Monday, July 21, 2008

Dia yang Merdeka

Hari itu ada orang gila di restoran makanan segera. Aku anggap saja dia gila kerana dia tiada rasa malu untuk meminta-minta apa yang dia mahu.

Walaupun gila, dia merdeka.

Dia akan sentiasa dapat apa yang dia mahukan.

Lantas, kenapa pantas saja aku memanggilnya orang gila. Dan tidak orang merdeka?


OK, aku tukar .. cerita orang merdeka itu.

Dia masuk ke situ tanpa protokol, tapi hanya dengan perut yang lapar. Dia mahu memerdekakan perutnya. Dia menunjuk apa mahunya. Dan mereka yangterjajah itu menuruti sahaja peri si merdeka itu. Aku mula menyulam bimbang kira si merdeka itu mahu membebaskan perutnya dengan makananku. Ah … aku memang tidak merdeka. Penuh ketakutan yang entah apa-apa …

Bubur nasi McD - gile hape nak bagi ke orang merdeka tu? Belum bersentuh lagi!


Kala dia menghampiri dan mahukan bubur nasi McDonald’s yang belum aku buka, Kak SitiM menyelamatkanku dengan menghalaunya dengan baik [is there such thing, halau dengan baik? – Alah, I think you know what I mean]. Oh, memang tidak merdekanya aku!

Dia orang merdeka. Dia berlalu setelah dihalau. Aku yang tidak merdeka, rasa sedih untuk dirinya. Aku mahu belikan apa yang dia mahu, namun, dia telah memerdekakan terus dengan keluar dari situ – dan meninggalkan aku dengan penuh rasa terjajah dan terbelenggu dengan sikap sendiri!

2 comments:

yusofsipan said...

sejauhmanalah kita boleh merdeka di dunia yang sebenarnya adalah penjara bagi kita....

AinRidz said...

slm, profile apa tu? hang tanya aku ke? aku tak sempat nak buat blog tu semua, later lah kot bila dah ada masa nak buka kedai bunga dan tulis novel insya'allah...

seronok sungguh dapat makan kat mcd...huhuu dah lama tak p makan ni...

tengah dok tunggu reseipi rendang pucuk ubi daripada ayue :)