Malam tu ada annual dinner tempat adik aku bekerja. Kami pun tumpang sekaki. Kata adik aku, budget satu kepala RM78, dan pekerja boleh bawa 10 orang lagi yang depa nak bawak … gila mewah! Dasat. Dasat.
Dinner tu diadakan di Restoran Terapung Ocean Glow yang letaknya sedikit ke tengah laut Kuala Perlis.
Dinner tu diadakan di Restoran Terapung Ocean Glow yang letaknya sedikit ke tengah laut Kuala Perlis.
Untuk pengetahuan, tempat tu juga merupakan tempat persandingan perkahwinan pelakon Ezany (hero cerita Natasha tu la …)
Kami semua (ayah, mak, adik aku, isteri adik aku, adik aku yang bongsu, dan aku) sampai kat situ dalam 8.30pm. Ramai sungguh manusianya. Kemudian kami kena berjalan kaki dalam 5-7 minit untuk sampai ke restoran tu. Panjang sungguh laluan itu.
Suasana kelihatan sangat romantik, dengan lampu ala-ala malap tak malap, terang tak terang, kami sekeluarga duduk di kawasan tengah restoran. Sungguh strategik tempatnya sebab hanya beberapa langkah dari meja buffet. Senang gila nak ambil makanan.
Dalam 8.45pm, MC jemput tetamu dinner … saat ditunggu dah tiba!
Menu dia bertemakan seafood (Kuala Perlis memang terkenal dengan seafood yang teramat murah)!. Mari sini aku kenalkan mereka pada kalian:
Pinggan pertama:
Sotong goreng kunyit, ayam panggang, daging bakar dan nasi minyak warna putih. Semua sedap – nasi tu pun, walaupun ala-ala nasi minyak, tapi tak muak sebab rasanya masih ala-ala nasi putih biasa.
Pinggan dua:
Pinggan tiga:
Pinggan empat + lima:
Bun yang dilawan dengan ...
Pinggan enam:
Pinggan enam:
Pinggan tujuh:
Satay – sudah tidak boleh masuk, terlalu kenyang. Hanya memandangnya dengan pandangan sepi! Huhu. Last dish:
Flower Ice Cream (tak tipu – tu yang dia print kat kotak dia – bukan aiskrim perasa bunga, tapi aiskrim dalam bentuk bunga!).
Itu semua adalah hanya 1/3 daripada keseluruhan menu. Gila banyak! Maklum lah, RM78/head punya makan. Kagum aku. Sungguh!
Bila part best dah berlalu, maka ada lah cerita yang tak berapa best pulak.
Bila dah makan dalam sejam begitu, MC pergi ke rostrum untuk melakukan kerjanya. Ayat bunga sungguh. Aku mula sakit perut mendengar.
Aktiviti pertama:
Persembahan karaoke – naik satu pakcik ni nyanyi lagu (lupalah tajuk dia!). OK la juga suara dia. Lepas habis lagu tu, dibantai satu lagi lagu. Hadoi … semua yang aku makan tadi mula naik ke ulu hati … heart-burnt aku.
Aktiviti dua:
MC panggil orang kedua sambung karakoke. Hoh! Gila ke hape. Patut bagi la pengarah berucap. Aku mula menyumpah-nyumpah. Pitching, breezing semua pun lari. Tapi aku respect dia punya confidence … cayalah walaupun aku meloya tahap 7.
Aktiviti tiga:
Ucapan daripada mereka yang akan bertukar tempat bertugas. OK. Acceptable. Lagi pula inilah tujuan majlis ini.
Aktiviti empat:
Lagi … sambung karaoke! Gila babas! Anak-anak kecil mula berkeliaran di kawasan beranda restoran. Bosan. Bapa-bapa dan mak-mak diaorang pun sama. Aku pergi mengulang ambil makanan. Nyanyi. Nyanyi. Urghhhh!
Aktiviti lima:
Ucapan pengarah. Bercakap hampir 30 minit dengan majoriti tetamu tidak memberikan langsung perhatian kepadanya. Hadoiii … boleh tu cakap walau orang tak dengar. Ketahanan perwira jurus sebelas tuh … ishhh!
Aktiviti enam:
Sambung karakoke. Aku rasa mahu pergi lambung MC dalam laut! Apa ni, tentative gila ke hapa? Hampa nak karaoke, buatlah lepas majlis nak tamat. Ini agaknya nak menyeksa tetamu kot, selepas diberi makan dengan kenyang? Kali ni pengarah tadi yang nyanyi. Lagu hindustan! Diulang – lagu hindustan (minus music)! 2 lagu tuh. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!
Aktiviti tujuh:
Karaoke lagi.
Aku kerling ke tentative program dia yang terletak di tengah meja:
8.15 – 8.15pm – Ketibaan tetamu
8.30 – 9.00pm – Jamuan makan
9.00 – 9.15pm – Ucapan pengarah
9.15 – 10.00pm – Ucapan mereka yang akan berpindah tempat kerja (5 orang kesemuanya)
10.00 – 10.30pm – Penyampaian hadiah
10.30pm – Majlis bersurai.
Mana karaoke? Mana dia? Tak nampak tulis pun? Gila. Majlis syok sendiri agaknya!
Perbualan hatiku:
+ Cis, dah makan free pun nak ngutuk lagi! Dasar! …
- Heh, dah memang patut dikutuk!
+ Kot ya pun, berpada-padalah mengutuk tu …
- Ahhhhh … kutuk tetap kutuk. Mana ada bersederhana dalam mengutuk! Tapi makan dia memang lazat. Gila lazat.
Aku sudah tak tahan. Nampak ada satu makcik ni sudah angkat punggung mau blah, dan aku ajak ayah, mak dan adik bongsu aku blah jugak. Adik aku dengan bini dia tinggal, sebab itu memang majlis depa. Haru. Haru.
Lepas ke dari restoran tu aku rasa sangat bahagia. Sungguh! Aku mula menginsafi kebebasan untuk mendengar … dan, ajaibnya, senak semua hilang bila kami keluar.
Sememangnya kebebasan itu perlukan bayaran yang sangat mahal, and I’m FREEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!
Horray. Hoyehh … hoyeh …
4 comments:
hu...sedap tuh..especially yg pinggan no 1, 2 n 3 tu....yum yum *drooling*....huhu..fisya hang jgn cite ape2 psl me dalam blog hang ek..(hehe perasan je)...i ni low profile tau..sumpah...k...selamat kembali bekerja :) - ras
saya pulak suka pinggan no 2, 3, 4 & 5....tapi dah berumur ni tak boleh nak apa saja... huhu
huih! semua nampak menyelerakan..
kalo macam ni punye menu..gasak diorang la kalo nak karaoke.
Ras:
Ras, kau tak mahukah satu entri khusus untuk mu? Itukan satu penghormatan sayang ... hehehe ... Aku tak kira ... aku mau tulis juga ... huahuahuahua ... ;D
Cikgu Yusof:
Hmmm .. tak pe ... kan selama ni dah makan macam2 ... mungkin dah tiba masanya perut nak rehat ...
Anonymous @ June 27, 2008 1:49 PM:
Dan, itu sebablah membuatkan aku bertahan sampai almost ke akhir majlis! Huhu ...
Post a Comment