Thursday, June 26, 2008

Perjalanan yang Panas

** Cerita ini adalah antara perkara yang terjadi sepanjang 3 minggu yang lalu ...

Hari tu, tiba-tiba saja air-cond keretaku berbau bangkai. Perit baunya. Tak tahulah apa yang sudah mati di dalamnya. Hantar pergi repair.

Kee, tukang repair tu kata … “Ada lipat …”

Aku kata: “Huh..?”

Kee: “Lipat. Lipat … minatang lipat la … ni lia …”

Aku: “Lipas. Tu kita panggil lipas la Kee.”

Kee: “Aaa … betoi. Lipat.” Lantak hang la Kee.

Aku:”Lipas? Takkan lipas tu baunya macam ni. Macam tak logik saja …”

Kee:”Betul la tu. Saya tak jumpa benda lain. Semuanya RM150 saja.”

Hmmm … not-not itupun bertukar tuan.

Seminggu selepas itu, air-cond aku hanya berputar kipas tanpa berasa sejuk. Kee ni lupa letak gas ke? Tapi aku tak terpergi pulak ke bengkelnya. Aku biarkan saja air-cond tu. Rasa macam masuk neraka je bila masuk kereta tu di tengah hari yang panas … (aku agak je macam neraka. Neraka kan panas. Aku tak pernah la lagi pergi. Dan tak mau la bercita-cita ke situ walau aku memang qualify habis nak ke situ. Hisy!)

Sesungguhnya bertangguh itu memang tidak baik.

Dan, aku biarkan air-cond ku tidak bergas dan sejuk sampailah ke hari aku nak balik ke kampung. Bila Kak SitiM tanya, aku dengan penuh yakin berkata air-cond itu tak mungkin akan berupaya mencabarku di sepanjang perjalanan. Muka Kak SitiM seperti mahu berkata: “Lantak kau lah daro … jadi apa-apa, padan muka kau …”

Hari ditunggu sudah tiba. Bertolak keluar dari rumah sekitar 8.00 pagi. Memang sedikit sejuk bila aku pasang air-cond tu. Logiknya: sejuk sebab matahari belum naik lagi.

Bila dah bawak hampir sejam, air-cond tu mula keluar angin tidak bergas. Sudah panas. Terpaksalah semua tingkap dibuka. Dan, semua habuk dan debu jalanan menerpa dengan tidak sabar ke pipi mulus ku, sehingga kurasakan seperti seorang pelakon opera cina! Tidak mengapa. Itu semua tidak mencabar pun.

Perjalanan diteruskan lagi. Suhu dalam kereta makin meningkat. Matahari makin menegak. Angin luar tak membantu dinamik keretaku. Panas! Panas! Ditambah dengan kesilapan major memakai blaus yang memerlukan pemakaian anak baju bertangan panjang, aku menyumpah-nyumpah diri sendiri. Co-driver aku pula menambah hanginku dengan lawak bodohnya. Boiling point belum terusik. Ok la tu.

Bila sampai di atas banjaran Titiwangsa, aku jadi lagi rimas. Debu, panas, mengantuk semua berpadu menjadi satu. Dan, untuk mengurangkan kepanasan, aku perintahkan co-driver aku drive. Aku mula menyelesakan diri.

Sampai di rumah, buka saja baju, tangan aku bertona warna. Gelap. Huduh. Sudah tidak mulus. Huhu!!

Sampai ke hari ni (selepas 2 minggu kejadian tersebut), tangan aku masih tiada perubahan.

Lesson learned:

  • Sekiranya ada mahu pengalaman sauna percuma dan pembakaran kalori yang cepat, biarkan air-cond anda tiada gas dan anda kena memandu dalam kereta itu selama 8-10 jam.

  • Di saat harga minyak naik, perjalanan tanpa air-cond + radio (mana dapat siaran kat Banjaran Titiwangsa tu), menyebabkan minyak anda dapat dijimatkan.

Percayalah! Kerana ia nya benar!!!

2 comments:

yusofsipan said...

kesiannyer...

Hafiey Nur said...

Cikgu Yusof:

Ye, memang mengesiankan ...