Tuesday, July 29, 2008

Dia yang memang tak memahami

Hari ni sebenarnya ada meeting Fakulti. Aku malas mau hadir. Kebetulan, suara aku macam ala-ala ada tak ada. Aku rasa aku ada peluang baikk punya ... Aku pun capai telefon, dan type ini:

"I'm not going to meeting. Hilang suara + rasa cam nak demam."

Dan, tanpa prejudis aku pun tekan butang send, dan hantar ke ketua nan satu tu.

Sebentar kemudian, aku terima balasan:

"Kalau sihat datanglah. Banyak benda nak bincang ni."

Aku jadi sebal. Aku balas:

"X sihatlah ceritanya ni. Kalau sihat, I tak hantar msg ni kat you."
Dalam hati dan otak aku ... bod**oh* betul! &*^&*$%#%$

Dia tak balas apa-apa lagi lepas tu. Faham benar kot dengan message tu?

Monday, July 21, 2008

Dia yang Merdeka

Hari itu ada orang gila di restoran makanan segera. Aku anggap saja dia gila kerana dia tiada rasa malu untuk meminta-minta apa yang dia mahu.

Walaupun gila, dia merdeka.

Dia akan sentiasa dapat apa yang dia mahukan.

Lantas, kenapa pantas saja aku memanggilnya orang gila. Dan tidak orang merdeka?


OK, aku tukar .. cerita orang merdeka itu.

Dia masuk ke situ tanpa protokol, tapi hanya dengan perut yang lapar. Dia mahu memerdekakan perutnya. Dia menunjuk apa mahunya. Dan mereka yangterjajah itu menuruti sahaja peri si merdeka itu. Aku mula menyulam bimbang kira si merdeka itu mahu membebaskan perutnya dengan makananku. Ah … aku memang tidak merdeka. Penuh ketakutan yang entah apa-apa …

Bubur nasi McD - gile hape nak bagi ke orang merdeka tu? Belum bersentuh lagi!


Kala dia menghampiri dan mahukan bubur nasi McDonald’s yang belum aku buka, Kak SitiM menyelamatkanku dengan menghalaunya dengan baik [is there such thing, halau dengan baik? – Alah, I think you know what I mean]. Oh, memang tidak merdekanya aku!

Dia orang merdeka. Dia berlalu setelah dihalau. Aku yang tidak merdeka, rasa sedih untuk dirinya. Aku mahu belikan apa yang dia mahu, namun, dia telah memerdekakan terus dengan keluar dari situ – dan meninggalkan aku dengan penuh rasa terjajah dan terbelenggu dengan sikap sendiri!

Monday, July 14, 2008

Amaran sebelum aku menjadi Hulk!

** Entri aku aku tulis sebagai petanda aku akan mengamuk sekiranya sikit sahaja lagi ada perbuatan bodoh dan bangang seorang hamba Allah tu. Dia mungkin tak baca entri ini .. tapi aku peduli apa! Kalau ada yang boleh tolong sampaikan, sampaikanlah ...

Anda bekerja satu jabatan. Kesemua member jabatan anda kelayakannya sama, tiada sesiapa pun yang lebih tinggi daripada anda. Ketua anda pun kelayakannya sama seperti anda. Tapi, setiap kali ada arahan dari ketua, ketua akan delegate kerja mengarah ini kepada rakan yang lain, seolah-olah anda answerable kepada orang itu – sedangkan bukan orang itu yang menilai prestasi anda. Nak tentukan subjek anda mengajar, nak tentukan jadual anda, nak tentukan berapa beban tugas anda, semuanyalah orang itu yang buat [ingat, atas arahan ketua tadi]. Apa perasaan anda?

Pada aku, ini kesimpulan aku:
  • Ketua aku memang bacul, dayus dan tak berani nak bersemuka dengan aku – itu sebab perlu utusan.

  • Ketua aku itu adalah lembu yang dicucuk hidung. Ada akal, kontang.

  • Ketua aku itu telah dirasuahkan oleh orang suruhannya itu.

  • Aku memang tak kuasa dengan ketua aku tu.

Kenapa aku buat kesimpulan begitu:
  • Pertama – aku tak menerima arahan dari orang lain selain ketua aku. So, apa hal nak wakilkan orang lain yang buat kerja mengarah? Kenapa bukan dia? Orang beri dia elaun untuk jadi ketua, jadilah ketua yang sepatutnya. Bila kerja yang diamanahkan tidak dilakukan dengan betul, sanggup kah menyuapkan rezeki haram ke mulut anak dan isteri?

  • Kalau dah tak mampu membuat tugas sebagai ketua, letak saja jawatan. Hati orang lain pun tak sakit. Dah la tak competent, menyusahkan semua orang

  • Kenapa perlu ada penasihat sendiri? Kenapa apa yang aku cadangkan untuk jabatan tidak diambil tindakan? Kenapa, idea aku teruk sangat? Apa penasihat tu dah bagi kat engkau?

  • Kenapa penasihat itu boleh atur jadual dan kelas dia sesuka hati tanpa ada justification yang dibuat kepada member yang lain?

  • Kenapa kau tak bertanggungjawab kepada setiap keputusan bodoh yang kau ambil? Kenapa mesti menyusahkan aku?

Dan, keputusannya:

  • Aku tidak akan menerima arahan daripada sesiapa yang tidak sepatutnya memberi arahan.

  • Aku tidak menerima mesej melalui SMS sahaja. Kalau perlukan khidmat aku, hubungi dengan beradab

  • Aku tidak akan pergi mesyuarat yang kau anjurkan – kerana, just no point of doing that. Penat memberi idea, di akhirnya satu pun tak terpakai.

  • Aku akan menjadi pembangkang yang paling ampuh untuk kau. Dah tiba masanya kau perlu dihentikan daripada bermaharajalela. Aku ada banyak bahan bukti yang tunggu masa untuk dibongkarkan. Dan, aku bukan macam Anuar atau Azmin yang hanya mengancam nak tunjuk bukti, tapi tak tunjuk-tunjuk. Kau memang sudah mencabar kesabaran aku!

  • Akhirnya, aku doakan cepat-cepatlah kau belah melingkup dari sini. Or better still, aku yang akan melingkup nanti!



Aku yang penuh kemarahan!

Saturday, July 12, 2008

Adoi ... bala yang dicari ...

Hari ni puasa ganti. Hari kedua. Masih ada 16 hari lagi. Masa puasa seronok lah bercuti. Nak ganti? Arghh!

Padan muka. Bertangguh-tangguh .. sampai bertumpu Ramadhan pun tak selesai-selesai lagi!

Hari ni, sebab malas nak sahur, gogok air mineral saja. Lepas tu, kerja aku sepetang ni dok belek blog resipi. Kerja bodoh betul.

Tapi tak kisah la tu ... aku bukan cam budak baru belajar puasa, yang pantang tengok makanan akan terliur. Juga bukan seperti orang-orang poyo, yang asyik nak ber'excuse' bila puasa. Ini antara yang aku tengok ... gerek betul ...




Gambar ambil tanpa izin dari Mat Gebu - pandai Mat masak!

Tapi hari ni berbuka dengan pizza saja. Uhuh! Sedihnya.

Selamat berbuka puasa untuk aku.

Thank you, my child ...



Ini Hakim. 10 Julai yang lalu genap usianya 2 tahun. Sekejap sahaja.

Tapi, bila dilihat fizikalnya, Kak SitiM kata, betul ke 2 tahun budak ni? Macam dah lama benar hidup kat dunia ni … heh!

Apa cerita Hakim ni?

Kata mummy dia, satu hari Hakim tertengok desktop mummy, dan ada la gambar mummy nya tengah posing kat Paris airport (if I’m not mistaken). Terus keluar dari mulut Hakim:
“Caca!” – Hakim memanggilku Caca.

Mummy:
No, this is not Caca. This is mummy.

Hakim:
Caca. Caca.

Mummy:
No, it’s mummy. M-U-M-M-Y.

Hakim:
No. Caca.

Mummy:
OK, this is pretty. So, it is mummy. If it is not pretty, then it is Caca.

Hakim:
Caca. Caca.

Hahaha … padan muka mummy dia. Ajaran sesat. Hanya jauhari mengenal manikam, walau kadang-kadang Johari tak sebulu dengan Maniam.

For Hakim, thanks for the compliment. Hakim nak apa ye untuk birthday?

Tuesday, July 8, 2008

Kalau macam ni, tokey balak pun gantung diri!

Suara tidak puas hati!

Semalam - Lunch time. Kafe kat bawah ofis.

Malas nak keluar, lagi pun kafe itu beroperasi hari ini setelah agak lama bercuti. Tengok lauk pauknya menyelerakan ...
Aku senduk nasi, ambik setengah ekor sotong sebesar ibu jari, janggut sotong satu, sayur lemak kacang panjang dengan udang yang besar sikit dari 2 ekor udang kering, dan sedikit baby kailan (batang) goreng. Harga semua: RM7 (minus drink). Aku lunch pelbagai kat food court Mid Valley pun, harga tak sampai macam tu!

Hari ini - brunch. kafe yang sama ...
Nasi lemak. Ikan bilis dalam 25 ekor. Sambal 3 sudu. Telur goreng. Harga: RM3.80. Kiraannya: Nasi lemak kosong - 2.00, ikan bilis - 0.50, sambal - 0.50 dan telur goreng - 0.80.

Makan dengan Yaumee ... menu yang sama, cuma dia ambil kuih 2 ketul + milo tarik = RM6.10.

"Serupa makan tengahari!" aku mengusiknya.

Dia senyum, kelat.

Untuk sesiapa yang makan di kafe itu, memang serik sungguh. Makan berteman linangan air mata ... Gila betul, nasi lemak, setiap item dikira. Tak pernah dengar. Nasi lemak selalunya kan pakej dengan sambal + bilis ... mana dia ambik fatwa pun tak tau!

Tahulah, kafe tu cater untuk lecturers ... tapi, lecturers bukan semuanya golongan atasan ... gaji pun, nampak lumayan di slip, tolak itu ini ... sama juga macam orang biasa. Lagi pula, untung gila babi punya bila macam tu .. dah la bayar sewa tempat RM100 saja .. api air free ... boleh jadi orang kaya tujuh keturunan pun tak habis! Kalau macam ni lah, taukey balak pun sakit!

Sakit hati la!

Sapa suruh makan kat situ?

Sapa suruh dia jual kat situ?

Tukar tender lah ... ada sesiapa bersama aku?

Sunday, July 6, 2008

The Best Moment in Life - part 3

Laughing without a reason.
Aku pernah saja-saja ketawa berdekah-dekah tanpa sebab. Dan setelah aku berbuat begitu selama beberapa saat, aku terpaksa ketawa untuk beberapa minit berikutnya kerana otot-otot ketawa itu telah tidak mahu berhenti dari berfungsi. Padan muka. Tapi, memang best. Aku tak serik pun, malah dalam seminggu, adalah 2-3 kali aku buat. Tapi, sekarang ni tak ada masa nak buat dah.

"Accidentally" hearing someone say something good about you.
Yes, memang rasa best sangat. Manusia biasa, mestila selalu suka bila dipuji, diberi kata-kata yang baik tentang diri sendiri.

Watching the sunset.
Ini tak berapa nak pasti. Salah satu sebabnya kerana aku tak suka dok duduk saja-saja tengok sunset walaupun rumah sewa aku sekarang ni dekat sangat dengan pantai. Tapi, kalau kebetulan tertengok, ok saja la. Tak dak la rasa bahagiaaa begitu … biasa-biasa saja. Tapi, mungkin satu hari aku akan bertemu dengan rasa best bila memandang sunset.

Listening to a song that reminds you of an important person in your life.
I rarely associated someone with song. So, don’t think this is the best moment in life. Or, is it yet to be the best moment of my life?

Receiving or giving your first kiss.

Tak kahwin lagi – maka sampai bila-bila pun aku tak boleh nak bagitau apa rasanya. Itu dalam konteks la. Tapi, kalau kiss di luar konteks di atas, banyak kali. Best ke rasanya? Biasa saja. Tapi, betullah, kalau kena kiss rasa macam disayangi saja.

Seeing the one you love happy.
Yes, priceless.

Wearing the shirt of a person you love and smelling his/her perfume.
Pakai shirt orang lain? Urgh, disgusting! Sayang ke, apa ke, no share-share ok. Harta ku, harta ku jua. Lain la kalau baju atau bauan mak ayah kita ...

Visiting an old friend of yours and remembering great memories.
Yes. Absolutely.

Hearing some telling you "I LOVE YOU"
Such a nice thing that I wish happen all the time.

P/s: Maaf ya, belum berkesempatan untuk menulis 'sebenar' entri ... Masih mengejar waktu walau sebenarnya masa lapang berlalu sepi ...

Tuesday, July 1, 2008

Indahnya Cinta Mereka

** Cerita ini diemailkan oleh seorang teman, Yana. Tidak tahu sumbernya, namun ceritanya amat menyentuh jiwa ... jiwa aku lah. Jiwa anda-anda, tak tahulah pula ...

An incredible love story has come out of China recently and managed to touch the world. It is a story of a man and an older woman who ran off to live and love each other in peace for over half a century.




Over 50 years ago, Liu Guojiang a 19 year-old boy, fell in love with a 29 year-old widowed mother named Xu Chaoqin. In a twist worthy of Shakespeare's Romeo and Juliet, friends and relatives criticized the relationship because of the age difference and the fact that Xu already had children. At that time, it was unacceptable and immoral for a young man to love an older woman. To avoid the market gossip and the scorn of their communities, the couple decided to elope and lived in a cave in Jiangjin County in Southern ChongQing Municipality.

In the beginning, life was harsh as hey had nothing, no electricity or even food. They had to eat grass and roots they found in the mountain, and Liu made a kerosene lamp that they used to light up their lives.

Xu felt that she had tied Liu down and repeatedly asked him:
“Are you regretful?”

Liu always replied, “
As long as we are industrious, life will improve.”

In the second year of living in the mountain, Liu began and continued for over 50 years, to hand-carve the steps so that his wife could get down the mountain easily

Half a century later in 2001, a group of adventurers were exploring the forest and were surprised to find the elderly couple and the over 6,000 hand-carved steps. Liu MingSheng, one of their seven children said, 'My parents loved each other so much, they have lived in seclusion for over 50 years and never been apart a single day. He hand carved more than 6,000 steps over the years for my mother’s convenience, although she doesn't go down the mountain that much.


The couple had lived in peace for over 50 years until last week. Liu, now 72 years, returned from his daily farm work and collapsed. Xu sat and prayed with her husband as he passed away in her arms. So in love with Xu, was Liu, that no one was able to release the grip he had on his wife's hand even after he had passed away.

“You promised me you'll take care of me, you'll always be with me until the day I died, now you left before me, how am I going to live without you?”

Xu spent days softly repeating this sentence and touching her husband's black coffin with tears rolling down her cheeks.

In 2006, their story became one of the top 10 love stories from China, collected by the Chinese Women Weekly. The local government has decided to preserve the love ladder and the place they lived as a museum, so this love story can live forever.

The Love Ladder

Amacam? Cool, huh?

Mana nak dapat ni?