. Tapi, untuk merebut sesuatu yang bakal menggemilangkan kehidupanku mungkin akan menjadi perkara terakhir kerana aku tidak impikan gemerlap hidup. Hanya sebuah ketenangan.
Dan, buat tika dan saat ini, inilah ketenanganku. Alhamdulillah.
Apakah ini ketenangan?
Atau, pemikiran yang bodoh ke hape?