Suara tidak puas hati!
Semalam - Lunch time. Kafe kat bawah ofis.
Malas nak keluar, lagi pun kafe itu beroperasi hari ini setelah agak lama bercuti. Tengok lauk pauknya menyelerakan ...
Aku senduk nasi, ambik setengah ekor sotong sebesar ibu jari, janggut sotong satu, sayur lemak kacang panjang dengan udang yang besar sikit dari 2 ekor udang kering, dan sedikit baby kailan (batang) goreng. Harga semua: RM7 (minus drink). Aku lunch pelbagai kat food court Mid Valley pun, harga tak sampai macam tu!
Hari ini - brunch. kafe yang sama ...
Nasi lemak. Ikan bilis dalam 25 ekor. Sambal 3 sudu. Telur goreng. Harga: RM3.80. Kiraannya: Nasi lemak kosong - 2.00, ikan bilis - 0.50, sambal - 0.50 dan telur goreng - 0.80.
Makan dengan Yaumee ... menu yang sama, cuma dia ambil kuih 2 ketul + milo tarik = RM6.10.
"Serupa makan tengahari!" aku mengusiknya.
Dia senyum, kelat.
Untuk sesiapa yang makan di kafe itu, memang serik sungguh. Makan berteman linangan air mata ... Gila betul, nasi lemak, setiap item dikira. Tak pernah dengar. Nasi lemak selalunya kan pakej dengan sambal + bilis ... mana dia ambik fatwa pun tak tau!
Tahulah, kafe tu cater untuk lecturers ... tapi, lecturers bukan semuanya golongan atasan ... gaji pun, nampak lumayan di slip, tolak itu ini ... sama juga macam orang biasa. Lagi pula, untung gila babi punya bila macam tu .. dah la bayar sewa tempat RM100 saja .. api air free ... boleh jadi orang kaya tujuh keturunan pun tak habis! Kalau macam ni lah, taukey balak pun sakit!
Sakit hati la!
Sapa suruh makan kat situ?
Sapa suruh dia jual kat situ?
Tukar tender lah ... ada sesiapa bersama aku?

3 comments:
sejak kenaikan harga minyak, peniaga nampaknya menaikkan harga barang jualan ikut suka hati mereka. Kalau boleh tahan berlapar sikit, elok ler tak payah makan di situ kerana walaupun perut kenyang tapi hati sakit... cian
tapi mmg yg fisha cakap tu..mmg mahal la..kene komplen tu..tak pun ramai2 boikot!kat terengganu takkan la sotong mahal !!
nak dapat yg betul2 murah susah dah sekarang ni..
tapi kat KL..kalo pandai carik..masih ada lagi yg jual murah..nasik campur RM2.80 (nasik, ayam masak lemak and sambal)..ok la tu..bubur kacang campur durian dalam RM1.50. kenyang and puas hati
Cikgu Yusof:
Kdg2 bila asik buat kerja, tak sempat keluar. Kafe tu dah convinient .. cuma harga tak munasabah. Melampau. Tak pe, saya nak ganti puasa sebulan dua ni, praktis sebelum Ramadhan ... tak pegi dah kafe tu ...
Anonymous @ July 9, 2008 12:35 PM:
Kita ni bukan nak kira sangat nak bayar ... tapi, kalau dah tak munasabah tu, rasa cam 'erk' juga la ... Dok Dungun, harga kena bayar macam dok kat Amsterdam plak ... bosan!
Post a Comment