** Entri aku aku tulis sebagai petanda aku akan mengamuk sekiranya sikit sahaja lagi ada perbuatan bodoh dan bangang seorang hamba Allah tu. Dia mungkin tak baca entri ini .. tapi aku peduli apa! Kalau ada yang boleh tolong sampaikan, sampaikanlah ...
Anda bekerja satu jabatan. Kesemua member jabatan anda kelayakannya sama, tiada sesiapa pun yang lebih tinggi daripada anda. Ketua anda pun kelayakannya sama seperti anda. Tapi, setiap kali ada arahan dari ketua, ketua akan delegate kerja mengarah ini kepada rakan yang lain, seolah-olah anda answerable kepada orang itu – sedangkan bukan orang itu yang menilai prestasi anda. Nak tentukan subjek anda mengajar, nak tentukan jadual anda, nak tentukan berapa beban tugas anda, semuanyalah orang itu yang buat [ingat, atas arahan ketua tadi]. Apa perasaan anda?
Pada aku, ini kesimpulan aku:
Anda bekerja satu jabatan. Kesemua member jabatan anda kelayakannya sama, tiada sesiapa pun yang lebih tinggi daripada anda. Ketua anda pun kelayakannya sama seperti anda. Tapi, setiap kali ada arahan dari ketua, ketua akan delegate kerja mengarah ini kepada rakan yang lain, seolah-olah anda answerable kepada orang itu – sedangkan bukan orang itu yang menilai prestasi anda. Nak tentukan subjek anda mengajar, nak tentukan jadual anda, nak tentukan berapa beban tugas anda, semuanyalah orang itu yang buat [ingat, atas arahan ketua tadi]. Apa perasaan anda?
Pada aku, ini kesimpulan aku:
- Ketua aku memang bacul, dayus dan tak berani nak bersemuka dengan aku – itu sebab perlu utusan.
- Ketua aku itu adalah lembu yang dicucuk hidung. Ada akal, kontang.
- Ketua aku itu telah dirasuahkan oleh orang suruhannya itu.
- Aku memang tak kuasa dengan ketua aku tu.
Kenapa aku buat kesimpulan begitu:
- Pertama – aku tak menerima arahan dari orang lain selain ketua aku. So, apa hal nak wakilkan orang lain yang buat kerja mengarah? Kenapa bukan dia? Orang beri dia elaun untuk jadi ketua, jadilah ketua yang sepatutnya. Bila kerja yang diamanahkan tidak dilakukan dengan betul, sanggup kah menyuapkan rezeki haram ke mulut anak dan isteri?
- Kalau dah tak mampu membuat tugas sebagai ketua, letak saja jawatan. Hati orang lain pun tak sakit. Dah la tak competent, menyusahkan semua orang
- Kenapa perlu ada penasihat sendiri? Kenapa apa yang aku cadangkan untuk jabatan tidak diambil tindakan? Kenapa, idea aku teruk sangat? Apa penasihat tu dah bagi kat engkau?
- Kenapa penasihat itu boleh atur jadual dan kelas dia sesuka hati tanpa ada justification yang dibuat kepada member yang lain?
- Kenapa kau tak bertanggungjawab kepada setiap keputusan bodoh yang kau ambil? Kenapa mesti menyusahkan aku?
Dan, keputusannya:
- Aku tidak akan menerima arahan daripada sesiapa yang tidak sepatutnya memberi arahan.
- Aku tidak menerima mesej melalui SMS sahaja. Kalau perlukan khidmat aku, hubungi dengan beradab
- Aku tidak akan pergi mesyuarat yang kau anjurkan – kerana, just no point of doing that. Penat memberi idea, di akhirnya satu pun tak terpakai.
- Aku akan menjadi pembangkang yang paling ampuh untuk kau. Dah tiba masanya kau perlu dihentikan daripada bermaharajalela. Aku ada banyak bahan bukti yang tunggu masa untuk dibongkarkan. Dan, aku bukan macam Anuar atau Azmin yang hanya mengancam nak tunjuk bukti, tapi tak tunjuk-tunjuk. Kau memang sudah mencabar kesabaran aku!
- Akhirnya, aku doakan cepat-cepatlah kau belah melingkup dari sini. Or better still, aku yang akan melingkup nanti!
Aku yang penuh kemarahan!
3 comments:
slm, ok lagi fisha kalau org kat atas yg mcm tu perangai, ni yg lebih bawah dari kita mengarah itu ini mentang2 kita junior dari segi masuk kerja, adusss lagi sakit hati beb...kita nak dapat gaji dan pangkat mcm tu bertahun belajar dan kerja kat tempat lain huhuuuu
sama2 le kita sabar fisha....adusssssss sakit hati kan...allah hummar zuqni sabran
assalamualaikum cik fisha,
Masih marah ke atau terlalu sibuk sekarang ini? Moga sentiasa berbahagia dalam apa keadaan jua.
Sue,
Aku ni kalau betul yg berpangkat mengarah tak pe ... ni yang tak sedar diri nih ...
Tapi tu la .. marah byk2 pun tak guna jugak. Bangsa dungu ni bukan boleh ajar2 lagi. Dok sakit hati dengan dia, kita pun bodoh. Aku pegang kata2 ni je:
"Don't quarrel with the fool, people might not notice the difference."
Apa yg boleh aku buat, dgn kuasa dan rights yg aku ada, aku buat lah yg termampu.
P/s: Profile dah ada, blognya mana dong?
cikgu yusof:
Marah tetap marah. Tapi tak semarah hari tu. Marah byk2 pun tak guna, tak elok utk kesihatan.
Sibuk pun, tak de la sibuk ... cuma byk benda dlm kepala ni yg tak tersusun elok untuk ditulis ... terima kasih kerana menunggu entri baru saya .. Rasa bersalah pula... Tapi tak pe, itu motivasi jugak tu ...
Semoga cikgu pun berbahagia untuk hari ini dan hari2 mendatang .. InsyaAllah.
Post a Comment