Gambar hiasan saja
Alhamdulillah, selamat sudah Ramadhan pertama. Dilalui dengan penuh kesabaran dan rasa tawadhuk (huhuhu) ...
Malam menjelma, keberkatan Ramadhan aku sambungkan dengan cubaan menunai Solat Tarawikh di masjid. Kenapa cubaan? Ini ceritanya ...
Kala aku dan Kak SitiM sampai ke masjid, bahagian jemaah wanita hampir penuh, namun masih ada tempat kosong yang strategik (i.e. dekat dengan kipas). Setelah mengambil sejadah ... kami pun mahu membentangkannya. Di depan kami ada lah seorang makcik dalam lingkungan 60-65 tahun yang sedang duduk melepasi garisan kuning karpet (maksudnya, punggungnya dah termasuk ke kawasan sujud barisan belakang). Kak SitiM dengan sopan memohon agar makcik itu bergerak sedikit ke depan supaya kami boleh membentangkan sejadah dengan baik. Dibalas oleh makcik itu (dalam dialek Terengganu):
"Nok kesok guane? Suruh aa orang belakang nun. Saye pun sepik (sempit) gak ..." (Ada ayat dia aku tambah untuk menimbulkan dramatik cerita ini!).
Translationnya:
"WTF! Can't you see ... I'm stuck here? You bloody foo**l! Just ask others to move. Leave me alone!#$%^&**~"
Teruslah Kak SitiM respond:
"Halah, sikit je gerak. Dalam kubur sok lagi sempit!" Auuuwww!!
Aku tak rasa makcik tu dengar. Ataupun, kalau dia dengar, dia just pekakkan telinga dia. Cubaan pertama!
Kemudian, selepas bilal melaungkan azan Isyak, jemaah mula berdiri dan saf di depan kami ada satu tempat bersejadah untuk seorang jemaah. Maka, pergilah seorang wanita yang duduk di sebelahku ke situ, dan meninggalkan sejadahnya. Kemudian, setelah dia sedar sejadahnya tertinggal di belakang, terus ditarik sejadahnya dan dibentangkan di atas sejadah tempat baru. Kebetulan malam tadi, sejadah tidak cukup, dan aku dan Kak SitiM berkongsi satu sejadah. Maka, tiadalah sejadah bersebelahanku itu, dan tempat itu lompong seorang. Mujur ada seorang nenek yang mengisi tempat itu. Tapi dia tak punya sejadah, hanya selendang putih untuk sujud. Aku dan Kak SitiM berpandangan sendiri. Aduh, apa salahnya kalau sejadahnya itu dibiarkan untuk jemaah lain guna? Atau, berikan saja sejadah tempat baru kepada kami di belakang ini. Cubaan kedua.
Bila Imam menyuruh merapatkan saf, aku seboleh mungkin 'menghimpit' nenek di sebelahku tadi, supaya saf tidak putus. Semakin kuhimpit, semakin dia menjauh pulak. Seolah-olah memberi message kepadaku ... "Apahal budak ni dok himpit-himpit aku nih? Isy ... isy ...". Setelah cubaan ku gagal, akhirnya aku menyambung solat sambil memastikan aku menyentuh bahunya sedikit. OK lah tu daripada hilang pahala jemaah. Cubaan ketiga.
Ha, sekarang fahamkah anda dengan cubaan-cubaan dalam menunaikan Solat Tarawikh ini?
Cubaan untuk menenangkan perasaan.
Cubaan untuk mencari khusyuk.
Cubaan untuk bersolat dengan peluh yang berjejeran ...
Memanglah Ramadhan bulan yang penuh dengan cabaran. Ya Allah, jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur! Amin.

4 comments:
Di surau PU. Jemaah. Malam pertama separuh [ramai balik kampung agaknya]. Malam kedua sesak dan melimpah sampai keluar. Malam ketiga [malam nanti] tak tau lagi, penuh juga selalu-selalunya. Tapi yang pasti di hujung-hujung nanti semakin berkurangan. :)
Cik Fisha, orang perempuan kalau tak dapat solat kat surau/masjid pun takpe, solat jer la kat rumah, kat dalam bilik, itu lebih baik.....
slm Fisha, ramadhan mubarak!! Memang mcm2 dugaan bulan puasa Fisha, sabar ajelah harap2 ganjaran lebih banyak kat akhirat nanti Insya'-Allah.
Fisha, aku la ni solat terawikh kat rumah aje, hehhee... tak tahulah bila nak solat ke masjid... Insya'-Allah... heh ada moreh tak?
Tunggu kat raya aku nooo...
Encik BP / JP:
Biasa la tu ... kita mengejar apa yg kita nampak saja .. yg tidak nampak itu, nak kejar buat apa ...
Pahala bukan boleh buat tambang balik kampung atau tukar kusyen baru ... Huhu ...
Semoga kita istiqamah hingga ke akhirnya ... toyyibb!
Cikgu Yusof:
Saya rasa itu untuk wanita yang banyak halangan. Saya tiada halangan, maka saya mahu solat di masjid. Cuma, di masjid itu banyak fitnahnya ... namun, InsyaAllah, saya masih mampu untuk menangani fitnah itu ...
Sue:
Aku dah lama tak makan moreh kat masjid tau ... ye la, sebab aku buat 8 jer ... huhu ...
Selamat berbuka puasa ...
Post a Comment