Dalam kehidupan yang singkat ini, banyak alur perjalanan yang kita lalui. Perjalanan dari kanak-kanak menjadi dewasa, perjalanan yang merubah kita daripada seorang yang tidak pernah memikirkan tentang apa-apa kepada seorang yang lebih dewasa dan mampu memegang tanggungjawab...
Kadang-kadang aku suka menjaluri sebuah perjalanan yang tidak berpenghujung. Namun, tika kebosanan dan keletihan melanda, aku perlu menoktahkan perjalananku.
Untuk perjalanan hari ini, aku tidak tahu bagaimana aku akan menoktahkannya. Aku makin bosan dan aku makin letih. Sayangnya, aku belum ketemui tempat yang sesuai untuk melepaskan lelahku. Dan, yang membuatkan aku belum berhenti, kerana aku masih tidak tahu apakah arah destinasiku.
Anda sudah tentu destinasi anda?

No comments:
Post a Comment